Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Syukur

Bukannya susah sangat nak gembirakan hati orang lain. Kadang-kadang kita rasa benda yang kita bagi atau buat tu simple je, tapi bagi orang yang menerima... benda tu sangat besar ertinya...

Eh! apa da merepek... aku boring sebenarnya ni... keje ada tp tak la banyak.. dan tak bleh nak settle pun sbb sebelah pihak lagi tu tak dapat dihubungi. Jadi dari melangut tak buat apa-apa, baik la aku share cerita pagi ni.

2-3 hari lepas aku bagi baju kat akak cleaner tempat aku ni. Baju lama dan baju-baju baru yang aku da tak nak pakai... Dari reput je dalam almari kan elok la aku bagi kat orang lain yang nak pakai baju-baju tu. Baju-baju aku bukan grand pun, baju-baju kerja yang aku da tak nak pakai. Baju kurung biasa, ada la sehelai dua kebaya... dan sehelai dua kurung moden. Pastu ada la 3-4 helai tudung lama yang aku dah lamaaaaaa gila tak pakai, aku bagi la sekali. 

Pagi tadi masa dia masuk bilik aku nak menyapu, dia bagi tau "Akak dah pakai baju adik bagi. Lawa lagi la dik. Kenapa dibagi pada orang?" Pastu macam-macam lagi dia cerita, dia sorok-sorok bawak baju tu dari kawan-kawan, berbagi-bagi dengan anak dia... pakai baju tu masa gi klinik semalam... bla bla bla. Aku cuma diam sambil tersengih ala kerang busuk bahahahahaha. Aku tak tau nak reply apa sebenarnya sebab ada pelbagai rasa dalam hati waktu tu.

Rasa gembira ada, kesian ada, terharu pun ada... macam-macam rasa yang sukar digambarkan. Tapi yang pasti aku gembira sebab akak tu gembira terima pemberian aku tu. Entah lah... 

Eh! aku cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk kata aku baik sangat bagi baju kat orang... tak.. takde pun niat macam tu. Tapi aku nak share je dengan korang yang baca (ada ke yang baca bhahahahaha) sebenarnya tak susah pun nak buat diri sendiri happy dan orang lain happy. Benda simple gini pun boleh buat kita gembira. Mungkin sebab nature keje aku ni membantu orang... jadi perasaan tu jadi lain sikit. Terlebih touching kut...

Jadi untuk mereka (termasuk la aku) yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, cepat-cepat la kita bersyukur pada Allah. Kena selalu bersyukur sebab bukan semua orang ada peluang nak dapat seperti apa yang kita dapat... Tak semua dapat rasa sebagaimana kita merasa...

Terima kasih Allah di atas segala kurnia-Mu... 

Monday, July 18, 2011

Bukankah Ia Satu Pahala....


Bukannya susah nak cari pahala... menggembirakan hati anak-anak juga bleh dpt pahala....
Dlm pada nak cari pahala... jgn sampai kita berdosa plak dek kerna terlalu menurut kata anak-anak.... Senang je tips nya... kalau apa yang menggembirakan anak-anak itu tidak mendatangkan mudharat kepada diri anak-anak dan ibu bapa dan orang2 sekeliling... maka boleh la kt turutkan... itu pun masih perlu berpada-pada.... Kalau anak-anak dah mula naik tocang mengada2... sedikit pengajaran perlu kt berikan sesuai mengikut usia...


Sedikit perkongsian ilmu dan maklumat yang aku dapat masa pegi seminar Nadwah Interaktif Amil 2011 (NIA 2011) anjuran PPZ Wilayah baru2 ni... Ilmu yang dah berulang kali diperdengarkan tp masih lg kt terlupa atau buat2 lupa... dikongsi skali lg oleh Ust. Hasrizal masa seminar tu... Ustaz kata..lebih kurang cenggini la maksudnya... kt ni WAJIB mencari benda/perkara/makanan yang halalan toyyiba... halal sahaja tidak cukup kalau tak toyyib :D.

Baik... apa kaitan nya dgn cerita pasal menggembirakan hati anak2 dan mencari yg halal dan toyyib nih? Macam ni kisah nya.... anak2 ni kadang2 permintaan diorg tu ada "sedikit lebih"... terutama dlm bab jajan a.k.a makanan ringan. Kalau ikut niat nak gembirakan hati anak2 dpt pahala... mmg kt bleh je beli semua yang anak-anak nak kan? tp kt kena la fikirkan plak jajan tu halal atau tidak... halal? ok settle satu bab... toyyib atau tak? toyyib? Jajan toyyib?

Kalau kt rasa jajan tu halal dan toyyib utk anak2 sila kan beli... takde masalah... tp jajan yang halal dan toyyib tu kalau kt bg anak-anak tanpa kawalan.. masih toyyib kah ia? Contoh senang la... minuman susu kultur.. mmg bnyk dipasaran.. mmg elok utk sistem penghadaman anak2 utk pembekalan kalsium bla bla bla... tp kalau dah terlampau bnyk kt bg pada anak2... bleh mudarat tak? mudharat pada anak2 satu hal... mudharat pada mak bapak plak satu hal.... bila dah mendatangkan mudharat maka ia tidak toyyib lg pada ketika itu.. bila tidak toyyib utk anak2 dan utk ibubapa... maka elok la kt tinggalkan

panjang plak entry aku nih.. tp korg paham tak? kalau tak paham bleh tnya la nnt hahahahaha...

Dah... sambung la tgk gambo anak-anak berenang ditepian hahahaha







Wednesday, May 11, 2011

Make-up women love but men hate

COPIED FROM : http://shine.yahoo.com/channel/beauty/make-up-women-love-but-men-hate-2479792/

Neon lips, blue eyeshadow, shimmering glitter, and golden bronzers: This spring, some of the most dramatic looks we saw on the runways are making their way onto our faces. But not everything we dabble on pleases everyone. We had a hunch that some of our biggest beauty obsessions might be turn-offs for guys...so we went ahead asked. Prepare yourself: brutal honesty ensues.

1. Heavy foundation and powders: "The inch-thick powder is a huge turn-off," says Maxim senior editor Nick Leftley. "No guy wants to kiss a girl on the cheek and then find he¹s wearing foundation himself." A flaking face is one thing, but when your cheek becomes a palette of skin-tone colors, men pay attention...and not the good attention. "I'm always amazed to see women with two-tone faces, two apparently different shades of skin on the face, as if they apply makeup in the dark," says James Oliver Cury, the online editorial director at Maxim. "I'd rather see one greasy face than some sort of melanin imbalance. The nose should match the cheeks."

2. "Bumps": “I never liked, or knew of any other guy who liked, the Gwen Stefani "bumpit" look," says Henry Belanger, an editor at The Good Men Project. "Be wary of anything that makes your head look unnaturally large."

3. Neon lipstick: Most of the fashion world agreed that electric pouts were a beauty "do" this season. Some men, however, beg to differ. "Orange lips are definitely a departure from what we're used to and not necessarily something a lot of guys I know really respond to just quite yet,” say fashion blogger John Januzzi of Lucky and the fashion website, Textbook.

4. Too-thin brows:"My pet peeve is overly plucked eyebrows," says David Swanson, Maxim's Features Editor."I mean, really? It's basically an advertisement that naturally you're hairier than Robin Williams. If it looks natural, we'd never have to wonder."

5. Bold eye-shadow: "I don't understand the revival of bright blue eyeshadow," proposes Maxim's Cury. "Is it retro? Is it purposefully over-the-top? To my eyes, it just looks tacky no matter how you wear it." Lucky's Januzzi isn't as bothered by color as he is by application. "Smoky eyes--when done right are great--very sexy and attractive but when done wrong they look a total mess," he says. "Seek professional guidance before trying at home."

6. Rosy cheeks: “As far as make-up goes, I think rouge is for old ladies,” adds Good Men Project's Belanger. "I think guys generally prefer the kind of make-up you don't notice is there, and since there's a lot that guys don't notice I think women have a lot of leeway."

7. Two-toned lips:Remember Kim Mathers? She was almost as famous for her lip liner issues as she was for being defamed by Eminem. According to our dude survey, the pucker problem was more serious. "When I see thin lines drawn around a pair of lips, I think: Is this part of some gang initiation rite?" says Cury.

8. Glitter:"Women need to be judicious with it," says Cury. "It¹s like any good seasoning. You shouldn't shake it all over. It can overwhelm the main course." That being said, he's not opposed to a heavy sprinkle of cleavage glitter. Figures.




Nota dari aku

1. Heavy foundation and powders:
ok tolong la jgn nak tepek sekilo bedak kat muka.. tak lawa okay... da mcm tepung gomak da kadang2 aku tgk... lagi2 time jadi perantin.. bedak kat muka mcm boleh di ukir2 tebal nya.. tolong lah.. sederhana kan lg bagus... takde la pelik sgt dipandang orang.

2. "Bumps": mula2 baca aku mmg tak paham sgt apa maksud bumps nih... tp lelama aku perati ayat tuh... baru aku paham hahahaha (nasib le kan sapa suh tak amik english edukesen.. da la bengap nak paham ayat omputeh :P). Ok pelis... jgn pakai bonggol unta atas kepala. Sekarang ni mcm trend pakai bonggol unta atas kepala... well hello... korg ingat santek ke :>. Macam ALIEN taw tak... ALIEN baru turun dr langit tp cover diri dgn pakai tudung awning :((. Ada mcm2 pendapat pasal bonggol unta atas kepala nih.. tp bg aku aku lebih suka guna pendapat bonggolan itu adalah haram. Korang boleh rujuk sini, sini, dan sini utk keterangan lanjut.

3. Neon lipstick: Lipstik kaler yg lembut2 lg chantek dr kaler2 mengarut.. ngeri taw especially yg kaler merah menyala tuh... da mcm makcik ratu anjasmoro kat cite anjasmoro tv3 tuh. Kaler itam lg la.. aku pon tak paham org pakai lipstik kaler itam nih.. gothic? whatever...

4. Too-thin brows: hehe korg nak jadi org mesir purba ke ;)). Diorg tu cukur kening sampai abis sebab fahaman diorg cenggitu, yg korg ni cukur kening sampai nipis ala2 takde lansung tu apa kejadah nya? mcm point no 2. point ni pon ada mcm2 pandangan and aku skali lg berpegang pada pandangan cukur kening itu haram. Korg boleh gugel sndri maklumat pasal ni..taip je hukum cukur kening nnt mcm2 maklumat ada :D.

5. Bold eye-shadow: sian dia.. kena tumbuk dgn sapa mata tuh. da lebam2 ;)). sian2 :P

6. Rosy cheeks: ok sket2 takpe nampak lawa. tp kalau da mcm kena bekas penampar askar jepon...sndri mau ingat la kan :D

7. Two-toned lips: yang ni aku tak taw nak kata la.. tp pada pandangan mata aku... mcm lipstik tak siap :D. Aku? mana ada pakai lipstik hahahaha... beli je lip gloss tp haram nak pakai kakakakaka...

8. Glitter: hikhikhik serupa mcm komen2 aku yg diatas la ya.. malas dah nak karang ayat sbb aku nak gi paso mlm dah ni :P


Kesimpulannya :: Aku tak suka make-up dan org2 yg heavy make-up and org2 yg paksa aku bermekap!











Friday, April 1, 2011

Susah Sangat Ke Nak Bagi Aku Senyum Sepanjang Hari?

Geram aku taw... br aku ingat sempena jumaat nan mulia nih.. bulan baru plak kan... apa la salah nya aku nak bermanis muka..

Pagi nak gi keje ok... terserempak jiran aku senyum... masuk kete, drive ke opis sambil dgr radio SINAR dgn adik aku, ok aku senyum siap leh gelak2... sampai opis greet my staff kat kaunter, ok aku senyum lg... duduk ngadap PC cek email, ok senyum lagi... call ISRA, senyum, call LZS kurang dah level senyum aku sbb tak berjawab :)).

Gi SSD senyum meleret2 sbb all memo dah signed... g main office senyum gelak2 lg... eh sepanjang separuh hari.. hari ni aku senyum :D:D:D:D:D:D

after break aku terus g melawati... senyum lg dgn pakcik paking... senyum dgn ustaz2 yg greet aku kat kaunter... ehhh senang nye hati akuuu senyummm je ;));))

masuk opis...

"ni Is***l mana satu ni farah? yg d**v** tu ke? kalau yg tu sy kenal" kata bos ku kepada farah (bukan nama sbnr).

Aku diam je sambil terus masuk bilik... tp telinga ni degil nak dgr gak diorg berckp... sambil2 menyemak tah hape2 benda atas meja aku tu... telinga ttp memberi perhatian pada perbualan bos n farah... tetiba darah aku naik ke level tertinggi dlm hati da mula membebel2 8-|. Tak abis2 lg ke pasal bantuan tu.. apa lagi diorg ni nak.. aku da naik meluat dah dgn diorg ni sume.. dasar tak tau di untung!!!

terus ilang senyum aku sepanjang ptg td.. tolong la.. aku baru nak senyum.. GTH la ko kenal dgn sapa pon.. aku dulik hape.. mmg bermula tahun niiiiiiiiiii jgn ko harap nak ada lg bantuan itu FAHAM!!!.

Susah sgt eh nak jd manusia yg tau bersyukur.. susah ke? dah la ucap terima kasih pun takde.. marah2 je yg kami dapat... nak komplen2 lg... ewah2 aku mintak pulang semua benda2 tu kang...

Aku nak bg ayat ni utk semua manusia2 yg buat aku ilang senyuman ptg td....

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih" ~Surah Ibrahim, ayat 7~




Friday, February 18, 2011

Skandal Halal?

Aku ada terbaca pasal isu isteri kedua kat satu laman sosial nih... ada sorg ni cite camni...

"Salam...


bagi saye x salah klau jd wife kedua.. sebab saye pun wife kedua..
org mesti ingt saye nii jahat kan? merampas suami org.. mcm la dah x de lelaki lain..

ye.. dulu saye pun pk mcm tu.. knape mesti ngan laki org... tp bile dah dtg pd diri sendiri, saye cube jugak elak... tp bak kate org ajal, jodoh pertemuan di tangan tuhan.. saye pun kawin 5 tahun lepas.. alhamdulillah bertahan sampai sekarang tanpa ade masalah... tp biaselah.. mane ade rumahtangga yang tak dilanda badai.. alhamdulillah kami dapat pertahankan.

situasi saye... isteri pertama x mengehtahui perkawinan saye dgn suaminyer.. tp die syak..
sepanjang perkhawinan saye, suami saye balik umah isteri pertama setiap malam.. saye redha.. sebab saye ambil hak org..
setiap raye, suami akan balik kg die di kl dengan isteri pertama.. juga setiap kali balik kl... saye akn beraya bersama keluarga saye di johor... dan juga bersama kawan2 perempuan saye..

saye sentiase suruh suami dahulukan isteri pertama.. walaupun di hati ini banyak sakitnyer dr suka nye... saye sedar... saye dah mengambil hak org..

jd, x semua isteri kedua jahat... x semua isteri kedua tamak...

pokok pangkal nyer.. hati masing2... saye mohon doa kalian semoga perkhawinan saye ni berkekalan.."

Kesian kan... pity her.. n betapa dayus nya suami dia itu.. maaf la.. aku rasa itu je perkataan terbaik utk sang suami yg begini... Nafsu besar.. tp penakut!. Budus...

Skrg ni ramai yg jd "Skandal Halal" mcm ni.. kalau aku boleh bg terms yg begitu utk isteri kedua yg kawen nyorok2 dr isteri pertama... apa korg dpt? hati sakit kan? jgn tipu.. redha? bape bnyk ko redha? ko pi amik wudhuk skrg.. solat 2 rakaat pastu duk diam2 berfikir atas sejadah tu.. "redha kah aku dgn perkahwinan yg begini?" tnya... tnya diri sndri.. n ko akan dpt jawapan "tak.. aku sbnrnya tidak redha sepenuh hati"

Aku tak penah menghalang poligami.. pada aku poligami itu halal.. maka buat la dgn cara yg halal... berikan hak pada yg benar2 berhak.. itu lah keadilan namanya...

Itu sbb nya.. bila aku di propose oleh suami org (recently) aku bg syarat.. isteri pertama tu sndri yg kena dtg minang aku.. kalau betul2 nak berpoligami.. ni la sbb nya.. aku takmo nnt laki yg aku duk sayang2 konon nya tu... sok2 kat akhirat jln senget sblh n terseksa sbb perkahwinan yg serupa diatas tu. ilang dah emsem macho dia... takmo aku..

Dan untuk isteri pertama plak... aku nak tnya.. korg suka ke husband yg korg sayang2 tu rupanya ada skandal halal begitu? suka ke korg dia berlaku tidak adil begitu? suka ke korg dpt saham buruk di akhirat nnt? suka ke? suka ke korg berlaku zalim sesama manusia? suka ke?

Korg jawab la sndri ya...

Sunday, February 6, 2011

Apa Maksud nya?

Pening aku budak2 la nih... suka sgt percaya tah hape2 benda karut dlm dunia... tah sapa2 punya idea bangang abis sume benda nak di maksudkan sebagai "binatang". Latest ni perkataan "salam" plak.

Ni aku nak tanya la sapa2 yg bijaklaksana... yg bijaklaksini kalau nak jawab boleh gak... tp bila aku tnya balik sumber mana dapat... sila jawab dgn tepat.. kalau tak aku bg telor besarrrrrrrrr punya kat dahi ko.. mau?

Ok. Tuan2 Puan2 yg bijaklaksana... maa ma'na SALAM fil istilah wa fil lughah.. itu kalau dlm bahasa Arab... kalau dlm bahasa Melayu plak... apa makna SALAM dlm istilah Melayu?

Paham soalan? Ada keraguan? Takde keraguan... maka sila la jawab. Aku akan bukak kitab (maklum la ilmu aku fil kitab kakakakkakaa tu sbb kena bukak kitab) n bg jawapan nya di entry yg lain. Kalau susah2 sgt nnt aku bukak je mulut tnya bos aku :)). Tp korg yg bijaklaksana sila la jawab kan ya ;;). Mana la tau mmg betul2 SALAM tu maksudnya binatang :))=)).

Saturday, December 11, 2010

Ada apa dgn OP?

xtvt biasa aku.. lepak lam CR. kadang berhari2 tak masuk... kadang sehari lebih 12 jam aku dlm tu... bukan berceting sgt pun...sekadar lepak2 nama n sesekali menyampuk apa diorg cerita...

tup2 hari ni.. ada mamat yg aku kenal da lama... sethn dua yg lalu, tak slalu pun bertegur maklum la diorg ni jenis suka tego gadis2 ranggi n aku bukan dlm kategori ranggi itu hahaha... dia ni pun da lama tak masuk CR baru smlm aku terperasan dia ada n aku tego la since dlu2 penah kenal kan lalalalala...

berbalik pada cite hari ni... dia bole taip kat CR aku ada je kat dlm tu... nak jd OP ke? dia bule rekemen kan... hahaha lawak apakah ini... sorry la brader ye... u silap org... i kalau nak jd OP bukan hari ni baru i jd... lama dlu dah... sblm dak2 OP skrg ni... i da bole jd... tp OP2 bukan niat i masuk CR ya... bukan nak berlagak ke apa... tp i nak u taw la setakat u kenal 2-3 kerat admin kat VF tu... tak yah nak tunjuk lagak sama i la ya kehkehkeh...

letih la aku.... aku msk CR tu bukan sbb nak jd OP... aku saje nak borak2 gelak2 je dgn org2 kat CR tu... kalau mmg niat aku nak jd OP, da lama dah aku bole jd... mr.jep dlu pun ada offer hahaha siap offer dgn paksa... tp aku taknak... bukan tu yg aku kejar2... bape ramai yg nak up kan aku jd OP but still aku takmo... masuk CR sbb nak OP lepas dpt OP, CR pun tak jengah lg... wat apa mcm tu kan... even though VF ni benda2 remeh... tp pada aku bab tanggungjawab tu kena laksana la kan... kalau takat nak jd OP tp tak nak bertanggungjawab...bek lupakan saje la... setakat nak gah sbb nama ada @... itu bukan aku... aku lebih suka masuk jd org biasa2... bila aku nak melepak...aku lepak... bila aku busy... berbulan2 tak masuk VF pun takde hal sbb aku takde tanggungjawab sbgi OP or admin or whatever thing it is...

tanggungjawab ni... selagi namanya tanggungjawab... kt ttp akan disoal taw :D... benda tu ttp amanah... kalau kt tak amanahhhhhhhhhhh... haa fikir la sndri akibat nya :D

Tuesday, November 30, 2010

Tuntutan Agama

Insiden 1
Lokasi : Tepi jalan antara station LRT gombak menghala ke Jalan besar
Waktu : Da masuk waktu solat Asar (aku tak pasan kul bape hahahaha)
Tarikh : Sabtu (27 Nov 2010)

Ada sebuah kereta ( Hyundai Matrix kalau tak silap aku, kaler silver) berhenti tepi jalan. Pemandunya wanita (kalau tak silap aku), dan penumpang nya juga wanita bertudung. Tak taw la diorg menunggu seseorg atau saje2 park kat situ. Tapi ada satu perbuatan yg aku rasa kalau tak kena gaya mmg aku bg penampar sekor2 kat makhluk berdua tu. Betul2 masa aku nak lalu sblh kete diorg, si penumpang ni tgh turunkan sket tingkap (sbb ujan masa tu) dan dia tengah dlm percubaan utk membuang plastik kuih!!!. Bila dia terperasan aku lalu, aku dgr dia tergelak (mcm org terkantoi) n tak jd buang plastik tu. Aku sempat gak menjeleng dua ekor tu dgn mata aku yg mengerikan nih (hahahhaaa)... After few steps, aku toleh belakang skali lg, yea itu dia... plastik tu da selamat terbuang dr kereta yg ada org bongok dlmnya tu... pity u wahai kereta sbb dpt penumpang2 yg takde akal mcm tu... really sorry.

Insiden 2
Lokasi : Tempat Parking Tesco Ampang
Waktu : 1/2 jam lepas masuk waktu Zohor
Tarikh : Sabtu (27 Nov 2010)

Intan g beli eskerim, so aku tolak troli sorg2 ke kereta... sampai kat kete, ada troli yg tersandar kat belakang kereta sebelah kereta aku, so atas dasar "aku tak suka kete aku calar, n aku tak suka mencalarkan kete org", maka aku pun dgn rela hati mengalihkan troli tu supaya tak terus kena kat kete org sblh tu. Ok la kan... so keje2 punggah barang masuk ke dlm kereta pun bermula... baru 2 paper bag aku dpt masukkan tetiba ada org lalu, satu family, org Islam (kalau tgk gaya pakaiannya tu). Diorg ada bawak troli gak, penuh barang2... soping barang dapo la kut. Tak tetiba, sang anak (lelaki, da skolah menengah aku rasa) pi tolak troli kosong kat laluan tu ke arah kereta sblh aku, dannnnnnnnn yang membuatkan aku marah, dia tolak sampai santak kena ke kete sblh tu!!!. Aku merungut gak "abes la kereta org", tp tak taw la dia dgr ke tak... dan mak dia.. yg elok pakai tudung labuh tu, takde plak hati prot nak tego perbuatan sang anak... kan da nampak anak tu pi tolak sampai kena kereta org... tego la suh betulkan semula... abes calar kete org tu nnt... lg pun perbuatan tu pada aku la boleh termasuk dlm kategori KURANG AJAR dan MEMENTINGKAN DIRI SNDRI!!!.

Apa kena mengena cite kat atas tu dgn tajuk entry nih? Tentu la bnyk kena mengenanya kan. Untuk insiden 1 tu, sila jaga kebersihan la tak kira di mana pun kita berada. Dlm kereta ke, luar kereta ke, dlm rumah org ke, rumah kita sndri ke...mana2 saje la hatta dlm jamban skali pun kt kena jg kebersihan. Aku pun bukan la pembersih sgt. Tp aku bukan PENGOTOR sampai tergamak buang sampah merata2. Tolong la ya rakyat Malaysia sekalian, kalau mcm ni la mentaliti anda semua, jgn hairan la kalau ujan lebat sket bole banjir... jln 2-3 tapak bole nampak sampah yg menjengkelkan mata dsb. TOLONG la JAGA KEBERSIHAN. Penat dah kerajaan berabis duit buat kempen jg kebersihan. Kalau tak nak ikut ckp kerajaan...tak pe la, tp KEBERSIHAN tu kan TUNTUTAN AGAMA. Maka tolong dgr dan ikut PERINTAH ALLAH ya... itu pun korg sanggup nak ingkar ke? tak takut ke? kalau takde rasa takut... mmg aku tabik la sbb korg bole rasa2 diri tu terkecuali dr perintah Allah...

Insiden kedua tu plak, tolong la ya, sbgi ibu bapa, tolong ajar anak2 hormat hak dan kepentingan org lain juga. Tak guna kt bertudung labuh or berkopiah ke sana ke mari tp benda2 basic mcm ni pn kt gagal nak didik anak2. Tak kira la org tu Islam ke bukan Islam ke... diorg ttp ada hak diorg yg perlu kt hormati. TOLONG la..

Bukan 2 insiden ni je yg berlaku... tp da slalu aku perhatikan. Bab buang sampah dr kereta... berapa ramai yg abes makan cekedis or jajan2 or tisu dgn selamba suh anak2 buang ikut tingkap kete? kadang2 aku jumpa siap buang botol or tin minuman ikut tingkap kete.. tak bole pikir ke? ko nak kete ko bersih... tp ko da bahayakan org lain... itu PENTING DIRI namanya... camtu gak bab nak letak troli... da sudah loading barang dlm kerete, tolong antar troli tu ke tmpt sepatutnya... apa la salahnya kan.. kalau kat tesco tu, merata2 ada tmpt letak troli... jgn la suka2 letak belakang kereta org lain...or letak kat tmpt parking kosong... kang kena kete org ke.. org len nak parking ke.. kan da menyusahkan...

Ni baru 2 contoh je... ada bnyk lg sbnrnya. Kadang kita rasa itu sume benda remeh... tp kalau benda remeh tu pun kt GAGAL... apatah lg nak buat benda2 lain... kt da GAGAL sblm waktu!!!

Sunday, October 31, 2010

Detik-Detik Kematian Iblis

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahnaf b. Qays berkata:

"Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Saidina Omar b. al-Khattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang ramai sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:

1) Dikepung oleh 70,000 Malaikat

Ketika Adam Alaihissalam akan mati, baginda berkata:
"Ya Rabbi, musuhMu pasti akan mengejek pada ku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat".

Allah swt menjawab:
"Hai Adam, kamu langsung menuju ke Syurga, sedang kan si mal'uun ditunda hingga hari Kiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir".

Maka Adam pun bertanya kepada Malikulmaut:
"Sebutkan bagaimana rasa pedihnya maut".

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;
"Tuhan ku... cukup, cukup".

Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata:
"Hai Abu Ishaq, ceritakn kepada kami, bagaimana ia merasa maut".

Pada mulanya Ka'bul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak maka dia berkata:

Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang org2 sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba2 terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sedar kecuali sesudah 3 hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika org2 dalam keadaan sedemikian, tiba2 terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorg pun melainkan mati kerananya. Maka ninasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudia Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:
"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan Aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah Ku kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang2 yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia berlipat2 ganda.
Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari neraka Ladha dab beritakan kepada Malaikat Malik supaya membuka pintu2 neraka".

Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.

2) Pengsan dan Mendengkur

Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja, langsung ia (iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat, nescaya pengsanlah mereka.

Lalu Malakulmaut membentak iblis:
"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bg mu. Maka kemanakah kamu akan lari?".

Maka larilah iblis itu ke hujung timur, tiba2 Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata:
"Keranamu aku telah menjadi mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".

Lalu ia bertanya kepada Malakulmaut:
"Minuman apakah yang akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku".

Jawab Malikulmaut:
"Dengan minuman dari neraka Ladha dan serupa dengan siksaan ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".

3) Malaikat Zabaniah Menikam Iblis Hingga Mati
Maka berguling2 lah iblis di tanah sambil menjerit (berteriak) sekeras2nya, kemudian lari2 dr barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tmpt yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia (Iblis) dikerumuni oleh malaikat Zabaniah yang menikamnya dengan bantolan dr neraka itu sehinggakan merasakan nazak (Sakaratul Maut) akan mati itu.

Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya utk melihatnya. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa':
"ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan nikmat Mu kepada kami".

Petikan dari PERANGKAP SYAITAN DAN CARA MENGHINDARINYA (by Ilyas Mohammad Umar terbitan Pustaka Al-Shafa, pg.19-23).

Membebel-bebel :: emm ni 1st time aku jumpa artikel pasal kematian iblis laknatullah... so aku share kat sini la dgn korg... buku ni aku jumpa kat exam room td... sempat la aku salin part ni je... kalau len kali aku terjumpa buku ni n beli.. nnt aku share lg kandungan2 nya dgn korg :-bd

Friday, October 15, 2010

Apa yg kau mahu...

aku tak taw la... apa yg sbnrnya manusia ni mau... tak cukup ke dgn rahmat yg Tuhan da kurnia kan pada kita ni... kenapa perlu di inaya org lain... terkejut sgt aku hari ni... benda yg sepatutnya da settle thn lepas...tetiba muncul kembali hari ini... my God... sangat2 kecewa dan sgt2 kesal... kalau dia tak mo settle kan... just tell me.. ill do it my self. aku bukan gila nak suh org buat apa yg org takmo buat... aku bole uruskan hidup aku sndri... nape tipu aku... kesal sangat2... tah la...

buat korg... hati2 la... kadang2 kt tak taw apa yg manusia nak dr kita... kt da seikhlas hati menerima... tp org plak rupa2 nya ada hidden agenda... serik da aku mcm ni...

untuk yg suka menipu n menginaya org tu... ingat la... Tuhan tu Maha Mengetahui... dan DIA MAHA ADIL... ingat ko bole lepas ke kat dunia ni... sikit2 Tuhan akan tunjuk kan keburukan ko pd manusia lain... cukup2 la apa yg ko da buat selama nih... bertaubat la selagi masih ada kemampuan... aku takmo nak doakan yg buruk2 pd ko... aku cuma harap ko dpt taubaat... semoga ko di beri hidayah drp Allah...

Ya Allah... sabar kan hati ini... tenang kan aku... aminnnnn

Thursday, June 17, 2010

Perlu perbandingan ke?

Pagi ni aku dpt soalan yg kurang cerdik... "Apa hukum zakat EPF ni? Dlu zaman Rasulullah takde pun zakat EPF". Aku jawab la, "dlu zaman Rasulullah takde kete, tp skrg kita kai kete kan"... Then dia nak debat dgn aku kete tak kena zakat :)). Mmg la, org suh gi skola taknak... bila wat kinayah camtu ko tak paham :)). adoiii jahat tul aku.

Tah la... Tetiba aku angin plak. Da ko tak nak kuar zakat tak yah la tnya. Ko beli rumah ke wat awning ke wat gril ke hape ke... dlu zaman Rasulullah ada ke benda2 tu sume... apsal plak ko buat? Time benda2 ko suka...ko buat plak walaupun masa zaman Rasulullah takde dibuat org. Please la... bukan nya banyak sgt pun... 2.5% je... kalau rasa berat sgt tak yah la bayo... beli la apa ko rasa patut beli, buat la apa ko rasa patut buat. Kami tak rugi pun ko tak bayo zakat...tak terjejas sket pun... malas la aku layan org mcm ni. Maaf la, aku kurang sabar sket kalau bab2 mcm ni. Mungkin sbb soalan dia tu amat2 tidak cerdik... maka aku pun terhangen la ahahaha.

Make it simple la... Zakat ni tujuan nya utk menyucikan harta kita... Kalau ko rasa nak sucikan harta ko... maka buat la... kalau ko rasa da cukup suci, tak yah la buat. Tp perlu di ingatkan, zakat ni bukan kehendak kami, perintah Allah, kami cuma jalan kan amanah saje... Zakat ni part of Rukun Islam, sempurna ke Islam kita kalau rukun yg 1 tu pun kt sebok nak pertikaikan... Sorry la... ramai yg berfikiran begini sbnrnya... terpulang la pada korg... aku tolong ckp je apa aku taw... it may be harshed but this is the fact.

p/s :: masa aku taip entry ni, bos aku tak abes lg ckp dgn org tu... nasib la...

Thursday, June 3, 2010

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Hehehe baru semalam kata tak taw bila nak ngarut2 lagi kat blog ni kan. Tetiba hari ni aku da menaip lg kat sini muahahahahaaaa. Nak wat camne. Tetiba teringat sesuatu ;)). Korg ingat tak ada satu entry aku hangen dgn satu student ni? Haaa budak yg 'gila' pi propose aku tu la. Aku tak layan dah lepas YM dia tu. Mula aku ingat dia senyap je, skali dia YM lg laaaa. Tanya khabar kononnya, tp aku tak balas. Then tak lama lepas tu dia sms plak, tnya "how are u and ur work". Aku wat derk gak, n tak balas. Tup2 dia bg email lah plak muahahahahaa. Aku terima dah lama dah email tu. 27 May lepas. Tp sbb time tu takde mood sgt nak bebel2 kat sini so aku diamkan aju la email tu. Baca pun tak sbb da tgk nama pengirim tu dia kan, jd nak baca pun takde keinginan hehe. Pagi ni aku cek lg email cam biasa la, tetiba terpandang email dia yg aku tak baca lg tu hehe. Tajuk mmg mabeles :)). Ye la kan, org bijak pandai, mesti bg tajuk best2. So aku pun explore la email tu. Korg nak taw apa kandungan email dia :>. Meh aku paste sini eh hehe. Leh share sama korg sbb email tu bagus tul kandungannya hehe...

TITLE: THE LOVE FOR THE SAKE OF ALLAH

(The Love for the Sake of Allah) in the Sayings of the Prophet (saws)-
*(The most firm bonds of belief are: Supporting others for the sake of Allah, showing enmity for the sake of Allah, loving for the sake of Allah, hating for the sake of Allah the Almighty) (Sahih Aj Jame' 2539).

Love for the sake of Allah means loving others just in the way and for the cause of Allah the Almighty, not for other objectives, just like the following verse of the Holy Quran {And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths} Al-Ankabout 69. i.e. they strive in the way, for the cause and for the sake of Allah alone.

*(You can taste the sweet flavor of belief if you apply three things: Loving Allah and his Prophet more than others, lovinf others just for the sake of Allah, and hating returning back to disbelief as much as you hate falling in the fire), narrated by Al-Bukhari 6941.

Al-Qadhi said: Love is a tendency toward something for certain perfection therein; therefore, if the believer acknowledged that the real perfection is just for Allah, and that any perfection observed by him in himself or in others is just a grant from Allah, his love will be sincere for the sake, in the cause, and in the way of Allah, and this entails the full obedience to Allah the Almighty; accordingly, love is construed as a wish for compliance which entails the following the Prophet peace be upon him.

*(Allah will overshadow seven kinds of persons at the Day of Judgement, wherein there is no shadow except His... two persons loved each other for the sake of Allah, met and separated under such love...), narrated by Al-Bukhari 1423, and Muslim.

Islam is the religion of love for the sake of Allah, and hate for the sake of Allah; because the heart is always attached to a beloved, and if Allah The Almighty Alone was not his beloved and worshiped, the heart will be attached to others i.e. polytheism; therefore, love for the sake of Allah is the religion itself. The best example for this is the wife of Al-Aziz (The Ruler's wife), when she was polytheist, she done her known action (i.e. seduced Yusuf) although she was married, while Yusuf was loyal and faithful in his love to Allah The Almighty; therefore, he escaped such seduction though he was young single slave man. Allah the Almighty said: {If you do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive your sins} Al-Imran:31

*(If you like to taste the sweet flavor of belief, love others for nothing but just for the sake of Allah) (good narration series) Sahih Aj Jame' 5958.

It is mentioned in Al-Kashaf Book that: Love for the sake of Allah and hate for the sake of Allah are one of the most important principles of belief. Love for the sake of Allah entails loving His prophets and faithful believers which is conditional on following them and obeying their instructions.

*(If you would like to find the sweet flavor of belief, love others just for the sake of Allah), narrated by Ahmad (good narration series), Sahih Aj Jame' 6288

One of the best deeds is to love others just for their belief in Allah, not for sake of getting their help or other benefits, and to hate others just for their diabelief and disobedience to Allah, not for the sake of harming them i.e. to treat people just in the cause of Allah. The hate in cause of Allah entails hating enemies od the religion, contradicting their way, obliging ourselves to obey the orders of Allah and avoiding the prohibitions. As for the enemies of Allah, we should be more patient than them and remain stationed always.

*(The perfect believer is the one who loves for the sake of Allah, hati for the sake of Allah, gives for the sake of Allah and hold for the sake of Allah), narrated by Abu Dawood (Sahih Aj Jame' 5965). i.e. Loving others for the sake of Allah alone not for any tendencies or self desires toward them, hating others in the cause of Allah alone, for their disbelief or disobedience but not for harming them. Ibn Mo'ath said: the sign for knowing the true love in the cause of Allah is to show no increase in kindness or decrease in unkindness.

*(One day, a man went to visit his friend in some village. In the way, Allah has sent him an angel. The angel asked him: Where are you going? The man answered: I am going to visit a brother in this village. The angel asked: Do you want any interest or benefit from him? He answered: No, I just love him for the sake of Allah. The angel said: I am the messenger of Allah to you, Allah loved you as you loved your brother), narrated by Muslim 2576.

It is narrated that Ibn Omar (May Allah be pleased with him) said: You will not have the protection of Allah and you not tastet the sweet flavor of belief unless you be like this.

*(If you love a man for the sake of Allah, it is better to tell him so that love and friendly feelings will last more) (good narration series), Sahih Aj Jame', 280

I.e. if you love a person for the sake of Allah - not for worldly benefits - then tell that person that you love him in the cause of Allah, because by this the friendly feelings and love will last and multiply, the Muslims will be united, the corruption will be eliminated and the rancor will go away. In another prophetic narration, it is mentioned that if someone told you I love you for the sake of Allah you should say: May Allah love you as you loved me.

*(If you love a person for the sake of Allah, then pay him a visit to tell him that you love him for the sake of Allah), narrated by Ahmad (Sahih Aj Jame', 281)

By informing your brother that you love him for the sake of Allah you will gain his love and respect, and he will be ready to accept your advice and will disregards your defects; accordingly, the blessings will prevail.

*(If any of you loved his brother for the sake of Allah, then it is better to tell his brother so that he can feel the same), As-Silsela As-Sahiha, Al-Albani 1/947.

*(Allah loves who loves Al-Ansar - i.e. the people of Medina who has supported the Prhophet - and hates who hates them).

*(The one who loves Al-Ansar - the people of Medina who supported the Prhophet - is a true believer, and the one who hates them is a hyprocrite. Allah loves who loves them and hates who hates them), narrated by At-Termithi (Sahih Aj Jame' 7629).

*(By Allah the Almighty, the one who truly love Al-Ansar and dies bearing such love, Allah will meeti him with love, and the one who hates Al-Ansar and dies bearing such hate, Allah will meet him with hate), narrated by Ahmad (good narration series), Sahih Aj Jame' 1979.

HE TALKED ABOUT LOVE FOR THE SAKE OF ALLAH. TP DIA SNDRI TAK MO PRAKTIK APA YG DIA DUK TULIS OR CKP. KALAU DIA BETUL2 SYANG HANYA KERANA ALLAH, KENAPA DIA NAK DUMP HIS WIFE LEPAS DPT TAW WIFE DIA TU SAKIT N TAKLEH MELAHIRKAN ANAK (according to him la nih)?. DIA LUPA KUT RASULULLAH DULU MASA HAYATNYA SITI KHADIJAH MASIH ADA, BAGINDA TAK KAWEN DGN SAPA2 PUN SELAIN KHADIJAH. LEPAS SITI KHADIJAH WAFAT BARU LA BAGINDA KAWEN DGN SITI AISHAH DAN LAIN2 TU... ITU PUN ATAS PERINTAH ALLAH. MASA HAYATNYA SITI KHADIJAH TU MASIH ADA, TGK LA BETAPA SYGNYA NABI S.A.W. PADA SITI KHADIJAH. LEPAS DIA WAFAT PUN BAGINDA MASIH TUNJUKKAN LAGI KASIH SYG BAGINDA PADA KHADJIAH.

DONT TALK ABOUT THE THINGS YG KO NAK IKUT SEPARUH2 JE NIH. BARU TUHAN BAGI DUGAAN ISTERI SAKIT N TAK BOLEH BERANAK KO DA NAK BUANG DIA N CARI WIFE LAIN. BETUL KE TU? SEPATUTNYA KO BG ISTERI KO TU SOKONGAN, BG SEMANGAT PADA DIA UTK TERUS HIDUP N TERIMA DUGAAN ALLAH NI DGN HATI YG REDHA. ITU LA PERANAN KO SBGI SORG SUAMI. BUKAN KE SEPATUTNYA KO SAYANG ISTERI KO TU FOR THE SAKE OF ALLAH TANPA MENGHARAP APA2 BENEFIT DR KASIH SAYANG TU? ITU YG KO TULIS KAT EMAIL KO KAN? TINDAKAN KO BUANG DIA N CR WIFE LAIN NI KO RASA SBB KASIH SYG FOR THE SAKE OF ALLAH KE? MMG SBGI ISTERI DIA BOLEH KATA DIA 'REDHA'. TAPI REDHA KE DIA? JANGAN PENTING KAN DIRI SNDRI. OR AYAT 'REDHA' TU KO SNDRI YG REKA2? ATAU SEBENARNYA ISTERI KO KAT NEGARA KO SANA TU GH TERNANTI2 KEPULANGAN KO? DIA PUN TAK TAW PASAL SAKIT N HAL2 TAK BOLE BERANAK TU? HUH!!!

I DID TELL MY MOM ABOUT THIS GUY TAW. MAK AKU SURUH CKP CAMNI KAT MAMAT TU "KO KATA WIFE KO SAKIT N TAK LEH BERANAK KAN? KO AGAK2 AKU NI SIHAT KE? BOLEH BERANAK KE?" MUAHAHAHAHAHA BEST TAK MAK AKU :)) =)). DAH LA INCIK 'MAMAT', SY TAK BERMINAT. BUAT MASA NI (masa depan aku tak taw la) TIADA CINTA UTK LELAKI DIHATI INI (dlm erti kata yg lain, aku belum terpikir nak kawen buat masa skrg ni). PERGI LA BALIK SEMULA KE NEGARA KO, HIDUP DGN WIFE KO TU, BANGUN KAN NEGARA KO TU. OR KALAU KO DESPERATE SGT NAK KAWEN DGN ORG MALAYSIA, KO GI LA CR ORG LAIN YA, AKU RASA RAMAI JE YG NAK KEKEKE. AKU TAK MINAT. DAN JGN SAMPAI AKU BG AYAT YG BERTAHAP KURANG AJO KAT KO. SELAGI AKU LEH CONTROL NI, SILA JGN GANGGU AKU LG!!!

Bagi peringatan kat sini mcm la mamat tu baca kihkihkih. Takpe la janji aku puas ati. Aku mmg tak kan balas dah email2 or ym or sms dia. Based on my observation, aku rasa mamat ni cuma nak cari alasan yg paling selamat utk terus tinggal kat Malaysia. Tu sbb dia beriya2 nak kawen dgn org Malaysia, dan nak kawen tu plak dlm masa terdekat, begitu tergesa2 sbb dia bakal abis study bulan JUNE a.k.a bulan ni la muahahahhaa. LELAKI SERUPA ITU, PADA AKU, MMG TAK LEH 'PAKAI'. LELAKI PENTINGKAN DIRI SNDRI. SELFISH!!!

Monday, May 31, 2010

Berzanji dan Selawat


Jumaat 28th May 2010, kami wat kenduri utk rumah kaklong (housewarming la kiranya walau pun da masuk 2thn kami duk umah tu ekekekekeke) dan sambut besday mak n nuha skali... jemputan siang semua ahli keluarga je... adik beradik mak dr BP semua dtg alhamdulillah kecuali sorg dua tu biasa la kan... mesti ada aral :D. Antara xtvt ptg jumaat tu ni la... baca berzanji n selawat... Moga ada syafaat dr Rasulullah utk kami sekeluarga... korg taw tak baca berzanji nih? org Johor biasa nya terrer baca berzanji.... tu zaman dlu2 la... n masih kekal dlm kuarga kami tradisi bacaan berzanji nih... org2 zaman la aku tak taw la... so ni antara pic time bacaan berzanji tu.... aku tak ingat berapa rawi yg diorg baca sbb aku jd cinderella duk dapo huhu...


Ni Pokteh aku... dia baca rawi satu... tgk anak2 buah kat sblh tu kan main lg ekekekeke... masing2 da pandai baca arab n jawi... tu yg beriya2 tgk kitab tu hehe...


Mak Andak plak baca rawi dua... well mak andak ni suara dia mmg mabeles... sedap je sore dia kalau ngaji ke apa ke... mmg sedap sore dia (syhhhhh diam2 dia tak taw aku puji sore dia ekekekeke)


Rawi 3 Mak Anjang yg baca... pun sedap sore mak anjang nih... n di sebab kan dia baca rawi tu... sampai ke sudah dia duk ulang2 kat tinge aku... kehkehkeh...


Ni adik ipar aku a.k.a ibu Nuha... dia baca rawi 4... memalu kunun org suh baca hehe..
dan ini Pokko (itu panggilan kami ke dia... nama dia Syukur, sepatutnya panggil dia Pak Syukur tp sbb kami kan manja muaahahaha jd la pokko) dia baca rawi 5... sebelah kanan pokko tu paklong akob... dia ni adik ayah aku... anak dia panggil ayah aku paklong... kami pun panggil dia paklong ekekekeke diorg ni satu ayah lain mak ;)).


Ni semua gambar2 masa tgh berselawat atas Nabi... kuat nya suara sume sampai jiran2 pun kompius kenduri ni lepas isyak ke lepas asar ekekekeke...

okeh... ni for part 1 eh, PART BERZANJI DAN SELAWAT, sat lg aku sambung part 2 plak ekekekekeke (muak la korg tgk pic sama baca cerita aku nih kuikui)


Wednesday, April 21, 2010

Persoalan Ini



hik2... aku ada satu 'persoalan'... kalau korg nak jawab...silakan.. kalau tak nak pun takpe... cuma kalau ada masa free tu... fikir2kan la... dan bg yg nak menjawab plak... jawapan2 or pandangan2 korg tu kalau bole aku nak ikhlas dr hati korg... aku nak jawapan yg realistik...bukan idealistik :D.

'PERSOALAN' NYA:

Sorg perempuan (from now on will be known as A) berkawan sama seorg lelaki (from now on will be known as B), dlm berkawan tu timbul rasa suka n syg... A mmg da sayang gilak la kat B nih... satu hari B tny pada A :
1) Katalah kt berkawin, sanggup ke awak jg mak sy sampai akhir hayat dia? kalau dia sakit, awak bg ubat,suapkan makan minum, kalau dia buang air, awak cuci kan... sanggup ke? tp kalau mak awak sakit, sy tak izinkan awak jg dia...
2) dan kalau lah kt berkawin nnt, sanggup ke awak nak turut segala kemahuan sy yg tidak melanggar syariat agama? contohnya, kalau sy keluar ke mana2, sy tak izinkan siapa2 pun masuk kerumah hatta mak bapak awak skali pun? sanggup ke awak? kalau hari raya plak, sy cuma nak berhari raya di rumah mak pak sy shj, sanggup ke awak?

ok, aku bg 2 perkara tu la dlu... kalau korg la jd A yg mmg da sayang gila kat B, apakah tindakan or apakah jawapan anda? fikir2kan... jgn fikir dgn emosi eh :D... tenang2...baru fikir... haha... owh lupa aku nak ckp... both A and B are muslims... :D tu sedikit clue :))

p/s : ini bukan kisah aku ye... harap maklum... kut2 ada yg pale otak da terpikir ini kisah aku tu...sila cuci otak anda ye :P :P :P

Monday, March 29, 2010

Peringatan utk diri ini

Wahai masa depan,
Engkau masih dlm keghaiban
maka aku tidak akan pernah bermain dgn khayalan
dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan

Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yg belum tentu ada,
kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu;
esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan
dan tidak ada satu pun darinya yg dapat disebutkan

...cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung...(Ali Imran:173)

ya Allah,
hanya rahmatMu yang ku harapkan
maka jgnlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun
dan perbaikilah selalu keadaanku,
tiada Tuhan selain Engkau...

...Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menginaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku...(al-Qashash:16)

Ya Allah,
limpahkanlah selawat dan salam kepada si pembebas aqal manusia dari belenggu-belenggu penyimpangan,
dan si penyelamat jiwa dari malapetaka kesesatan,
kurniakanlah redhaMu kepada para sahabat yang mulia sebagai ganjaran atas apa yang telah mereka perjuangkan...

kuatkanlah genggaman tangan mu terhadap agama Allah;
kerana hanya Dia tempatmu bersandar ketika semua org mengkhianatimu...

wahai Tuhan...
kurniakanlah ketenangan hati dan fikiran...
kuatkanlah diri ini menempuh segala dugaan...

aminnnn...

Tuesday, March 9, 2010

Ingatan dr seorang sahabat

sementara tgu maghrib td... aku on9 kejap... duk depan lappy sambel tgk2 apa yg patut... patutnya sambil tgu maghrib aku ngaji ke hape.. ni tak pi ngadap lappy plak huhu... tgh leka2 tetiba ada YM masuk... dr kawan lama... kawan rapat time skolah2 dlu... amat rapat... sampai aku da mcm jd sebahagian dr keluarga dia... tp lepas abes skola... kami bawak haluan masing2... sampai la ni... tak pernah lg jmpa... cuma sesekali YM menjadi penghubung silatur rahim kami...

msg dia amat2 menyentakkan hati aku... dikala hati aku tgh kekacauan ni... tetiba dia bg msg camtu huhu... mekasih sahabat kerana mengingati aku ttg apa yg aku telah kelalaian selama ini...

korg nak taw apa msgnya... tgk la kat bawah ni...

"Kdg2 Allah patahkan hati kita utk selamatkan jiwa kita ,,,dia patahkan hati kita utk membuat hati kita bersemangat …dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat …dia memberi kita kegagalan utk membuat kita rendah diri …dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai nikmat yg diberi oleh nya …hayati pemberian dr ALLAH SWT"

ye.. selama ni aku slalu terlupa menghayati dan menghargai apa yg Allah swt telah berikan pada aku... hari ini mujur masih ada teman yg mengingati aku tentang semua ini... Mekasih teman... terima kasih kerana menjadi teman yg baik utk diri aku...

Saturday, March 6, 2010

KELEBIHAN SURAH YASIN

Rasulullah s.a.w menjelaskan kelebihan surah Yasin menerusi hadis Baginda yg bermaksud:

"Daripada Ma'qal Ibnu Yassar r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:"Hati al-Quran ialah surah Yasin, tidaklah seseorang itu membacanya semata-mata mengharapkan keredaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah segala dosanya. Bacalah surah Yasin kepada org yg mati di kalangan kamu."
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i)

ADAB MEMBACA SURAH YASIN

Membaca surah Yasin dikira ibadah. Oleh itu peliharahlah tatacara atau adab ketika membaca surah Yasin, sama seperti membaca surah-surah al-Quran yg lain. Antara adab2 membaca surah Yasin ialah :-
  1. Bacalah dgn tertib dan tartil iaitu membaca dgn cara yg betul sebutan hurufnya, mematuhi segala hukum tajwidnya dan cara bacaannya.
  2. Bacalah dengan perlahan-lahan, tidak terlalu laju, fahami isi kandungannya serta dengan keadaan khusyuk dan tawaduk.
  3. Jika membaca beramai-ramai hendaklah dibaca secara serentak dan perlahan-lahan.
sumber : Yasin dan Tahlil LZS (MAIS)