Tuesday, August 6, 2013

Botok-botok Part 2

 Seperti yang dijanjikan dalam entry Botok-botok yang lepas... kali ni aku tunjuk gambar botok-botok yang aku beli kat PARAM tu... 

Ni sebungkus RM5.00. Nampak besar la jugak bungkusan daun pisang nya...


 Yang ni isi dalam dia selepas aku bukak bungkusan daun pisang tu... ada segala mcm daun pucuk kayu dalam ni... 

 Selepas digali.. jumpa la ekor anak ikan tenggiri kat dasar bungkusan hahahahaha... bersama cenonit rempah2....


Aku tak kenal sangat daun-daun tu.. yang aku kenal cuma 2 jenis je.. pucuk ubi.. dengan ulam raja hahahahaha... yang lain aku tak taw. Daun yang kaler gelap tu pahitnya masyaAllah... tp mak aku kata daun tu yg sedap huhuhu....

Secara ringkasnya boleh la beli kalau dah terdesak sangat nak makan... tp yang mak andak aku buat lagi sedap... melimpah dengan rempah2.. aduii sedapnya... terliur la pulak... Cuti raya ni aku ingat nak mintak resepi dr mak andak la.. takpun...susah susah sangat, suruh je la dia masak kan hihi :)):))... 



No comments: