Monday, December 31, 2012

Anak-anak ku

Kakak Ulwan Adik @Kota Bharu, Kelantan
23rd December 2012

Big Bad Wolf Books

Dah lama teringin nak pegi Big Bad Wolf nih... last year or last two years tak sempat nak pegi sebab dapat tau pasal ni da last2... bajet macam malas nak rebut2 la sbb kalau last2 ni biasa nya ramai orang kan... so tak pegi...

This year bila si akak bagi tau ada lagi Big Bad Wolf... cepat2 carik info kat mana n bila tarikhnya... Tarikh mula 7th Dec hingga 23rd Dec kat Mines Convention Centre. Plan punya plan, last2 aku pegi sana dengan Arfah n Umi hari jumaat 21 Dec... Kami pegi awal and parking kat Mines Shopping Mall sebab menurut Arfah ktorg mungkin susah nak dpt parking kalau pegi lewat2. 

Sementara tunggu Umi abis sekolah, aku dengan Arfah merayau2 dulu pastu terus gi makan. Tengah makan Umi sampai dengan Sabila n diorg pun join makan.. Lepas makan baru ada tenaga nak pegi redah orang ramai kat MIECC tu kan.. maklum la da hari2 akhir ni biasanya ramai orang....

Keluar dari Shopping Mall tu.. kami jalan kaki je ke MIECC... kereta punya la banyak... jem jalan tu.. dalam kepala aku memang bajet diorg ni semua nak pegi BBWB nih.. mesti dalam hall pun nanti susah nak memilih buku... tapi masuk2 je hall... eh tak de la sesak sangat.. orang ramai tp sebab hall tu luas.. maka tak terasa la ramainya orang....

Mula-mula masuk aku cari bahagian kanak2 dulu. Sebab memang dah niat nak belikan anak2 bertiga tu buku. Tapi tu la ruginya datang time last ni... da tak banyak pilihan... buku-buku yang best untuk budak-budak da tak banyak... memandangkan Nuha da nak sekolah tahun depan... Amani pun mesti sibuk nak tiru akak dia menulis... jadi aku belikan budak2 berdua tu buku menulis, mewarna dan menampal hahahahaha... beli kena sama kalau tak kang berebut... pastu beli jugak untuk Ulwan buku-buku keras yang ada cerita ringkas.. nanti mak dia boleh la bacakan time2 nak kasik dia tdo.. tak pun ibu boleh tolong baca untuk Ulwan dan Amani....

Untuk aku.. dapat la sikit... yang kat bawah ni... nak cari buku2 tulisan R.L. Stine tapi tak jumpa weh.. frust betul.. agaknya kena datang situ hari2...belek2 setiap coner... baru bleh jumpa kut huhuhuhu...
  
Beyond Ugly kesimnambungan kisah Ugly. Aku da ada buku Ugly tu jadi aku beli la buku ni plak untuk tau apa jadi pada penulis tu. Yang sebenarnya aku da tak berapa ingat apa isi kandungan dlm buku Ugly. Bila baca Beyond Ugly ni.. terus rasa nak cari balik buku Ugly. Yang aku tau penulis ni kena dera dengan mak dia sbb dia tak berapa lawa... huhuhu terasa i taw bab2 tak lawa nih....
 
Sama macam Beyond Ugly, Not Lost Forever ni pun berdasarkan kisah benar... aku baru selak2 sikit je buku ni.. tengok2 gambo... pastu cari2 info kat tenet pasal penulis ni... yang aku bole bagi tau setakat ni.. si Carmina Salcido ni hampir2 di bunuh oleh ayah dia sendiri... mak, nenek dan adik beradik dia yang lain semua mati tapi dia sorang je yang survive...

Yang ni aku tak baca apa pun lagi... mungkin akan dibaca 2-3 bulan akan datang bergantung pada tahap kebosanan aku hahahahaha... ni fiction je ni... bila aku gugel rasa mcm ada movie tajuk silent scream tp aku tak pasti movie tu ada kaitan dengan novel ni ke tak....

Ni cerita benar.. kompilasi kisah benar huhuhu.. setakat aku selak2 ada yang aku penah baca or penah ada buku nya.. macam kisah Edward Gein... buku ni hard cover dan berwarna2... Amin pun pelik macam mana aku nak baca buku ni.. aku rasa aku tak baca mcm aku baca buku cerita kut.. tp lebih mcm aku tgk dictionary or encyclopedia



Ni sambungan cerita Dracula by Bram Stoker. Tak mula baca pun lagi.. rasanya aku kena cari buku Dracula tu dlu baru boleh sambung baca buku ni.. kalau tak mcm lost sbb da lama gileeeeeeeeeeee aku baca buku Dracula tuh.. masa aku sekolah menengah kut.. buku nya pun tah dlm kotak mana tak taw hahahahaha...



Tu je la buku yang sempat aku sambar untuk BBWB 2012 ni... harap2 tahun depan ada lagi dan aku ada kesempatan dan bajet untuk dihabiskan nanti hahahaha... owh ya.. no wonder orang2 duk cakap kena bawak trolley la.. beg beroda la... kotak la.. dan segala macam barang masa pegi BBWB nih.. skrg aku da paham kenapa.. berat weh ko nak tampung buku2 ni dengan tangan kosong.. kejang segala urat tangan aku masa tu hahahaah.. tapi nasib gak aku gi tangan kosong.. bila da kejang takde la aku nak capai buku2 lain kan.. kalau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk huih tak dapat aku bayang kan hahahahahaha.....

Last but not least... aku nak bagitau semua..... bahawasanya harga2 buku masa BBWB tu adalah sangat sangat sangat murah ya... buku2 yang aku beli untuk aku tu.. semua harga RM8.00 sahaja kecuali House of Death. HOD tu harga dia RM12.00 mungkin sbb dia hardcover dan kualiti kertas dia lain sket dari buku biasa... pastu buku2 untuk anak2 aku plak aku beli dari harga RM3.00 hingga RM6.00. Sangat berbaloi2....

Generation....hehe