Sunday, October 31, 2010

Kakak n Adik


Sama kan hehehehe... kejap je da dua thn lebih... kakak da besar... da de adik pun... muka dua2 sepesen... tang mata harus la sepet ye ;)). Ni pic kakak n adik pada hari kedua... sama kan... rambut kakak tu pun dlu pacak2 gak cam adik... tp adik ni lg cepat plak terpacak rambutnya ahahahahaha...


Ni la buah hati kami hehe... kakak yang sibuk nak apa saje yg adik ada... kelambu adik pun dia nak tumpang skali...


Ini buktinya hahahaha... ibu kata semua yg adik guna... dia mesti nak... mcm2 je anak dara sorg tu...


Tgk tgn dia hahaha.. tu yg risau dia satu kelambu dgn adik kekekekekeke


alaaa cepet nye mata ye... tak sabar angah nak jmpa adik... aduhhh lama tul masa bergerak huhu... tak sabar nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Final Day

Berdebar2? Ngeri? takut? risau? ahahahaha mende aku ngarut nih... Final day ni bukan cite bola eh... aku taw kelantan da menang n penyokong2 dia tak merusuh la kali nih... tp heran gak apsal penyokong N.9 tak merusuh... merusuh la baru meriah kekekeke... ok2 just kidding... aku da lama tak minat bola... since zaman fandi ahmad, dolah salleh n the gang dlu la... dlu mmg peminat bola aku nih... tp lepas2 zaman rasuah la apa la... terus aku tak minat huhu...

eh apa da :)). Aku bukan nak cite sal bola... yg menang tu tahniah la... bg yg kalah thn depan cuba lg (ayat stendet kikiki). Aku nak cite sal exam sbnrnya hahahaha... hari ni last day aku jg utk sem nih. So tadi aku dtg awal la sket dgn intan... kami antara yg awal la sampai... bila mimi dtg terus la kami gi hall 2 amik answer sheet n paper2 yg berkaitan and terus proceed ke hall kami.

Hari ni tenang sket hati aku wat keje... dgn muka siyes aku edarkan all the papers needed... n aku da pesan siap2 kat diorg jgn kacau paper yg aku jg =)). aku tak mo serabut... so pleaseeee bg aku buat sorg2. Da siap sume answer sheet n papers diedarkan... questions paper plak tak sampai2... mujur gak student pun lambat hari nih... elok2 je questions paper selamat diedarkan... student pun sampai... tu pun tak ramai... siap si Ila kena jerit2 panggil diorg suh masuk dewan.

Hari ni azam aku takmo le marah2 kan... since aku pun pakai sopan santun hari ni...aku ingat nak le jd sopan santun ahahahahaha... skali nya... bila student masuk dewan... diorg pi memekak mcm dlm zoo.. siap bole gurau2 eh dgn gelak2 kuat sume... hangin la aku kan... terus aku sound tepek ah... diam terus sume dlm dewan tu... baru masing2 nak ikut arahan dgn baik... emm mmg selepas peristiwa tu, student2 dlm exam room aku mmg jd baik... nak gi washroom, angkat tgn dlu... nak wat pape...yg sepatutnya diaorg mintak izin, diorg mmg angkat tgn... bole pun kan, da kena marah baru nak ikut kan... suka gak nya aku marah haha...

so lepas tu keje aku smooth je la... sampai kutip attendance pun ok je... tp bila sampai satu student ni... ada sket kes... student ni paper dia clash... so dia bole attend mana2 dlu la.. bila dia takde kat hall aku, aku g cari kat hall yg lg satu... tnya la kat minah ni student tu datang ke tak? sbb dia da amik attendance... dia kata budak tu dtg...kat hall satu lg... aik.. polik bona nih.. aku jengah attendance list kat meja dia... aku tgk seat budak tu dlm hall dia... tak puas ati aku gi ke meja budak tu... mmg dia takde... huh gilak la minah ni... mcm mana la dia buat keje... da dua kali mcm ni... org tak dtg dia kata dtg.. payah tul la... aku sound je terus "kak! budak tu tak dtg la! seat dia dlm hall akk nih! tu meja 88 tu!" terus aku blah...

Payah kan kalau susah nak dgr arahan... nak aku marah, dia lg senior... tp mungkin dia tak penah duk lam dewan exam yg sebenar so dia rasa cara dia betul la gak nya... tp bila da di bagi tau org tu sila la ikut... haduiii...

Maka tamat lah tugas aku sbgi penjaga exam pada hari ini... esok aku akan mulakan tugas aku sbgi *tut* spt biasa ahahahahaha...

Detik-Detik Kematian Iblis

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahnaf b. Qays berkata:

"Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Saidina Omar b. al-Khattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang ramai sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:

1) Dikepung oleh 70,000 Malaikat

Ketika Adam Alaihissalam akan mati, baginda berkata:
"Ya Rabbi, musuhMu pasti akan mengejek pada ku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat".

Allah swt menjawab:
"Hai Adam, kamu langsung menuju ke Syurga, sedang kan si mal'uun ditunda hingga hari Kiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir".

Maka Adam pun bertanya kepada Malikulmaut:
"Sebutkan bagaimana rasa pedihnya maut".

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;
"Tuhan ku... cukup, cukup".

Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata:
"Hai Abu Ishaq, ceritakn kepada kami, bagaimana ia merasa maut".

Pada mulanya Ka'bul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak maka dia berkata:

Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang org2 sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba2 terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sedar kecuali sesudah 3 hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika org2 dalam keadaan sedemikian, tiba2 terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorg pun melainkan mati kerananya. Maka ninasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudia Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:
"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan Aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah Ku kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang2 yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia berlipat2 ganda.
Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari neraka Ladha dab beritakan kepada Malaikat Malik supaya membuka pintu2 neraka".

Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.

2) Pengsan dan Mendengkur

Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja, langsung ia (iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat, nescaya pengsanlah mereka.

Lalu Malakulmaut membentak iblis:
"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bg mu. Maka kemanakah kamu akan lari?".

Maka larilah iblis itu ke hujung timur, tiba2 Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata:
"Keranamu aku telah menjadi mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".

Lalu ia bertanya kepada Malakulmaut:
"Minuman apakah yang akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku".

Jawab Malikulmaut:
"Dengan minuman dari neraka Ladha dan serupa dengan siksaan ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".

3) Malaikat Zabaniah Menikam Iblis Hingga Mati
Maka berguling2 lah iblis di tanah sambil menjerit (berteriak) sekeras2nya, kemudian lari2 dr barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tmpt yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia (Iblis) dikerumuni oleh malaikat Zabaniah yang menikamnya dengan bantolan dr neraka itu sehinggakan merasakan nazak (Sakaratul Maut) akan mati itu.

Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya utk melihatnya. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa':
"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan nikmat Mu kepada kami".

Petikan dari PERANGKAP SYAITAN DAN CARA MENGHINDARINYA (by Ilyas Mohammad Umar terbitan Pustaka Al-Shafa, pg.19-23).

Membebel-bebel :: emm ni 1st time aku jumpa artikel pasal kematian iblis laknatullah... so aku share kat sini la dgn korg... buku ni aku jumpa kat exam room td... sempat la aku salin part ni je... kalau len kali aku terjumpa buku ni n beli.. nnt aku share lg kandungan2 nya dgn korg :-bd

Exam!!!

Korg suka exam? aku biasa2 je... nak kata suka tak jugak, nak kata tak suka pun tidak jugak... neutral je la aku dgn exam nih... DLu2 time study mcm2 gaya aku tgk member2 aku bila dekat2 exam or bila time2 exam... ada yg berkawat kehulu kehilir... ada yg baca buku tak lepas2 memandang ke buku saje... ada yg tak lalu makan sbb nk baca buku saje ahahahaha... aku? aku mcm biasa je... tak terjejas pun kehidupan normal aku... aku lapo aku makan... ngantuk aku tdo... bosan aku men gem muahahaha... tu sbb aku dpt result ala2 jek 8-|

Sbnrnya aku bukan nak cite sal aku amik exam... tp aku nak cite sal aku JAGA EXAM. fuhhh ni la pengalaman pertama aku menjaga exam. jaga plak bukan calang2... org2 dewasa nya exam nih... org2 dewasa yg br berpeluang amik degree... aku nolong opis adik aku sbnrnya. Saje la cari pengalaman kan... since aku ni kan sociologist so aku mmg le suka bab2 memerhati perangai manusia2 sejagat nih kihkih.

First day, sabtu minggu lps, mmg sgt terkejut ah... sangat kurang teratur... wohooo ni kalau aku bos mau aku hamun staf2 yg mcm nih... serabut aku tgk nya... dgn perangai student2 nya... sangat berbeza dgn dak2 undergrad yg fresh tu... mak oiii dogil tak terkato... mujur je la aku cuma exam attendant, kalau aku sbgi AKU... huh mmg takde can ah nak jd camtu...

Second day pun sama... fenin la ana... feninnnn... susah weh jg org2 tua nih... haduiii org da kata kan kalau nak kemana2 or nak apa2 angkat tangan... bila pengawas peksa da dtg tnya baru leh bergerak... ni tak... men suka ati mak pak dia je nak gi sana sini... bila aku marah taw plak kata aku garang hahahaha

Third day, smlm la, si Ila da bg aku siap2 paper mana aku kena jg... ok la.. ada dua exam room... tetiba dtg minah sorg nih pepandai bg arahan itu ini kat aku... buat keje aku kelam kabut.. nak haku sound dia da lama jg peksa nih... sampai aku tak sound abis huru hara keje aku... last2 aku gtau intan aku tak suka org kacau keje aku hahahaha... jahat kan... serabut weh.. rasa nak bg penampar je... that day, ada sorg student tu.. pandai plak dia nak g washroom, dia angkat tangan... bila aku ingat2 balik budak tu ada dlm exam room yg aku marah last week sbb tak dgr arahan =)). Nak sgt kan aku marah... tak taw betapa zolimnya aku kalau marah... arahan da bg saje tak nak dgr, itu namanya nak cari kemarahan aku la kan...

Hari ni last aku jaga exam utk sem nih... adehh pengalaman yg mencabar kesabaran dan kekebalan hati aku hahahaha.... tgu la aku apdet ptg kang ke apa2 yg terkini dari exam room tu... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



Membebel-bebel :: payah jg org tua nih... sbb dia rasa da bnyk sgt pengalaman.. padahal pengalaman dia tak leh dguna pakai pun kat dlm exam hall tu kalau dia tak ikut arahan... mungkin gak diorg takde pengalaman dlm menerima arahan... susah sgt nak taat... benda senang je... emm tah laaaa

Cucur Geragau


Cucur geragau... da lama beli udang geragau nih.. sama dgn entry kupang nih.. tp sabtu lepas baru nak dimasak... aku wat cam cucur biasa je... letak bawang cincang, tepung serbaguna, n tepung gandum. Tak letak garam dah sbb tepung serbaguna tu da berperisa... aku adun sume skali geragau tuh... bnyk plak... semangkuk nasi tambah huhuhu.... goreng sket.. n selebih nya masuk fridge lah... hari ni baru abes aku goreng sume adunan tuh ahahahahah... kang lg lama aku simpan... silap2 tak leh dmakan lg nnt... rugi je kan... sementara elok ni baik aku masak sume... bila da goreng...cepat la abes nya. Hari ni plak aku tak masak... lg la laju je kena ngap cucur aku ahahahahhaa

Geragau nih leceh sket nak membersihkan nya... kena bnyk kali tapis sbb kalau tak kang berpasir plak... da tak sedap kan... kalau yg tak biasa makan pun mungkin akan rasa mcm len sket... berhampas kata org... tp sedap woooo aku suka kikikiii...

Rojak Aku


Jumaat minggu lps, teringin sangat rasa nak makan rojak nih... org panggil rojak singapura kan... tp aku panggil Rojak Aku je la hahahaha... Mula ingat kuah kacang kat dlm fridge tu leh d makan lg... bnyk lg sepelastik beso... skali bila dipanaskan, rupanya da hampir2 basi... so tak syook la kan nak makan kalau da nak basi... so buang je la... sbgi alternatif, aku beli kuah kacang segera kikikikikiiii... jd jugak la rojak tu walau kuah nya sepatutnya lain kan kuikui...tp dulik ah janji prot aku kenyang ahahahahaha....


Ni antara isi2 rojak aku... ada salad, telur rebus, timun, togeh n kangkung celur


Ada gak udang, tahu, fish cake, tempe (my peberet =p~) dan kentang... ni sume aku goreng...


Ni la bahan2 nya... makan dgn kuah kacang... layanszzzzzzzzz


Membebel-bebel :: sblm balik keje jumaat tu, ada la aku cari2 resepi kuah rojak nih... tp cam malas plak le nak membuat nya sbb duk tingat ada kuah kacang tu... len kali la aku try buat kuah tu hehehe


Saturday, October 30, 2010

Sepetang Di AHC


Balik joging, aku n intan singgah ke cafe AHC hahaha... pekena tiramisu dengan milo ais =)). Wat penat je berlari2 anak keliling uia tu... balik2 je tambah lemak lg ahahahahaha...


Saje la nak test kat cafe tu... tak penah rasa lg ;)). Satu slice ni harga rm5.50. Ok la rasa dia...


ni plak melo o ais n mineral. Over all kedai ni perlu improvement lg.. menu terlalu limited huhu... kalau ikut kata pengurusan, mmg kedai ni belum fully operate lg... so tgu la lepas baik pulih nnt, harap2 jd lg best la kan...

Happy Belated Birthday


Happy belated birthday ayah :x:x... Semoga Allah merahmati ayah selamanya... akak taw, ayah bnyk risau pasal akk... tp insyaAllah, dgn doa dan restu ayah... akk akan ok slalu... Akak sayangggggggggggg ayah :*:*

Besday ayah aku 25th October hari tu... da tenet aku slow cam hape je malas la nak tulis entry... ni baru ok sket... apa nak beli utk ayah.. tak beli hadiah pape lg nih... tgu balik langkawi la baru bg hadiah hehe...

Okeh ada sesuatu nak tunjuk kihhkihkih...
...
....
.....
.......
..........
............
...............
................
............
.........
........
.....
....
...

Korg rasa2 apa?

................................................
...........................................
......................................
..................................
.............................
........................
...................
..............
..........
......
....
..
.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Introducing our new family members hehe... little amoi :P. Ini la adik Nuha ;)). Lahir sama hari dgn atuk :x. Due patutnya 24hb tp dia nak jd cucu atuk...tu yg tgu sampai 25hb hahahahaha... sorg lahir sama nenek, sorg lg lahir sama atuk... sampai entry ni di tulis si kecik ni takde nama lg... mcm2 da bg cadangan kat ayah dia... tp tah le mana satu dia pilih tah... mak nak letak Iman Insyirah or Nisa Insyirah. Iman da mcm nama irfan, nisa plak da tentu2 nama aku :))=)). Insyirah da ok da aku rasa huhu.. tp tah la pak dia tu... payah bebenau nak pilih nama.

Aku da excited giles nak gi jumpa si tecik nih... tp rasanya lepas balik langkawi la kut baru aku g jumpa dia. Dia da balik muar so payah sket. Kalau dia kat melaka senang la aku nak lari2 kejap tgk dia hehe... chomel kan amoi nih :x. Rambut pacak mmg sebiji2 rupa kakak masa baru lahir dlu ahahahahahahaha....


dannnnnnnnnnnn tidak dilupa kan cik usu... Happy birthday... eh belated gak la :)). Besday dia smlm ;)). Selamat hari lahir la maksu ye... semoga berjaya dlm study dan kehidupan... semoga cepat2 le kawen... kalau ko kawen leh langkah bendul... untung aku muahahahahahahaaa....

Monday, October 18, 2010

Yang ku janjikan


Taraaaaaaaaaaaaa ni la pic anak kupang smlm hahahaha... sori le kelabu asap je picnya...


Ni plak Baked beans dgn telur mata kerbau... dinner sabtu lepas...semua diet konon2... satu rumah tak makan nasi tp makan roti je dgn benda ni hahahaha.. camne nak buat? senang je... korg campak2 je benda2 ni dlm kuali...taraaaaaa da siap :)).

haha.. ye la... ye la.. aku bg la cara aku masak tu... tumis cili giling bawang merah bawang putih sampai naik bau... erkk jgn tnya bape portion tiap2 bahan tu eh... sbb cili giling mak aku ni dia giling bnyk2 skali n terus letak all the bawangs dlm tu huhuhu... nak masak tinggal senduk je mengikut kehendak kita haha...

ok2 back to our resepi... eh sblm tumis cili tu... pastikan korg da goreng siap2 telur dan kentang... bnyk mana tu... ikut korg la... aku buat telur tu 8 biji, kentang berbiji2 hahaha... baked beans tu 2 tin... so da goreng2 sume tu baru la tumis cili... da garing cili masuk kan baked beans... kalau pekat...masuk air sket... 4-5 minit pastu (cam lama je nih) masuk kan kentang n telo... dan juga bawang besar yg dihiris2... pastu biar mendidih sket... n siap :D


and this is Nasi ambeng... bekpes aku smlm... diorg beli ni kat pasar tani tangkak.. jauh tu diorg g meninggalkan aku dgn ayah ahahaha...mana tak kena tinggal org nak pegi aku tdo muahahahaha... siap kunci pintu lg kikiki...

okeh... tu je le... aku nak sambung mengarang nih ahahahaha... adoiiiiiiiiii failed tul la wat karangan surat rasmi nih :(( fenin fenin :))

Sunday, October 17, 2010

Menangani Tekanan Kerja

Akhir-akhir ini, graduan sering mengeluh sukar mendapat pekerjaan sesuai mengikut jiwa dan apa yang dipelajari ketika menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) kerana berasakan pasaran kerja dlm negara yang semakin terhad.

Atas alasan itu, ramai tidak kisah memilih pekerjaan di luar bidang pengajian dan taraf berikutan menganggap wang lebih penting bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi selain diperlukan untuk membayar pinjaman.

Apa pun jenis pekerjaan dilakukan, itu bukan perkara pokok kerana apa yang perlu ditekankan bagaimana seseorang yan gbaru mula bekerja ataupun sudah lama, menghadapi tekanan ketika di tempat kerja mereka.

Menurut risalah dikeluarkan Kementerian Kesihatan, tekanan bekerja boleh berlaku apabila individu kurang jelas dengan objektif dan struktur organisasi yang dinaunginya selain tidak berpuas hati dengan perkembangan kerjaya, status dan gaji ditawarkan.

Selain itu, tugas membosankan dipercayai mampu menjadi punca seseorang stress dan perkara itu tidak dapat dinafikan kerana memang naluri semula jadi manusia tidak menggemari sesuatu yang menimbulkan jemu.

Konflik interpersonal seperti membabitkan perhubungan antara lain menjadi penyumbang kepada tekanan di tempat kerja apabila individu hilang fokus untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dan melihat semua perkara membebankan.

Bagaimanapun, tekanan di tempat kerja mampu dielakkan jika kita bijak menanganinya termasuk tahu cara terbaik menghiburkan diri apabila berasa diri berada dalam keadaan tertekan.

Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah meningkatkan sokongan sosial di tempat kerja iaitu menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai.

Selepas itu, ceba praktikkan pemikiran yang rasional dan positif kerana pemikiran negatif hanya menyebabkan timbul salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan dan mungkin juga majikan.

Untuk itu apabila keadaan itu berlaku, jangan sesekali biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan serta gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif tadi dengan keterangan lebih munasabah.

Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani tekanan kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan.

Seterusnya, bagi mengelakkan tekanan, cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan cool.

Cara tangani kemarahan pula dengan mengikuti tiga langkah penting iaitu berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang.

Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi seterusnya bertindak menggunakan daya tindak yang berkesan.

Dengan cara itu, akan lebih menjadikan seseorang tenang dalam menghadapi apa jua keadaan mendesak serta mampu mengamalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.

Sumber :: Harian Metro, Sabtu, 22 Mei 2010

Anak lah Kupang...

anak kupang turun sepuluh... sekor kena ngap...sekor kena ngap tgl 9 muahahahhaa

Aku beli kupang td.. semalam lg da suh amin belikan.. tp takde stok.. kupang sold out ye kawan2... seluruh melaka dan muar tade kupang... penjual tu kata "esok (ahad = hari ini = 17 oct 2010) baru ada dik, kalau nak leh tempah dlu... esok dtg amik". Ok la aku suh adik tempah 4kg + 1kg. 4kg tu kiriman kak fizah... 1 kg lg utk rumah aku la hehe... so td.. lepas masak2 (adik ipar aku yg masak... aku tgk je hahahaha) n tapau2, aku pun balik... singgah telok mas amik kupang... Siyes takde kupang... kupang yg ada sume da kena tempah... aku nak beli sekilo lg pun takde dah... huhu... takpe la... dpt sekilo pun sekilo la... owh smlm tu da suh amin belikan geragau... mujur gak... kalau tak hari ni takde dah geragau... sume sold out...

Kupang td tu... sekilo RM4... geragau plak sekilo RM10... Da selamat da aku masak n makan kupang tu... haaa nape aku panggil anak kupang :)) sbb nya kecik halus saje kupang2 tu :)):))... anak kupang pun diorg jual... tp nasib baik la manis nya masih terasa... mmg manis... aku cuma rebus je kupang tu dgn bawang merah n halia n garam sket... mmg la sedap... mmg kupang fresh... ingat aku je yg da langsai kan kupang sekilo... rupanya kak fizah pun da makan da hehehe... dia pun rebus je... aku tak makan dgn nasi pun... ratah je cicah sos.. nyummm nyummmm...

Ingatkan sekilo tu bnyk... dlm hati da berangan2 la konon nnt sket nak masak dgn spegeti... sket nak wat sambal... kononnn laaaa... rupanya tak dan nak tgu masak lain... skali hadap je abes ahahahahaha... takpe la... len kali beli lg.. time2 kupang tu da beso nnt... puas sket makan mak or bapak kupang kan hehe...

Geragau tu aku ingat nak wat cucur je nnt... tp bukan la time2 keje nih... sabtu nnt ke... leceh sket kena basuh elok2. kalau tak kang berpasir da tak syok :D. selain wat cucur... apa lg yg syok masak geragau nih... nak try goreng garing2 pastu sira lada la haha.. sedap gak nya kan kikikiiii

Eh aku publish cerita je la dlu eh... pic anak kupang aku amik kai HP td.. tp cable tinggal kat opis plak... esok la aku upload pic anak kupang chumel yg da selamat masuk prot aku td ahahahahaa...

Korg.. meh le jenjalan ke Melaka ;))... mcm2 ada sana :-"... aku pomot je nih padahal aku pun tak abes pusing lg melaka tu ahahahaha... jom la weh... nnt ajak aku skali taw :P

Saturday, October 16, 2010

Car Wash

Da 2 bulan kete aku tak bercuci. Hari ni aku terpaksa la bawak dia gi mandi sbb kang nak gi toyota diorg nak amik pic kete nih hahahaha. So aku pun bawak la gi cuci dekat2 rumah mak ni. Masa sampai kedai tu ada 2 kete tgh di cuci tp da final stage la. Sbnrnya ni kali ke 2 aku cuci kete kat sini... 1st dlu masa sblm puasa... ni da selepas raya hahahaha. Jgn tak percaya sepanjang tempoh tu aku mmg tk penah cuci kete tu kecuali hujan yg tolong cuci ;));)). Jd korg bayang kan aje le apa rupa kete aku tu... itam da tak mcm itam... da jd kelabu jek muahahahahaha... da mcm lori tanah kekdah nya :)).

Ada 3 org yg cuci kete ni... Berapa agak2 nya yg diorg dpt sehari kan... Kalau satu kete RM10, masa aku sampai ni da ada 4 biji kete...kata la rm40 dia dpt... eh ada 4 org la :)) tetiba muncul plak sorg lg hahahahaha... ok2.. agak2 sehari minimum bape kete diorg dpt cuci... kata la 10 buah kete.. br rm100... bape tokey ni bayar utk staff dia agak nya...tak kan rm50 sehari... emmm eh ada sabun masuk lam kete aku :-l ishhh biar betul... huhu da kena tego.. okeh sambung balik kira... kalau sorg rm50 4 org da 200... ada untung ke eh... emmmm

Dlu kan, masa pes taim aku hantar kete cuci kat kedai2 mcm ni... ada sedikit terkujut huhu... sblm2 ni aku cuci kat toyota :"> da terlanjur sebis... diorg cuci skali la... perbezaan ketara... kalau kat toyota... sblm masuk kenderaan customer diorg akan balut kerusi n lapik kaki tu dgn plastik...lepas tu baru diorg masuk n drive kete tu... padahal yg masuk tu bukan pomen or tukang cuci... yg masuk tu staf2 yg entertain pelanggan kat kaunter... mmg baju kasut sume smart... still diorg jg gak benda2 mcm tu huhu... Tp sejak2 da biasa cuci kat kedai2 ni aku da tak terkejut sgt la.. cuma ni td ada sket tersentak sbb budak tu sabun kete.. pastu gi bukak pintu.. abes la nnt masuk air lam kete aku uhuhuhu...

Dlm pada aku draf entry ni... tgk2 da siap da kete aku... da kilat spt baru hahaha... skrg suda nek harga... RM13... sblm ni Rm12 saje... takpe la... mcm tak berbaloi je aku rasa diorg cas harga tu... murah sgt huhuhu... kalau aku cuci sndri.. mau pengsan aku ahahahaha (eh aku penah cuci kete ni sorg2 taw.. bole nangis jd nya ahahahaha.. penat gilak... da la tinggi..).

Lepas cuci kete terus gi toyota settle kan insurance n roadtax... pastu terus balik... ingat nak singgah mekdi ke...kepsi ke... tp da sorg2 malas le aku... balik terus makan kat rumah... lagi enak muahahahahaha... lg pun ptg ni Nuha nak dtg hikhik...

Eh depan rumah ni da nak buat playground la haha best2... da bole la aku beli swing utk nuha lepas ni hahahhaaaa... kaklong da merengek2 nak ajak beli buai :-l.. tak reti gak nya tgh2 bulan ni... aku tgh kekopakan muahahahaha lesing kang...

Friday, October 15, 2010

Da sampai

aku da sampai kg ngeeee :D

aku drive slow je td... 80-90km/j jek...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-

ok aku tipu :P... aku drive 110 km/j jek :">...
maximum aku rasa 120.......................................................................................................................................................
...........................................................
...........................................
................................
...................
...........
....
.



ok aku tipu lg :"> 125km/j (yg aku perasan)... sket je laju... haha tak exceed normal km/j aku eh :D... so kira aku berjaya la bawak slow mlm ni muahahahahahhaaaa

ada la 2-3 kete ajak men2 td... tp cam takde mood plak... ko drive jek le bang... aku malas la... haha... kadang kalau dtg mood rajin... dgn bas pun aku ajak men2 di jalan raya ahahahaha.. bukan apa... buat ilang ngantuk ;))... tu yg kadang tk pasan da 140-150 muahahahahahaaaa... bila perasan insop la kejap... tp mlm ni aku drive slow :D. masih dilanda kengerian dek eksiden bas hari tu huhu...

sedang bermaharajalela diatas katil kala ini... melayan mata... jap lg Zzzz la aku ni hehe.. diorg ada kat luar tgk raja lawak... ulangan rasa aku tu.. tak larat nak tgk... duk terperap dlm bilik update blog ahahahaha... ok dah :D tu aje :D

Malas nya iiiii

aku nak balik kg nih... tp malas nak drive... ada sapa2 leh tlg jd driver aku ke mlm ni ahahahahaha... malas tul la... agak2 jem lg tak kat mrr2... skrg ni nak merempit pun ngeri la... kena la aku menahan diri dr merempit mlm ni.. slow je la bawak... 100km/j ke.. haduii bole ke nih... aku ni kadang azam je taknak bawak lelaju... tp bila da dlm kete.. azam tgl azam je hahahahaha

esok pepagi, kedai bukak je, aku nak gi cuci kete... da mcm lori tanah da kete aku... lepas cuci2 nnt aku nak gi amik roadtax n lepas tu mana aku nak pegi lg eh... tak kan nak balik rumah terus... adehhh.. mana nak merayau esok ni.... bg idea la korg hahahahhaaa

ok la nak siap2 balik kg... ho ho ho balik kg... ati rianggggggggg papai :P

Apa yg kau mahu...

aku tak taw la... apa yg sbnrnya manusia ni mau... tak cukup ke dgn rahmat yg Tuhan da kurnia kan pada kita ni... kenapa perlu di inaya org lain... terkejut sgt aku hari ni... benda yg sepatutnya da settle thn lepas...tetiba muncul kembali hari ini... my God... sangat2 kecewa dan sgt2 kesal... kalau dia tak mo settle kan... just tell me.. ill do it my self. aku bukan gila nak suh org buat apa yg org takmo buat... aku bole uruskan hidup aku sndri... nape tipu aku... kesal sangat2... tah la...

buat korg... hati2 la... kadang2 kt tak taw apa yg manusia nak dr kita... kt da seikhlas hati menerima... tp org plak rupa2 nya ada hidden agenda... serik da aku mcm ni...

untuk yg suka menipu n menginaya org tu... ingat la... Tuhan tu Maha Mengetahui... dan DIA MAHA ADIL... ingat ko bole lepas ke kat dunia ni... sikit2 Tuhan akan tunjuk kan keburukan ko pd manusia lain... cukup2 la apa yg ko da buat selama nih... bertaubat la selagi masih ada kemampuan... aku takmo nak doakan yg buruk2 pd ko... aku cuma harap ko dpt taubaat... semoga ko di beri hidayah drp Allah...

Ya Allah... sabar kan hati ini... tenang kan aku... aminnnnn

Laparaskopik rawat pedih hulu hati

RAMAI yang bertanya, apakah perlunya masalah pedih hulu hati dirawat meskipun ia tidak mengancam nyawa?

Jawapannya ialah penyakit ini boleh menjejaskan kualiti hidup penghidapnya.

Selain komplikasi, gejalanya sudah memadai menyebabkan penghidapnya berasa tidak selesa.

Pakar Perunding Bedah Gastroenterologi dan Laparaskopik, Pusat Perubatan Pantai, Dr. Fahmi A. Karim berkata pada peringkat awal, dalam menangani masalah ini doktor akan menasihatkan pesakit supaya mengubah cara hidup yang lebih sihat.

Ini termasuklah mengubah jenis makanan yang dimakan seperti mengurangkan makanan pedas atau berminyak.

``Bagi yang obes, pesakit dinasihatkan supaya menurunkan berat badan, kurang merokok, mengurangkan meminum minuman keras, mengurangkan makan sebelum tidur, melakukan senaman lebih kerap dan sebagainya,'' katanya.

Pedih hulu hati atau juga dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan di mana asid dalam perut naik ke saluran pemakanan (esofagus).

Ia merupakan penyakit yang sering ditemui. Di Britain, dianggarkan 30 peratus penduduknya menghadapi masalah ini.

Meskipun GERD tidak sepopular seperti penyakit kanser, jantung, diabetes dan sebagainya namun prevalens penyakit ini menunjukkan peningkatan.

Jika dibandingkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pada hari ini GERD mencatatkan peningkatan sehingga 10 peratus.

``Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, kes-kes GERD dianggarkan sekitar 2 hingga 3 peratus sahaja,'' ujarnya.

Sekiranya gejala penyakit ini masih ada setelah pesakit melakukan perubahan gaya hidup, mereka memerlukan rawatan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan ini bagi membantu meneutralkan asid perut dan jumlah asid yang dihasilkan.

``Ada ketikanya, asid yang naik ke perut ini mengandungi bahan-bahan dari pundi hempedu.

``Peranan ubat-ubatan ini bertujuan mengekang masalah ini daripada berterusan,'' katanya.

Meskipun, ubat-ubatan ini dapat membantu, masih ada pesakit yang enggan bergantung kepada ubat-ubatan secara berterusan.

``Rawatan ubat-ubatan ini selain mengambil masa yang agak lama, kosnya juga agak tinggi,'' jelasnya.

Seandainya, kedua-dua pendekatan ini masih tidak membuahkan sebarang hasil mereka mempunyai alternatif lain iaitu menjalani pembedahan.

Pembedahan yang dikenali sebagai laparascopic anti-reflux surgery ini tidak memerlukan torehan luka yang besar pada kulit.

Ia hanya menggunakan sejenis alat yang dimasukkan ke dalam abdomen melalui lubang halus yang kecil.

Kaedah ini membetulkan keabnormalan otot-otot sfinkter dan krura diafram. Otot-otot yang longgar ini dijahit. Satu injap baru di simpang perut dan esofagus dibuat.

Melalui kaedah ini, asid tidak akan masuk semula ke dalam esofagus. Ia juga dapat mengetatkan bahagian bawah esofagus yang longgar.

Menurut Dr. Fahmi, kaedah yang masih baru diperkenalkan ini dapat mencegah berulangnya pembalikan asid ke dalam esofagus.

Kaedah yang dipelopori dari United Kingdom ini telah diperkenalkan sejak enam tahun lalu di beberapa buah negara di Eropah. Prosedur seumpama ini giat dijalankan di Britain, Belgium, Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain.

``Selain tidak membabitkan luka yang besar, pesakit juga boleh pulang ke rumah dalam masa antara dua hingga tiga hari selepas menjalani prosedur ini,'' katanya.

Pedih hulu hati tidak memilih mangsa. Sama ada kanak-kanak, lelaki mahupun wanita muda atau yang berusia tidak terkecuali menghadapi masalah ini.

Apabila kita makan, makanan yang dikunyah akan masuk ke dalam perut melalui satu tiub yang dikenali sebagai esofagus.

Pada bahagian hujung esofagus, terdapat gelang otot-otot kecil iaitu sfinkter (Lower Esophageal Sphincter - LES).

LES bertindak sebagai injap sehala yang membolehkan makanan masuk ke dalam perut.

Biasanya, LES akan tertutup secara automatik sebaik selepas kita menelan. Ini bagi mengelakkan asid perut yang mengandungi asid yang banyak naik ke atas.

Bagaimanapun, sekiranya LES ini tidak dapat berfungsi dengan baik, asid ini akan masuk semula dan membakar bahagian bawah esofagus.

Keadaan ini boleh menimbulkan rasa pedih dan radang pada esofagus. Sekali gus, ia menyebabkan pedih hulu hati dan lama-kelamaan ia merosakkan esofagus.

Selain pedih hulu hati, pesakit biasanya mengadu sendawa berlebihan.

Kesakitan yang amat teruk ini boleh menyebabkan penghidapnya tidak boleh tidur.

Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja penghidap pedih hulu hati mengalami gejalanya. Ada kalanya, menyerupai serangan jantung.

Keadaan seperti ini menyebabkan masalah yang dialami didiagnos dengan penyakit lain. Antaranya, serangan jantung, peptik ulser, asma, bronkitis, peptik ulser dan sebagainya.

Punca GERD

Banyak faktor yang dikaitkan dengan GERD. Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan faktor fisiologi dan anatomi seperti:

* Angin pasang (Hernia)

* Sfinkter tidak berfungsi dengan baik (Defective LES

function)

* Asid dalam perut naik ke atas (delayed gastric

emptying)

* Masalah pengaliran air liur (abnormal oesophageal

motility)

* Kekurangan mukosa dalam esofagus (Defective

mucus).

Selain itu mereka yang menghadapi masalah obesiti atau wanita hamil.

Biasanya wanita hamil mengalami pedih hulu hati pada awal atau semasa tempoh kehamilan.

Ini kerana semasa hamil, terdapat tekanan pada organ-organ dalaman tubuh yang menolak bahagian tersebut.

Pada masa yang sama, peningkatan hormon estrogen meningkatkan risiko pedih hulu hati kerana ia mengurangkan tona otot-otot khas.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendiagnos GERD:

* Sejarah pesakit

* Pemeriksaan endoskopik

* Barium meal

* Kajian asid 24 jam pH.

Diagnosa GERD

Biasanya, dianggarkan 60 hingga 65 peratus pesakit GERD yang menjalani ujian endoskopik tidak menunjukkan sebarang bukti mereka mengalami radang. Keadaan ini dikenali sebagai Non Oesophagitis Reflux Disease (NERD).

Diagnosa pesakit biasanya meliputi tiga kategori iaitu:

* Tiada hakisan

* Radang pada saluran esofagus (esofagitis)

* Pesakit yang mempunyai komplikasi seperti ulser, fibrosa dan kanser esofagus sebanyak 5 hingga 15 peratus.

Sebahagian besar pesakit dikesan tidak mengalami esofagitis, tetapi ada angin pasang hiatus.

Bagaimanapun, jika pesakit tidak mengalami radang, ini tidak bermakna mereka bebas daripada masalah.

Individu yang layak menjalani prosedur ini

* Pesakit yang tidak boleh menerima ubat-ubatan

* Pesakit yang telah mengamalkan ubat-ubatan

dalam jangka masa lama

* Pesakit yang mengalami gejala yang berulang-

ulang

* Pesakit yang telah mempunyai komplikasi seperti

Barret's Esofagus dan lain-lain.

Komplikasi

Sekiranya pedih hulu hati ini dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan:

* Sukar makan

* Ulser esofagus

* Ketumbuhan pada bahagian bawah hujung

esofagus (Lower End Esofagus).

Esofagus yang terdedah dengan asid dalam jangka masa lama boleh mengakibatkan perubahan.

Perubahan yang dikenali sebagai Barret's Esofagus. Ini adalah satu keadaan di mana kulit dalam saluran makanan bertukar dari skuamos ke kolumnar. Keadaan ini jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan ia menjadi kanser pada peringkat awal.

Dengan rawatan pembedahan, refluk asid boleh dikawal supaya komplikasi GERD boleh dielakkan.

Panduan

Penghidap hulu hati pada peringkat awal perlu membuat perubahan gaya hidup seperti:

* Cara pemakanan yang teratur

* Bijak menangani tekanan

* Banyak melakukan senaman.


Sumber :: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive
Penulis :: Najibah Hassan (Arkib 29.12.2002)

Membebel-bebel :: Aku share sini sbb aku slalu kena pedih ulu ati nih... aku admit la mmg 3-4 hari ni aku kurang menjaga masa makan aku... makan bila sempat saje... da tu makan pedas2 plak tu ahahahaha... tekanan pun ya jugak... kena la aku ubah gaya hidup aku kalau camnih huhuhuhu

Thursday, October 14, 2010

Padat dan Tersekat

ahahaha tajuk tak menahan... aku rasa mcm sangat padat jadual aku bulan ni hingga awal november nnt... mcm2 plak dtg bertimpa2 nih... this week aku nak cuba settle kan keje mamat nih... next week aku da kena wat keje aku plak... student nak kena interview... payment da nak kena buat... repot da nak kena anto...

mmg la ada noh leh tolong... tp aku takmo susah kan dia sgt... dia pun ada tanggungjawab dia... da la dia disuruh cover tu tanpa pengetahuan bos dia... sebolehnya aku nak minimize kan pergantungan aku pada dia... selagi aku leh buat, biar la aku buat... mmg da naseb aku camni... hidup tak selalunya indah...langit tak selalu cerah... tul tak... so skrg ni time langit aku mendung la nih... siap hujan ribut skali... harap2 lepas ni cerah la langit aku... n korg pun doa2kan la aku... semoga aku tabah menghadapi ribut taufan skrg ni...

this week roadtax expired... haduii toyota tak call2 lg nih :-s risau plak aku... sangkut saman ke aaaaaaaaa tak relaaaaa... harap2 esok diorg call so sabtu ni leh aku gi amik benda tu... kalau tak mau seminggu la tak bergerak kete aku tu nnt :((... pastu nak gi sebis kete lg... nak gi langkawi lgi hahaha. cuti2 mesia nih... ikut rombongan skola... bulan 11 nnt la... td da ckp2 dgn kak fizah aku nak cuti awal bulan 11 nnt... nak mintak tlg unit dia la...cover aku sbb opis aku tu kalau aku cuti terus la takde org... farah tak leh la aku tgl kan sorg2 sbb dia pat taim je... kak fizah da verbally agreed la nnt diorg tlg cover kan aku... tak lama pun aku cuti, 2 hari je... nak release tension sket sblm berhempas pulas plak utk agihan di bulan 12 nnt...

Huh!!!

Da bape hari tak update kan... i've been busy la 2-3 hari ni... ooo sblm bebel2 lebih panjang, elok la ku kobar kan perihal member yg eksiden tuh... she's ok alhamdulillah... cedera ringan saje... tp kesan hentakan tu masih terasa kut... tgk dia susah je nak bgn or nak bergerak.. last tuesday dia gi berurut kat tmpt kawan dia... n yesterday her mom dtg n amik dia balik kg... tak logik la kan kalau tak balik kg... nak duk rumah tu bukan ada org nak tgk2 kan dia sgt... dgn aku yg hari2 balik lewat ni... huhu tak sempat nak tgk2 dia sgt... ni dia da balik kg... ok la sket kan... at least mak dia leh bawak la gi berurut ke apa2 ke... doakan dia ok la ya...

Letak tepi jap kes kawan aku tu... skrg nak cite kes aku plak huhu... tersangat lah bengang bila kena cover keje org secara tiba2... dan sangat la aku hangen bila aku terpaksa jd tmpt kemarahan atau tmpt rungutan org atas kesilapan org lain... owh sgt2 la menyakit kan hati 2-3 hari nih... pagi2 senin lg da hangen... dek kerna tak puas ati... aku sms je GM...gtau apahal aku plak kena tanggung semua ni sedangkan masa arrangement tu di buat aku tak di panggil skali pun... skrg ni apsal aku plak kena sume benda2 nih... i dont care... someone must be responsible... last2 bos reply he'll asked exec. sorg lg tu utk cover keje2 nih tp still kena tgu selasa la for discussion.

Selasa pagi... kami duk discuss dlm bilik mamat nih... geledah punya geledah... segala mcm form 2-3 bulan lepas dia tak proses...arghhhhhhhhh no wonder sume org marah2 bila call... bongokkkkkkkkkkkk... aku malas nak describe lebih2 dlm ni... cukup la aku ckp, this guy mmg tak buat keje diaaaaaaaaaaaaaa..... since Noh yg 'terpaksa' cover keje2 tu... so dia pun buat la... gi la dia sampai ke finance hantar all forms by hand... sian dia... kami tak sempat bekpes pagi tu... hangit je hati masing2... haaa mamat tu dtg opis hari tu selepas di panggil oleh GM.. tah mende dia buat tak taw... aku remind lg pasal repot yg org SA nak tu... ok2 kak saya buat... bila noh suh dia ajar2 apa patut... wat2 blur... last2 tak ajar... Noh ckp kat aku "patut la ko hangin Kay... sorg blur... sorg 'camtu' " ahahaha baru taw yaaaaaaaaa... ingat aku suka2 tak mo senyum muahahahahhaaaaaa....

Ptg...sblm mamat tu balik dia kata dia da hantar repot utk 2 bulan lepas ke SA. ok la kan... aku harap betul la dia da hantar dgn lengkap spt yg org SA nak... elok aku mencari2 resit kat meja mamat tu... tepon bunyik... ustz call mintak repotttttttttttttttttttt. aaaaaaaaaaaaaaa apsal plak ni... then ustz mintak tlg aku buat ptg tu jugak :((:((... sian nya akuuuuuuuu :((

Kebetulan ptg tu GM, kak fiza n noh ada meeting kat opis aku... bila GM tgk aku kelam kabut punggah all the files dia dtg tnya kenapa... aku gtau la ustz nak repot... n sempat aku ckp "ni da tahap tak ikhlas da saya buat keje nih...". Dulik hape aku... ati org je aku nak jg...ati aku sapa nak jg... then dia tak jd balik... siap kerah noh skali tolong aku ahahahaha... pulun la aku membuat benda tu... kul 7 GM balik... tgl aku dgn noh... lepas maghrib aku suh noh balik sbb dia nak amik wife dia lg... lg pun ni bukan keje dia...sian la kat dia kan... kul 8.30 repot siap... aku email ke ustz.. harap2 sume ok... sampai rumah dpt sms ustz sbb dia baru cek aku nya repot.. n dia kata ada beberapa part yg kena baik pulih... aku cuba la nak buat mlm tu gak tp tak daya dah mata aku... da la aku berjaga dari kul 5PAGI... drive dr melaka ke KL... sampai kul 9 lebih baru balik rumah... last2 ustz sms suh cek email lg skali...aku tk layan... esok je la ustz...sy nak tdo ahahahhaa...

penat weh... penat otak... sian member rumah aku... time2 dia sakit la plak aku busy... mujur la ptg tu member dia amik n dia tdo kat rumah member tu... kalau tak...sian dia nak masak sndri duk sorg2 kan... haduiii

then smlm... pagi2 aku ajak intan bekpes...sbb aku taw lewat sket je nnt aku mesti tak dpt makan :((...masuk opis terus mula tgk repot smlm tu... tak dan panas punggung, jejaka2 beriman tu da sampai huhuhu... diorg g bekpes skali la tu... sume plak pakat2 masuk bilik hakuuuu adehhh... duduk ngadap aku wat keje ahahaha kelam kabut aku... tak reti weh buat keje org perati huhuhuhu... serba tak kena... last2 aku bgn suh noh plak buat ahahahaha... aku buat2 bodoh konon2 tak paham apa ustz suh betulkan =))... lepas noh pun tak berjaya... GM plak yg buat ahahahahaha... adoi laaa sian pc aku hari tu... mcm2 org pegang dia huhu... tgh2 buat benda tu... org SA plak call nak verify repot yg mamat tu anto smlm...sbb diorg tak dpt lg hard copy... ah sudah... aku cari mana la dia letak resit2 tu... abes aku geledah bilik dia...rupanyaaaaa dia pi sorok lam drawerrrrrrrrrrrrr... hangen tul... then aku ckp kat ustz... tunggu la kejap sampai aku siapkan repot tu sbb aku nak kirim pada dia je suh bg kat org2 SA... alhamdulillah tgh hari tu... dekat kul 2 siap semua repot...

Lepas bg all the repot to ustz... ada la sesi hati ke hati... ok ni bukan berkaseh sayang nye sesi... ni sesi siyes... pasal keje... ok la aku da taw la apa pandangan ustz... then aku pun da explain kat dia nape aku tak amik taw pasal all the reports sblm ni... aku mmg tak nak taw sbb kalau aku taw... mmg aku la yg kena buat benda2 tu... aku clear ustz pun clear... so abes la kisah tu.... sangat kesian kat arfah sbb aku tak dpt nak teman or borak2 sgt dgn dia...

Hari ni sepatutnya mamat tu janji nak dtg :> tp harammmm... aku geledah2 lg drawer dia... dulik la nak marah ke hape ke... aku jumpa resit bulan 7, bulan 8, bulan 9 dan semestinya bulan 10... td ptg aku cek satu2 all the cheque, payment n resit... ada 2-3 cheque yg dah sepatutnya lama dlu dia proses tp tak diproses... tak taw nak describe perasaan aku 2-3 hari nih... sangat2 tak tau...

Monday, October 11, 2010

Innalillah...

korg mesti da taw sal kemalangan ngeri kat highway pedas-linggi smlm kan... housemate aku ada dlm bas tu... bas yg terbalik tu :-s... dia kat spital melaka ni... jap lg aku nak balik melaka jap tgk dia... kesian nya la... aku ingat eksiden biasa je... rupanya eksiden ngeri.. ufff mmg ngeri... ok la aku nak siap2 keje sket n cabut balik melaka jap lg... nnt aku update lg pasal nih...

Sunday, October 10, 2010

Selamat Berangkat

Selamat berangkat bos... semoga dipermudahkan segala urusan bos dan isteri... moga mendapat haji yg mabrur... aminnnnn

Awal pagi td (10/10/10)... bos aku da berlepas ke tanah suci... dia nek flight ke 3 rasa aku... so selama sebulan lebih ni aku sorg2 la kat opis tu.. bertambah la kepeningan kepala aku nih hahahhaa...

da musim haji plak ni... kejap je kan... thn ni family aku tak wat korban la rasa nya.. ada gak mak anjang ajak aku join tp mcm malas le sbb diorg tak plan awal2... last year kami wat korban 2 ekor lembu... thn ni takde la nampak nya... emm mcm2 hal akan berlaku bulan 10 dan 11 ni... ada yg dirancang... ada yg tak dirancang (yg ni camne aku leh tau eh ahahahahaha) dan ada yg tetiba dirancang or tetiba berlaku... kena la hadapi dengan redha ya wahai diri ini.....

IEF Syawal Gathering 1431H - Part II

Cuci la mata dgn gambar2 aku... sume ni ehsan dr kamera Farah ye hehehe... thanks Farah...


da kepenatan... lepak je kat sini... abaikan lemak2 yg kelihatan... ahhh nyampah nyampahhh makin gemok plak aku lepas2 raya nih :((:((


Aku dgn Farah... jurukamera kami kata ni gambar mahal... mahal la sgt mcm nih hafiz oii ahahaha... saje melepak kat meja VIP... alang2 da takde org duduk kan... biar kami je duduk... kihkih...


Lagi pic... Farah yg kai baju merah nih... dia ni staff baru aku... ok la so far... kalau korg de terbaca entry sblm2 ni ada la cite sal dia tp aku tak taip la nama lalalala...


Cucu en.Bakar... terharu aku GM2 kami yg dlu2 sume dtg masa jamuan tu... en.Bakar dgn dgn wife, anak dan cucu2 dia... yg ni yg kecik skali... sian dia nih demam... bila aku dukung je terus tdo hahahaha... nampak sgt aku ni tilam dunlop :((:((


Lagi pic kat meja VIP...


Ni tgh hari... adik aku n opismate dia dtg skali... smbil menjamu selera diorg men'survey' venue gak ahahahaha... tgk capacity dewan bape org student leh masuk kalau nak wat exam... n kak Ila siap survey utk kenduri kawen anak dia... hello anak baru 4thn mak da berangan2 ye :-w


ni di waktu pagi... makanan pun tak sampai lg nih... aku sebuk call contact2 suh dtg kul 12 nnt hahahaha...

IEF Syawal Gathering 1431H


Last friday, opis aku wat jamuan raya... kira penutup la nih... tak sangka plak bnyk gak opis2 lain yg buat hari yg sama hehehehe... malas nak cite bnyk... ni antara pic2 yg Farah amik... aku takde kamera so harap ehsan org2 yg ada kamera je la kikiki... Pic atas ni, deco kat meja vip konon nya... tp meja ni sorg pun takmo duduk... last2 aku dgn farah yg melepak2 kat situ hahahaha... cantik kan... wangi je duk situ taw sbb benda ni ada aromatherapy kut...


Deco dlm dewan... ni kami buat sehari sblm majlis... ketupat2 tu sume recycle je sbb yg lama elok lagi kan kikiki... owh deco meja sume tu caterer yg buat... kami amik Azah Caterer... mmg slalu la amik dgn caterer nih...



Food station ada dua... sebelah ada bihun sup, kuah lodeh, sambal tumis, kuah kacang, nasi impit dan kuih muih... and another station ada roti jala dan mee rebus... air pun ada 2 station, satu panas (kopi O n teh) dan satu lg sejuk (air anggur). utk station kuih muih tu kami wat potluck la sorg sket... n nasi impit pun kami rebus sndri. Potluck termasuk la bubur jagung, bubur pulut itam, puding, mee goreng, keropok ikan dan naget... thanks to mak Farah sbb bg kami kuih seri muka hehehe...


Suasana dewan.... kami jemput dr kul 12tgh hari sampai kul 6 ptg...kebanyakan yg dtg lebih suka duk meja belakang2 tu.. mungkin sbb dekat dgn food stations tu kan hahaha... 3 meja depan including meja VIP mmg takde sapa yg nak duduk pun ;))

Ini la xtvt aku hari jumaat lepas... penat mmg penat maklum la kan open house sepanjang hari... and this is our 1st time la buat open house besar2an mcm ni... slalu wat potluck sorg sket je kat opis n jemput pun tak ramai... for the 1st time ni ok la aku rasa walau pun kami terlebih bajet makanan tu hehehe...

Membebel-bebel :: puding aku abes muahahahaha aku bawak 3 jenis tp dlm kuantiti yg sket2 je... alhamdulillah sume abes licin.... kihkihkih