Lepas kecewa dengan harga deodorant Nivea for Men kat kedai berhampiran rumah pada hari Jumaat lepas, kami ke Tesco Selayang hari Ahadnya. Tujuan asal nak beli Nivea for Men tu je.. tp biasa la bila da keluar kan.. mesti nak makan-makan dulu... minum-minum dulu.. lepak-lepak...
Sementelah kami sampai Tesco tu da tengah hari... maka kami pun brunch je la untuk hari tu... tengah duk makan, kami duk perati keliling... Tetiba terpandang satu trolley ni... atas trolley tu ada seorang baby anggaran umo 3-4 bulan kut.. dan seorang budak kecik anggaran umo 2-3 tahun... pastu ada sorang budak lelaki tengah duk lompat-lompat atas trolley tu anggaran umo dalam 4-5 tahun macam tu... duk la pandang keliling mana la mak budak-budak ni. Apsal la dia biarkan anak dia yang besar tu melompat-lompat atas trolley. Kut jatuh ke.. terbalik ke trolley tu.. kan da menyusahkan... haishhh...
Perati-perati.. takde mak budak-budak tu.. perati keliling semua.. mana satu mak budak ni? eh selamba tinggal anak macam ni... gila ah... Rupanya mak dia tengah beli makanan... tapi jauh kut dari pengawasan kalau letak anak macam tu... memang berani mati la mak dia.... Dalam sibuk orang bercakap pasal budak-budak kena culik, dia boleh selamba je tinggal anak dia macam tu. Memang la dia perati sesekali, tapi orang jahat sekarang ni lagiiiiiiiiiii pantas dari kita. Hadui... da la baby tu comel gilak... kalau aku bawak lari pun mak dia tak perasan bhahahahaha... pastu boleh la aku claim tu anak aku... muka pun da iras2 anak cina kan.. haa orang mesti tak syak kahkahkahkah...
Lepas makan... sambil menyatakan rasa tak puas ati terhadap mak budak-budak tu sesama kami, kitorang pun gerak la gi beli deodorant Nivea for Men tu.. haaaaaa amik ko.. kat sini baru RM7 lebih... kat kedai rumah aku tu sampai sebelas hengget lebih!. Tengok beza dia.. haishhh... cekik darah betul!. Settle membayar, kami pun gerak. Cik Almarigobok nak cuci tangan dia sebab kena Clorox tumpah... so kami singgah semula ke food court Tesco tu.
Dari jauh dengar suara baby menjerit huaaaa huaaaa... skali bila da sampai dekat, tengok-tengok budak2 tadi... laaa kena tinggal lagi.. kali ni mak dia masuk jamban pulak... haduii berani la dia.. memang tahap dewata raya berani nya mak budak-budak ni... gila betul la... ko bawak je le budak2 tu masuk jamban kan kalau dah tak tahan sangat.. ni dia tinggalkan atas trolley kat luarrrrrrrrrr pintu utama tandas... hadui... sesak napas aku... Tah la.. tak tau nak kata apa dah... memang sungguh2 berani mak budak-budak itu... haishh..
Perangai macam ni la yang memudahkan penculik-penculik ni amik kesempatan.. kenapa la tak nak beringat.. Aku tak pasti mana ayah budak-budak itu... sebab all the time aku nampak memang mak dia sorang.. kesian..memang kesian sebab dia sorang-sorang pastu nak bawak anak-anak 4 orang.. tapi jangan la cuai macam gitu... kalau dah terhilang budak-budak tu.. nak kata apa... haduiiii...
Hati-hati la korang yang ada anak-anak ya... amik sikit pengajaran dari kes-kes yang pernah berlaku... jangan la berani sangat sebab di Malaysia kita ni... semua benda boleh terjadi...
No comments:
Post a Comment