Friday, February 3, 2012

Sesegar sayur di cameron highland

Petua Simpan Sayur

Menyimpan sayur-sayuran yang berdaun memang sukar untuk satu jangka masa yang lama. biarpun disimpan di dalam peti sejuk namun sekiranya ia terlalu lama disimpan menjadikan sayur-sayuran ini layu dan tidak segar ketika dimasak.

Berikut beberapa petua yang boleh diikuti agar daun sentiasa segar walau disimpan dalam jangka masa lama.

  1. Plastik penyimpan makanan boleh digunakan untuk memastikan sayur menjadi segar lebih lama. Plastik menyimpan makanan ini seperti pembungkus sandwich atau kuih-kuih
  2. Pastikan sayur dalam keadaan kering sebelum disimpan. Pastikan sayuran dalam keadaan kering kerana air yang berlebih boleh membuat sayur-sayuran menjadi busuk.
  3. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama 2-3 minit. Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembap. Kesegaran sayur akan bertahan.
  4. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuatkan sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
  5. Bagi sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kobis, potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Pastinya sayur-sayuran ini akan kekal segar dan tidak cepat rosak.

Source : Utusan Malaysia sisipan Mega, pg. 7, Jumaat 3 Feb 2012

No comments: