Friday, August 8, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Aci je la kan ucap selamat on 12 syawal hahahaa.... tak sempat la nak update blog.. busy seperti selalu...
Tengok je la ek gambo2 mana yang sempat di edit nih... tak banyak pun gambo nya.. maklum la.. aku ni Cinderella, semanjang duk ceruk dapo huhuhuhu... Gambo2 yang ada ni pun masa jamuan raya keluarga Hj. Abdul Rahman on raya ke 3. Tuan rumah kali ni pak itam ktorg..tahun depan, kalau umo panjang, mak aku pulak jadi tuan rumahnya...


Malam tu ada la beberapa acara kami buat... satu cabutan bertuah a.k.a tukar2 hadiah. Yang ni diwajibkan kepada semua adik beradik mak aku. Anak2 buah yang dah kerja2 ni optional la..nak bg pun boleh.. so aku dapat la hadiah tupperware tu... hadiah tu kaklong yang bagi, dapat semula pada aku hahahahahahaha

Ni namanya gambo dalam gambo... gambo asal anak tiri pakcik aku tu yang snap... oleh kerna kamerawoman kami pun nak enter frame, takde la gambo yang senonoh.. dapat la gambo gini hahahaha...


Acara seterusnya pertandingan anyam ketupat... ni aku selaku urusetia, malas la nak join skali.. kang sebok aku nak menganyam, sebok la nak tanya itu ini... jadi sementara tgu diorg settle anyam sorg 3 biji ketupat, aku buat2 la jugak sebijik.. tu pun tak sempat siap da kena tarik nak bg keputusan hahahahaha....

Hah! korang ni! pandai tak anyam ketupat hihi... saje la tanya... bukan pasal apa, ramai je yang aku kenal tak pandai anyam ketupat... rugi tu seni ni kalau tak diteruskan.. sapa2 nak belajar meh la aku tolong ajo kan.. nak? nak? nak? 

Last but not least, kami... macam biasa la anak2 dara berposing selepas acara hihi...


No comments: