Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Adeh-deh-deh...

Smlm aku gi sini



Da lama plan nih... dgn Arfah n Intan.. Mula2 booking kami nak amik promotion utk bulan April... yang ni...

tapi kami dtg lewat... so tak sempat... duk pikir2 sama intan last2 tukar la amik package urutan saje ;)) ;))...

owh owhhhh urutan mmg la best... sampai saat aku menaip cite ni pon angin aku duk keluar2 lg nih ahahahaha... asik sedawa je ni... bnyk betul angin badan aku nih.. patut la asik nak naik hangin jek kekekekekeke...

Overall mmg best la.. Spa tu mmg khas utk perempuan sahaja.. man are not allowed. Kalau dapat buat ikut package bulan april tu lg best rasanya... nnt kena pegi lg la jawabnya kan hahahaha... da la lokasinya dekat banget sama rumah aku... mmg wajib la pegi ulang2 kali ;));)).

Sesapa berminat leh cek website diorg kat sini www.cintasari.com untuk cerita lebih lanjut :-bd


Pic : Credit to Cintasari Website

Tuesday, February 1, 2011

Penah makan?



Masa time study2 dlu aku slalu amik pharmaton nih... aku da mula makan since tingkatan 3 kut.. by that time umo aku dlm 16thn la.. nape? ingat aku salah kira ke :>. aku tingkatan 3 mmg umo 16thn ;)) sbb aku tingkatan 1 umo 14thn hikhik... maklum la kan..bodo sethn kakakakakaka...

ok2 back to pharmaton.. lepas2 abis study aku tak makan dah capsule nih... but lately ni aku rasa tak berapa bersemangat nak meneruskan sisa2 perjuangan aku nih.. so i've decided la utk amik semula pharmaton ni... dia ada 2 saiz... 1 yg kecik 30 biji harga smlm aku beli kat watson RM38.80. yg botol besar plak 100 biji + 30 biji smlm aku tnya harganya dlm RM98.80 kalau tak silap aku la.. tp aku beli botol kecik je... bukan nak makan hari2 2-3 hari skali baru aku makan ni :D

ni kira mcm supplement la ni... aku penah try lain2 jenis gak.. cam vitaton, proviton n produk2 MLM ada gak aku try tp tak berkesan ye pada batang tubuh aku nih :D. Mmg yg lain tu kalau tgk harganya lebih murah la sket berbanding Pharmaton nih... tp wat pe aku beli kalau setakat murah, tp lansung tak beri kesan pada aku kan :D. Kalau produk MLM plak aku kena amik 2-3 jenis benda baru dpt kesan yg aku nak.. so sangat membazir la kan. Baik aku beli pharmaton ni da tentu aku tau kesan nya kakakakaka.

Pharmaton yg aku amik ni dlm bentuk capsule. Dlm ada cecair.. dlu aku penah wat experiment masa nak makan tu.. aku gigit kasi pecah :)). Ok sgt horrible rasa cecair itu :((. Aku sgt menyesal. Maka kalau korg nak try... try la gerenti menyesal :))=)). Kandungannya ada mcm2... yg paling penting ada Ginseng Extract, vitamins from A to E... minerals n mcm2 lagi la.. Ni ayat kat kotak dia "A COMBINATION OF THE STANDARDIZED GINSENG EXTRACT G115 WITH VITAMINS, MINERALS AND LIPOTROPIC SUBSTANCES FOR HEALTH"

Utk aku dia ni kira memberi tenaga... My parents pun makan benda ni n mmg sesuai la utk diorg esp my mom during ramadhan :D. takde la sepanjang2 ramadhan tu mak terbaring tak berdaya...

Pic :: Ehsan Pakcik Google

Friday, January 21, 2011

What is Fluoride?

Fluoride is a natural mineral found throughout the earth's crust and widely distributed in nature. Some foods and water supplies contain fluoride. Fluoride is often added to drinking water to help reduce tooth decay. In the 1930s, researchers found that people who grew up drinking naturally fluoridated water had up to two-thirds fewer cavities than people living in areas without fluoridated water. Studies since then have repeatedly shown that when fluoride is added to a community's water supply, tooth decay decreases. The American Dental Association, the World Health Organization and the American Medical Association, among many other organizations, have endorsed the use of fluoride in water supplies because of its effect on tooth decay.

How Does Fluoride Work?
Fluoride helps prevent cavities in two different ways:
  • Fluoride concentrates in the growing bones and developing teeth of children, helping to harden the enamel on baby and adult teeth before they emerge.
  • Fluoride helps to harden the enamel on adult teeth that have already emerged.
Fluoride works during the demineralisation and remineralisation processes that naturally occur in your mouth
  • After you eat, your saliva contains acids that cause demineralisation on dissolving of calcium and phosphorous under the tooth's surface
  • At other times when your saliva is less acidic does just the opposite, replenishing the calcium and phosphorous that keep your teeth hard. This process is called remineralisation. When fluoride is present during remineralisation, the minerals deposited are harder than they would otherwise be, helping to strengthen your teeth and prevent dissolution during the next demineralisation phase.
How Do I Know If I'm Getting Enough Fluoride?

If your drinking water is fluoridated, then brushing regularly with a fluoride toothpaste is considered sufficient for adults and children with healthy teeth at low risk of decay.

If your community's water is not fluoridated and does not have enough natural fluoride in it (one part per million is considered optimal), then your dentist or pediatrician may prescribe fluoride tablets or drops for your children to take daily. Your dentist or pediatrician can tell you how much fluoride is right for your family, so be sure to ask for his or her advice.

If your water comes from a public water supply, you can find out if it's fluoridated by calling your local water district. If your water comes from private well, you can have it analysed by an independent environmental testing company that provides water-testing services.


Source : NSTklassifieds, page C64, Friday, June 4, 2010.

Friday, October 15, 2010

Laparaskopik rawat pedih hulu hati

RAMAI yang bertanya, apakah perlunya masalah pedih hulu hati dirawat meskipun ia tidak mengancam nyawa?

Jawapannya ialah penyakit ini boleh menjejaskan kualiti hidup penghidapnya.

Selain komplikasi, gejalanya sudah memadai menyebabkan penghidapnya berasa tidak selesa.

Pakar Perunding Bedah Gastroenterologi dan Laparaskopik, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Fahmi A. Karim berkata pada peringkat awal, dalam menangani masalah ini doktor akan menasihatkan pesakit supaya mengubah cara hidup yang lebih sihat.

Ini termasuklah mengubah jenis makanan yang dimakan seperti mengurangkan makanan pedas atau berminyak.

``Bagi yang obes, pesakit dinasihatkan supaya menurunkan berat badan, kurang merokok, mengurangkan meminum minuman keras, mengurangkan makan sebelum tidur, melakukan senaman lebih kerap dan sebagainya,'' katanya.

Pedih hulu hati atau juga dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan di mana asid dalam perut naik ke saluran pemakanan (esofagus).

Ia merupakan penyakit yang sering ditemui. Di Britain, dianggarkan 30 peratus penduduknya menghadapi masalah ini.

Meskipun GERD tidak sepopular seperti penyakit kanser, jantung, diabetes dan sebagainya namun prevalens penyakit ini menunjukkan peningkatan.

Jika dibandingkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pada hari ini GERD mencatatkan peningkatan sehingga 10 peratus.

``Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, kes-kes GERD dianggarkan sekitar 2 hingga 3 peratus sahaja,'' ujarnya.

Sekiranya gejala penyakit ini masih ada setelah pesakit melakukan perubahan gaya hidup, mereka memerlukan rawatan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan ini bagi membantu meneutralkan asid perut dan jumlah asid yang dihasilkan.

``Ada ketikanya, asid yang naik ke perut ini mengandungi bahan-bahan dari pundi hempedu.

``Peranan ubat-ubatan ini bertujuan mengekang masalah ini daripada berterusan,'' katanya.

Meskipun, ubat-ubatan ini dapat membantu, masih ada pesakit yang enggan bergantung kepada ubat-ubatan secara berterusan.

``Rawatan ubat-ubatan ini selain mengambil masa yang agak lama, kosnya juga agak tinggi,'' jelasnya.

Seandainya, kedua-dua pendekatan ini masih tidak membuahkan sebarang hasil mereka mempunyai alternatif lain iaitu menjalani pembedahan.

Pembedahan yang dikenali sebagai laparascopic anti-reflux surgery ini tidak memerlukan torehan luka yang besar pada kulit.

Ia hanya menggunakan sejenis alat yang dimasukkan ke dalam abdomen melalui lubang halus yang kecil.

Kaedah ini membetulkan keabnormalan otot-otot sfinkter dan krura diafram. Otot-otot yang longgar ini dijahit. Satu injap baru di simpang perut dan esofagus dibuat.

Melalui kaedah ini, asid tidak akan masuk semula ke dalam esofagus. Ia juga dapat mengetatkan bahagian bawah esofagus yang longgar.

Menurut Dr. Fahmi, kaedah yang masih baru diperkenalkan ini dapat mencegah berulangnya pembalikan asid ke dalam esofagus.

Kaedah yang dipelopori dari United Kingdom ini telah diperkenalkan sejak enam tahun lalu di beberapa buah negara di Eropah. Prosedur seumpama ini giat dijalankan di Britain, Belgium, Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain.

``Selain tidak membabitkan luka yang besar, pesakit juga boleh pulang ke rumah dalam masa antara dua hingga tiga hari selepas menjalani prosedur ini,'' katanya.

Pedih hulu hati tidak memilih mangsa. Sama ada kanak-kanak, lelaki mahupun wanita muda atau yang berusia tidak terkecuali menghadapi masalah ini.

Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan masuk ke dalam perut melalui satu tiub yang dikenali sebagai esofagus.

Pada bahagian hujung esofagus, terdapat gelang otot-otot kecil iaitu sfinkter (Lower Esophageal Sphincter - LES).

LES bertindak sebagai injap sehala yang membolehkan makanan masuk ke dalam perut.

Biasanya, LES akan tertutup secara automatik sebaik selepas kita menelan. Ini bagi mengelakkan asid perut yang mengandungi asid yang banyak naik ke atas.

Bagaimanapun, sekiranya LES ini tidak dapat berfungsi dengan baik, asid ini akan masuk semula dan membakar bahagian bawah esofagus.

Keadaan ini boleh menimbulkan rasa pedih dan radang pada esofagus. Sekali gus, ia menyebabkan pedih hulu hati dan lama-kelamaan ia merosakkan esofagus.

Selain pedih hulu hati, pesakit biasanya mengadu sendawa berlebihan.

Kesakitan yang amat teruk ini boleh menyebabkan penghidapnya tidak boleh tidur.

Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja penghidap pedih hulu hati mengalami gejalanya. Ada kalanya, menyerupai serangan jantung.

Keadaan seperti ini menyebabkan masalah yang dialami didiagnos dengan penyakit lain. Antaranya, serangan jantung, peptik ulser, asma, bronkitis, peptik ulser dan sebagainya.

Punca GERD

Banyak faktor yang dikaitkan dengan GERD. Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan faktor fisiologi dan anatomi seperti:

* Angin pasang (Hernia)

* Sfinkter tidak berfungsi dengan baik (Defective LES

function)

* Asid dalam perut naik ke atas (delayed gastric

emptying)

* Masalah pengaliran air liur (abnormal oesophageal

motility)

* Kekurangan mukosa dalam esofagus (Defective

mucus).

Selain itu mereka yang menghadapi masalah obesiti atau wanita hamil.

Biasanya wanita hamil mengalami pedih hulu hati pada awal atau semasa tempoh kehamilan.

Ini kerana semasa hamil, terdapat tekanan pada organ-organ dalaman tubuh yang menolak bahagian tersebut.

Pada masa yang sama, peningkatan hormon estrogen meningkatkan risiko pedih hulu hati kerana ia mengurangkan tona otot-otot khas.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendiagnos GERD:

* Sejarah pesakit

* Pemeriksaan endoskopik

* Barium meal

* Kajian asid 24 jam pH.

Diagnosa GERD

Biasanya, dianggarkan 60 hingga 65 peratus pesakit GERD yang menjalani ujian endoskopik tidak menunjukkan sebarang bukti mereka mengalami radang. Keadaan ini dikenali sebagai Non Oesophagitis Reflux Disease (NERD).

Diagnosa pesakit biasanya meliputi tiga kategori iaitu:

* Tiada hakisan

* Radang pada saluran esofagus (esofagitis)

* Pesakit yang mempunyai komplikasi seperti ulser, fibrosa dan kanser esofagus sebanyak 5 hingga 15 peratus.

Sebahagian besar pesakit dikesan tidak mengalami esofagitis, tetapi ada angin pasang hiatus.

Bagaimanapun, jika pesakit tidak mengalami radang, ini tidak bermakna mereka bebas daripada masalah.

Individu yang layak menjalani prosedur ini

* Pesakit yang tidak boleh menerima ubat-ubatan

* Pesakit yang telah mengamalkan ubat-ubatan

dalam jangka masa lama

* Pesakit yang mengalami gejala yang berulang-

ulang

* Pesakit yang telah mempunyai komplikasi seperti

Barret's Esofagus dan lain-lain.

Komplikasi

Sekiranya pedih hulu hati ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan:

* Sukar makan

* Ulser esofagus

* Ketumbuhan pada bahagian bawah hujung

esofagus (Lower End Esofagus).

Esofagus yang terdedah dengan asid dalam jangka masa lama boleh mengakibatkan perubahan.

Perubahan yang dikenali sebagai Barret's Esofagus. Ini adalah satu keadaan di mana kulit dalam saluran makanan bertukar dari skuamos ke kolumnar. Keadaan ini jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan ia menjadi kanser pada peringkat awal.

Dengan rawatan pembedahan, refluk asid boleh dikawal supaya komplikasi GERD boleh dielakkan.

Panduan

Penghidap hulu hati pada peringkat awal perlu membuat perubahan gaya hidup seperti:

* Cara pemakanan yang teratur

* Bijak menangani tekanan

* Banyak melakukan senaman.


Sumber :: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive
Penulis :: Najibah Hassan (Arkib 29.12.2002)

Membebel-bebel :: Aku share sini sbb aku slalu kena pedih ulu ati nih... aku admit la mmg 3-4 hari ni aku kurang menjaga masa makan aku... makan bila sempat saje... da tu makan pedas2 plak tu ahahahaha... tekanan pun ya jugak... kena la aku ubah gaya hidup aku kalau camnih huhuhuhu