Showing posts with label Mai peberet buk. Show all posts
Showing posts with label Mai peberet buk. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Detik-Detik Kematian Iblis

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahnaf b. Qays berkata:

"Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Saidina Omar b. al-Khattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang ramai sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:

1) Dikepung oleh 70,000 Malaikat

Ketika Adam Alaihissalam akan mati, baginda berkata:
"Ya Rabbi, musuhMu pasti akan mengejek pada ku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat".

Allah swt menjawab:
"Hai Adam, kamu langsung menuju ke Syurga, sedang kan si mal'uun ditunda hingga hari Kiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir".

Maka Adam pun bertanya kepada Malikulmaut:
"Sebutkan bagaimana rasa pedihnya maut".

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;
"Tuhan ku... cukup, cukup".

Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata:
"Hai Abu Ishaq, ceritakn kepada kami, bagaimana ia merasa maut".

Pada mulanya Ka'bul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak maka dia berkata:

Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang org2 sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba2 terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sedar kecuali sesudah 3 hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika org2 dalam keadaan sedemikian, tiba2 terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorg pun melainkan mati kerananya. Maka ninasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudia Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:
"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan Aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah Ku kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang2 yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia berlipat2 ganda.
Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari neraka Ladha dab beritakan kepada Malaikat Malik supaya membuka pintu2 neraka".

Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.

2) Pengsan dan Mendengkur

Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja, langsung ia (iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat, nescaya pengsanlah mereka.

Lalu Malakulmaut membentak iblis:
"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bg mu. Maka kemanakah kamu akan lari?".

Maka larilah iblis itu ke hujung timur, tiba2 Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata:
"Keranamu aku telah menjadi mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".

Lalu ia bertanya kepada Malakulmaut:
"Minuman apakah yang akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku".

Jawab Malikulmaut:
"Dengan minuman dari neraka Ladha dan serupa dengan siksaan ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".

3) Malaikat Zabaniah Menikam Iblis Hingga Mati
Maka berguling2 lah iblis di tanah sambil menjerit (berteriak) sekeras2nya, kemudian lari2 dr barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tmpt yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia (Iblis) dikerumuni oleh malaikat Zabaniah yang menikamnya dengan bantolan dr neraka itu sehinggakan merasakan nazak (Sakaratul Maut) akan mati itu.

Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya utk melihatnya. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa':
"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan nikmat Mu kepada kami".

Petikan dari PERANGKAP SYAITAN DAN CARA MENGHINDARINYA (by Ilyas Mohammad Umar terbitan Pustaka Al-Shafa, pg.19-23).

Membebel-bebel :: emm ni 1st time aku jumpa artikel pasal kematian iblis laknatullah... so aku share kat sini la dgn korg... buku ni aku jumpa kat exam room td... sempat la aku salin part ni je... kalau len kali aku terjumpa buku ni n beli.. nnt aku share lg kandungan2 nya dgn korg :-bd

Thursday, March 25, 2010

Advancer Si Peniup Ney



ku kembali lg dgn buku seterus nya haha... masih hasil nukilan penulis kegemaran aku... Sr. Faisal Tehrani... tajuk buku kali ni Advancer Si Peniup Ney... aku tak reti nak describe buku ni... tp pengisian dia amat2 la bagus... bagus utk menjadi peringatan bg kt yg sentiasa lalai... bagus utk kita sntsa ingat pada SANG PENCIPTA dan RasulNya yg mulia.... serta ahl bait... yg mana semua ni ramai di kalangan kita sudah semakin lupa... buku ni bnyk menerangkan ttg hiburan dlm islam... aku nak letak sket sinopsis buku ni...

Hedonis
Begitu definisi kaum di negeri yg jauh itu.
Landas hidup hanya utk berseronok2, bermewah2, lazat3.
Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.
Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emmm, cita rasa, cita rasa!

40 pemuda berwajah amat berseri2 mengundang Sulaiman Hilmi yg bermata biru hijau berbalam, yg berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan.
Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yg paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi:
Bahawa DIA itu Satu. Tempat bergantungan segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lg sesudah mati.

Dia sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

best kan sinopsis dia... salah satu faktor kenapa aku suka buku2 karangan Faisal ni... sbb buku dia sering mengingatkan aku ttg Tuhan yg Maha Esa... tidak melalaikan aku... malah bnyk sungguh ilmu yg aku dpt... aku sbnrnya baru habis mengulang baca buku nih haha... korg pon patut baca buku ni... bagus utk kita semua...

Saturday, March 20, 2010

Ketupat Cinta ~ Musim Pertama~

Mesti korg terpikir2 kan mende ketupat cinta nih... tu tajuk buku la... karangan FAISAL TEHRANI... aku sudah jatuh chenta sama buku ni... smlm aku ulang baca lg... asyik sungguh... mungkin sbb aku mmg ske baca apa2 yg berkaitan dgn Kesultanan Melayu Melaka, maka aku pon jatuh suka la membaca buku ni... tp aku tak nafikan jugak kehebatan penulis ni menggarap idea dan persembahan bahasa dia mmg amat2 menarik hati aku...

Dlm buku ni bnyk tul resepi2 melayu lama... ada yg aku tak taw... ada gak yg aku da taw tp lain version hehehe... apa2 pon aku mmg ske buku nih... tak rugi aku beli dan baca... da 4-5 kali ulang tp tak jemu2... aku tgh tgu Penulis ni wat sambungan dia... Ketupat Cinta~ Musim Kedua~ plak... bila la nak ada nih hehe...

Utk pengetahuan... bukan aku sorg je ske buku nih... my whole family mmg minat baca buku ni... ekekeke... mak aku sanggup sengkang mata tdo kul 2 pagi abes kan baca buku nih :))... kakak aku pon sama... emm tahniah la kepada encik Penulis kerana berjaya menambat hati kami sekeluarga utk membaca buku anda... hehe.. well bg aku buku2 karangan Faisal tak pernah mengecewakan aku... buku pertama aku beli karangan beliau bertajuk Bila Tuhan Berbicara.... sejak tu aku mmg terus minat dgn karangan2 beliau... he's brilliant... buku2 beliau bukan la menceritakan ttg kisah cinta yg bukan2 tu... tp ada isi dan pengajaran... again... thank you bro. Faisal sbb memberi aku peluang membaca idea2 anda yg bernas :D... Semoga Tuhan menganugerahkan lagi idea2 yg baik kepada anda :D

ok la korg... aku ni pepagi buta da membebel2 kat sini hehe... korg pon jgn lupa pi beli dan baca buku ni... mmg best.. owh ye... skrg ni kan ada pesta buku kat PWTC... aa apa lagi... jom kt pegi ramai2... leh memborong buku...