Friday, August 23, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI korang... :D da lambat da wish hihi...

Gambo makanan takde tahun ni... gambo family gathering je yg ada... 


Ni la anak-anak, menantu2, cucu2 dan cicit2 HJ. ABDUL RAHMAN MOHD. AMIN a.k.a atuk aku. Kehadiran tak penuh ni...maklum la lain orang lain pandangannya... lain orang lain sensitiviti nya kan... dpt berkumpul 3/4 ni pun da kira syukur dah :D....

Lokasi kejadian... kat rumah Arwah atuk n nenek (sekarang dah jd rumah poksu) di Kampung Parit Lapis, Batu Pahat, Johor.

Gambar ni bersempena dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Keluarga Hj. Abdul Rahman pada 4 Syawal 1434H bersamaan 11th August 2013.


 Ni plak gambo cucu2 dan cicit2 arwah atuk n nenek :D. Cucu arwah atuk n nenek yang paling tua tu yang berspek mata bertudung kemerah-merahan tu... kaklong aku lah sapa lagi hahahahaha... tengok la bertuah ke tak... anak dia aku kena tdo kan.. dia bersenang lenang bergambo dgn kazen2 n anak2 buah yang lain huhuhuhu....


 Makngah n Ulwan... budak ini sudah rindu... pantang nampak nak berkepit je keje dia....


 Lama tak beraya di rumah ni... sob sob... sejak arwah atuk n nenek takde... mmg tak penah lg ktorg bermalam utk sambut raya kat sini... rindunya...


 Aku mcm biasa jadi pengasuh anak2 hahahahaha... dah anak2 nak kat aku je.. apa ke hei nya tah... 

 Takde peluang aku nak bercanthek2 di hari raya... jatuh saham mcm ni... adoiii da mcm org beranak 3 hahahahahahahaha

Tuesday, August 6, 2013

Mee Rebus Udang

 Saja nak letak gambar makanan yang aku masak sebelum-sebelum ni :D. Kan dulu blog ni terbengkalai..berhabuk2 takde entry baru hahaha... aku amik gambo tp malas nak upload... bleh gitu hihi....

So kali ni nak share mee rebus udang... kenapa udang sbb itu je rencah yang available dalam fridge aku masa tu :D...

Aku tak buat rempah mee rebus tu sendiri tapi aku beli yang segera je :D. Aci la kan... nak makan pun dua orang je... malas nak nak bersusah2 buat sendiri rempah-rempahannya kan... baik beli je rempah segera yang bnyk tersedia di pasaran hihi...

Aku guna rempah mee rebus dari Agromas. Tak ingat berapa hengget sebungkus tapi memang sedap lah. Cukup segala rasa yang sepatutnya ada dalam mee rebus. Aku try gugel gambonya tapi tak bleh nak save plak kat lappy nih... jadi korang gugel la sendiri ya rempah tu. Kalau tak pun bleh tengok kat web Agromas ni.

Ni rencah-rencahnya... cuma bawang goreng, tomato, taugeh, cili merah dan tofu.... Memang makan 2 orang je tp kami suka lebih accessories lebih2 lagi bawang goreng tu hahahaha

 Haaa banyakkan :D. Percayalah kami tak makan sekali hadap pon.. kalau masak tengah hari tu sampai sarapan pagi esok ada lg.. tu pun tak masak dah benda2 lain.. makan mee rebus je dari tengah hari sampai petang sampai malam sampai sarapan hahahahahaha... skali package.

Ni la dia mee rebus menunggu untuk di ngap.

Botok-botok Part 2

 Seperti yang dijanjikan dalam entry Botok-botok yang lepas... kali ni aku tunjuk gambar botok-botok yang aku beli kat PARAM tu... 

Ni sebungkus RM5.00. Nampak besar la jugak bungkusan daun pisang nya...


 Yang ni isi dalam dia selepas aku bukak bungkusan daun pisang tu... ada segala mcm daun pucuk kayu dalam ni... 

 Selepas digali.. jumpa la ekor anak ikan tenggiri kat dasar bungkusan hahahahaha... bersama cenonit rempah2....


Aku tak kenal sangat daun-daun tu.. yang aku kenal cuma 2 jenis je.. pucuk ubi.. dengan ulam raja hahahahaha... yang lain aku tak taw. Daun yang kaler gelap tu pahitnya masyaAllah... tp mak aku kata daun tu yg sedap huhuhu....

Secara ringkasnya boleh la beli kalau dah terdesak sangat nak makan... tp yang mak andak aku buat lagi sedap... melimpah dengan rempah2.. aduii sedapnya... terliur la pulak... Cuti raya ni aku ingat nak mintak resepi dr mak andak la.. takpun...susah susah sangat, suruh je la dia masak kan hihi :)):))...