Tuesday, April 26, 2011

Adeh-deh-deh...

Smlm aku gi sini



Da lama plan nih... dgn Arfah n Intan.. Mula2 booking kami nak amik promotion utk bulan April... yang ni...

tapi kami dtg lewat... so tak sempat... duk pikir2 sama intan last2 tukar la amik package urutan saje ;)) ;))...

owh owhhhh urutan mmg la best... sampai saat aku menaip cite ni pon angin aku duk keluar2 lg nih ahahahaha... asik sedawa je ni... bnyk betul angin badan aku nih.. patut la asik nak naik hangin jek kekekekekeke...

Overall mmg best la.. Spa tu mmg khas utk perempuan sahaja.. man are not allowed. Kalau dapat buat ikut package bulan april tu lg best rasanya... nnt kena pegi lg la jawabnya kan hahahaha... da la lokasinya dekat banget sama rumah aku... mmg wajib la pegi ulang2 kali ;));)).

Sesapa berminat leh cek website diorg kat sini www.cintasari.com untuk cerita lebih lanjut :-bd


Pic : Credit to Cintasari Website

Monday, April 18, 2011

Mlm ni saye nak balik kg hahahahaha... rindu sama tecik nih


Monday, April 4, 2011

Beza...

...antara orang yang berbahasa Arab dengan orang yang tidak berbahasa Arab tentang nama saya....pada pandangan peribadi saya ...

Sebagai seorang yang slalu bergaul dengan foreigners sejak study sampai la ni... aku peratikan ada 2 perkara yang amat berbeza antara orang-orang yang berbahasa Arab dengan orang-orang yang tidak berbahasa Arab terutama orang Malaysia. Perkara tu ialahhhhhhhhhhh berkenaan dengan nama aku :)).

a) Kalau orang berbahasa Arab regardless dia orang dari negara mana skali pon... dia orang akan sangat-sangat teruja bila tau nama aku :D:D. Kalau dia orang datang berkumpulan.. nanti siap la yang dah tau nama aku tu akan koba ke kawan-kawan yang tak taw... mereka sangat suka dan teruja... Tapi kalau orang yang tidak berbahasa Arab terutama orang-orang Melayu, dia orang biasa-biasa je bila tau nama aku.. macam seolah2 tidak membawa apa-apa erti.. atau sebenarnya dia orang tak taw makna nama aku tu kakakakakakakaka...

b) Orang-orang berbahasa Arab lebih suka memanggil aku "Khair"... dari zaman aku study dulu... ustaz-ustaz Arab aku memang panggil aku "Khair". Dia orang lebih prefer "Khair" dr nama kedua aku... sbb maksud "Khair" tu "sebaik-baik" so bila dia orang panggil aku "Khair" dia orang seolah-olah mendoakan aku jadi baik ;)) ;)). Tapi kalau orang yang tidak berbahasa Arab, dia orang lebih suka menggunakan nama kedua aku... mungkin pada dia orang kalau panggil aku "Khair" bunyik tu macam nama lelaki agaknya ;)). Tapi mak ayah aku lebih suka panggil aku "Khairun" kihkihkih... Ustaz Ustazah zaman skolah pon memang panggil aku "Khairun"

Aku sendiri tak kisah dipanggil apa sebab dua-dua pon nama aku ahahahahaha... owh lupa.. kalau makcik-makcik aku dia orang lebih suka panggil nama penuh... lebih bermakna ;));)). Ada jugak yang panggil aku "Nurul"? Mana datang tah nurul dalam nama aku tu :))=)). Ini yang paling tak bleh blah skali... bila aku tak menyahut marah plak tu... Anis pon ada yang panggil.. tp aku cam geli sket panggilan Anis tu.. macam perempuan :-s... Kalau cik Beydah dia panggil aku Nis.. punya la panjang nama aku.. leh jd Nis jek :P:P ahaahahahahahaha

Tapi kan.. sekarang ni dunia da moden kan.. elok-elok dah nama aku tu tup2 sekarang dah jd "Kay" kakakaka nasib la.. Esok bila mati.. nama penuh aku tu gak la yang jadi sebutan... emmm biar la hendaknya aku jd sebaik nama yang mak ayah bagi pada aku nih... aminnnnnnnn

Friday, April 1, 2011

Susah Sangat Ke Nak Bagi Aku Senyum Sepanjang Hari?

Geram aku taw... br aku ingat sempena jumaat nan mulia nih.. bulan baru plak kan... apa la salah nya aku nak bermanis muka..

Pagi nak gi keje ok... terserempak jiran aku senyum... masuk kete, drive ke opis sambil dgr radio SINAR dgn adik aku, ok aku senyum siap leh gelak2... sampai opis greet my staff kat kaunter, ok aku senyum lg... duduk ngadap PC cek email, ok senyum lagi... call ISRA, senyum, call LZS kurang dah level senyum aku sbb tak berjawab :)).

Gi SSD senyum meleret2 sbb all memo dah signed... g main office senyum gelak2 lg... eh sepanjang separuh hari.. hari ni aku senyum :D:D:D:D:D:D

after break aku terus g melawati... senyum lg dgn pakcik paking... senyum dgn ustaz2 yg greet aku kat kaunter... ehhh senang nye hati akuuu senyummm je ;));))

masuk opis...

"ni Is***l mana satu ni farah? yg d**v** tu ke? kalau yg tu sy kenal" kata bos ku kepada farah (bukan nama sbnr).

Aku diam je sambil terus masuk bilik... tp telinga ni degil nak dgr gak diorg berckp... sambil2 menyemak tah hape2 benda atas meja aku tu... telinga ttp memberi perhatian pada perbualan bos n farah... tetiba darah aku naik ke level tertinggi dlm hati da mula membebel2 8-|. Tak abis2 lg ke pasal bantuan tu.. apa lagi diorg ni nak.. aku da naik meluat dah dgn diorg ni sume.. dasar tak tau di untung!!!

terus ilang senyum aku sepanjang ptg td.. tolong la.. aku baru nak senyum.. GTH la ko kenal dgn sapa pon.. aku dulik hape.. mmg bermula tahun niiiiiiiiiii jgn ko harap nak ada lg bantuan itu FAHAM!!!.

Susah sgt eh nak jd manusia yg tau bersyukur.. susah ke? dah la ucap terima kasih pun takde.. marah2 je yg kami dapat... nak komplen2 lg... ewah2 aku mintak pulang semua benda2 tu kang...

Aku nak bg ayat ni utk semua manusia2 yg buat aku ilang senyuman ptg td....

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih" ~Surah Ibrahim, ayat 7~