Friday, August 23, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI korang... :D da lambat da wish hihi...

Gambo makanan takde tahun ni... gambo family gathering je yg ada... 


Ni la anak-anak, menantu2, cucu2 dan cicit2 HJ. ABDUL RAHMAN MOHD. AMIN a.k.a atuk aku. Kehadiran tak penuh ni...maklum la lain orang lain pandangannya... lain orang lain sensitiviti nya kan... dpt berkumpul 3/4 ni pun da kira syukur dah :D....

Lokasi kejadian... kat rumah Arwah atuk n nenek (sekarang dah jd rumah poksu) di Kampung Parit Lapis, Batu Pahat, Johor.

Gambar ni bersempena dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Keluarga Hj. Abdul Rahman pada 4 Syawal 1434H bersamaan 11th August 2013.


 Ni plak gambo cucu2 dan cicit2 arwah atuk n nenek :D. Cucu arwah atuk n nenek yang paling tua tu yang berspek mata bertudung kemerah-merahan tu... kaklong aku lah sapa lagi hahahahaha... tengok la bertuah ke tak... anak dia aku kena tdo kan.. dia bersenang lenang bergambo dgn kazen2 n anak2 buah yang lain huhuhuhu....


 Makngah n Ulwan... budak ini sudah rindu... pantang nampak nak berkepit je keje dia....


 Lama tak beraya di rumah ni... sob sob... sejak arwah atuk n nenek takde... mmg tak penah lg ktorg bermalam utk sambut raya kat sini... rindunya...


 Aku mcm biasa jadi pengasuh anak2 hahahahaha... dah anak2 nak kat aku je.. apa ke hei nya tah... 

 Takde peluang aku nak bercanthek2 di hari raya... jatuh saham mcm ni... adoiii da mcm org beranak 3 hahahahahahahaha

Tuesday, August 6, 2013

Mee Rebus Udang

 Saja nak letak gambar makanan yang aku masak sebelum-sebelum ni :D. Kan dulu blog ni terbengkalai..berhabuk2 takde entry baru hahaha... aku amik gambo tp malas nak upload... bleh gitu hihi....

So kali ni nak share mee rebus udang... kenapa udang sbb itu je rencah yang available dalam fridge aku masa tu :D...

Aku tak buat rempah mee rebus tu sendiri tapi aku beli yang segera je :D. Aci la kan... nak makan pun dua orang je... malas nak nak bersusah2 buat sendiri rempah-rempahannya kan... baik beli je rempah segera yang bnyk tersedia di pasaran hihi...

Aku guna rempah mee rebus dari Agromas. Tak ingat berapa hengget sebungkus tapi memang sedap lah. Cukup segala rasa yang sepatutnya ada dalam mee rebus. Aku try gugel gambonya tapi tak bleh nak save plak kat lappy nih... jadi korang gugel la sendiri ya rempah tu. Kalau tak pun bleh tengok kat web Agromas ni.

Ni rencah-rencahnya... cuma bawang goreng, tomato, taugeh, cili merah dan tofu.... Memang makan 2 orang je tp kami suka lebih accessories lebih2 lagi bawang goreng tu hahahaha

 Haaa banyakkan :D. Percayalah kami tak makan sekali hadap pon.. kalau masak tengah hari tu sampai sarapan pagi esok ada lg.. tu pun tak masak dah benda2 lain.. makan mee rebus je dari tengah hari sampai petang sampai malam sampai sarapan hahahahahaha... skali package.

Ni la dia mee rebus menunggu untuk di ngap.

Botok-botok Part 2

 Seperti yang dijanjikan dalam entry Botok-botok yang lepas... kali ni aku tunjuk gambar botok-botok yang aku beli kat PARAM tu... 

Ni sebungkus RM5.00. Nampak besar la jugak bungkusan daun pisang nya...


 Yang ni isi dalam dia selepas aku bukak bungkusan daun pisang tu... ada segala mcm daun pucuk kayu dalam ni... 

 Selepas digali.. jumpa la ekor anak ikan tenggiri kat dasar bungkusan hahahahaha... bersama cenonit rempah2....


Aku tak kenal sangat daun-daun tu.. yang aku kenal cuma 2 jenis je.. pucuk ubi.. dengan ulam raja hahahahaha... yang lain aku tak taw. Daun yang kaler gelap tu pahitnya masyaAllah... tp mak aku kata daun tu yg sedap huhuhu....

Secara ringkasnya boleh la beli kalau dah terdesak sangat nak makan... tp yang mak andak aku buat lagi sedap... melimpah dengan rempah2.. aduii sedapnya... terliur la pulak... Cuti raya ni aku ingat nak mintak resepi dr mak andak la.. takpun...susah susah sangat, suruh je la dia masak kan hihi :)):))... 



Thursday, July 25, 2013

Botok-botok

Pernah dengar nama botok atau botok-botok? Kalau orang Johor tau la kut botok-botok nih... Orang negeri2 lain jarang atau mungkin ada yang tak tau kut apa dia botok-botok. Botok-botok ni adalah sejenis makanan. Ada macam-macam jenis botok-botok tapi yang aku slalu makan botok-botok ikan. Emm tp aku mcm penah dengar 2 jenis je botok-botok ni.. ikan dengan ayam hahahaha.. jenis2 lain aku tak penah dengar pulak ;)). 

Botok-botok ni terdiri daripada pucuk-pucuk kayu, ulam-ulaman, ikan (kebiasaannya ikan tenggiri) pastu ada rempah-rempah ratus lain... Semua bahan2 ni dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Botok-botok ni kira makanan tradisi orang-orang Johor la.. tempat lain aku tak pasti. Mesti ada yang tak puas ati.."eh ko bukan orang Johor tapi apsal ko tau pulak pasal botok-botok nih?" kan kan kan hahahahaha.... Ekceli...ehem... mak aku orang Johor. Jadi aku ni kira half Johor, half Melaka. Jadinya banyak la makanan orang-orang Johor yang menjadi kebiasaan aku dan keluarga... 

Aku tak pandai nak buat makanan ni. Kalau takat nak letak daun2 dengan ikan tu aku taw la.. tapi bila sampai part rempah2 dia tu... aku rasa mcm gagal je walaupun aku tak pernah buat lagi hahahahaha. Emmm tp kan aku rasa.. aku da gagal masa part daun-daun tu lagi taw.. sebabnya aku bukan kenal sangat pucuk-pucuk kayu n ulam-ulaman nih kihkihkih... ada pulak daun tah pape aku letak skali dlm botok tu.. mabuk plak orang yang makan nanti... Jadi, aku amik la keputusan tak yah la aku nak membahayakan kesihatan orang lain dan diri sendiri. Lebih elok kita beli je la yang sedia ada di pasaran hahahahaha... baekkkkkk punya alasan hahahahaha...

Resepi aku takde jadi takde la nak letak skali kat sini. Gambar pun takde untuk hari ni sebab aku tak transfer lg gambar ke lappy nih. Owh ye.. semalam aku beli botok-botok ni kat pasar ramadhan area rumah aku. Tu yang dapat idea nak upload entry hari ni hahahaha... Sedap memang sedap...tp ada pucuk apa tah ya ampunnnn pahit amat... aku makan selai je daun tu.. pastu kuis tepi.. Intan pun makan selai je sebab pahit tak hengat... Rempah dia mmg mabeles.. sedap... tp ciput sangat :(. Ikan pun kecit je huhuhu... Sebungkus dia jual RM5. Emm nanti la time aku upload gambo dia nanti baru aku cite lanjut ye hihi...

Picture credit to Google.com
Sebagai penutup... tengok la gambo kat atas tu untuk panduan mengenal botok-botok hahahahaha... Kelas kan ayat... Aku gugel je untuk jadi rujukan... kira macam tu la lebih kurang rupanya botok-botok.. kalau kita buat sendiri memang melimpah ruah lah rempah-rempah tu.. tp kalau yang dibeli... cinonet je rempah nya...

Untuk yang suka nak mencuba.. bleh gugel resepi.. aku bleh gerenti memang sedap... nyummmmmm

Saturday, July 20, 2013

Pembaziran di Bulan Ramadhan

Last few days aku dapat "jemputan" (kalau boleh di istilahkan sebagai jemputan la...) berbuka puasa di sebuah tempat agak famous la jugak kat sini... Dek kerna nak memenuhi keinginan sang adik...aku layan je la gi berbuka kat situ. Duduk semeja dengan aku ada satu family suami isteri dan sepasang anak mereka yang aku kira dlm lingkungan umo 4-2 tahun rasa-rasanya. Aku takde masalah pun nak duk semeja berbuka dengan budak2 sebab aku memang suka budak dan budak pun memang suka kat aku hahahahaah (perasan jap... tapi itulah kenyataannya hihi). Tetamu lain yang semeja dengan kami ada 2 orang perempuan dan 2 orang lagi lelaki bujang lah aku kira semua tu. Owh by the way, diorg tu memang dah kenal sesama sendiri jadi tak kekok la kiranya duduk semeja mcm tu. Kira meriah gak la meja yang aku duduk tu.

Bila sampai waktu dekat2 nak azan tu.. diorg gi amik makanan termasuk la aku. Sampai lah part pembaziran yang berlaku depan mata aku. Yang pasangan suami isteri tu bergilir gi amik makanan. Mula si suami pegi... datang bawak sepinggan nasi siap dengan sayuran (aku tak perasan lauk lain dalam pinggan tu sebab segan nak tengok sangat) dan sepinggan penuh sate. Lepas tu dia pergi lagi untuk amik makanan lain. Datang semula dengan menatang sepinggan penuh aku kira kambeng dan ayam bakar kut. Pastu si suami duduk, si isteri pulak amik giliran gi menjamu mata kat meja hidangan dan kembali ke meja dengan makanan penuh di pinggan. Dia amik kue teow goreng with load of chilies pastu apa lg tah dia amik.. nasi putih with sayuran (again aku tak perasan lauk apa lg dia letak dlm pinggan nasi itu huhuhu) dan some other things lagi yang aku pun tak pasti apa bendanya. Ye la tak kan aku nk gi belek or tengok betul2 apa diorg amik ye tak... kang tak pasal2 kena jerkah...dah malu sendiri hahahaa... 

Sampai lah waktu maghrib n azan pun berkumandang... apa lagi masing2 pun mula makan... diorg sekeluarga pun makan gak (anak2 dia yang 2 orang tu dah makan dlu... bila bapak dia anto je pinggan nasi yang pertama memang anak2 dia dah makan...). Aku tak taw la tp mungkin sebab aku blom ada anak so aku mungkin tak faham cara diorg berbuka bersama anak2 diorg tu. Diorg tu bukan makan aku rasa... tapi loceh.. tau ke apa loceh tu? alaaa loceh ni macam ko kuis situ sikit...kuis sini sikit... masuk mulut kunyah2 2-3 kali... pastu buang... haa mcm tu la.. Ya Allah... sayangnya makanan dibuat macam tu... aku mcm terkedu tengok perangai diorg sekeluarga... 

Lepas tu nya pulak.. bila da separuh jalan berbuka... dia dah loceh abis semua makanan (terutama anak2 diorg tu) baru dia nak offer sate sebeban yang diorg amik tu kat ktorg yang semeja ni. Owh hellooooo... ko hengat ktorg kebulur sangat nak makan lebihan ko... kalau dari awal2 ko amik tadi ko cakap "kak... makan taw sate ni...memang saje amik lebih untuk semua orang kat meja ni..." sedap la jugak ktorg nak tolong makan kan... ni dah kira sisa ko yang ko dah tak termakannnnnnnnnnnn baru ko nak offer kat ktorg.. sorry naik lorry la ye...

Memang takde sapa pn yang makan sate dia tu... semua macam tak sanggup kut hahahaha.. Lepas tu kami ingat diorg dah takde nak makan lagi dah.. maklum la.. 1st round je diorg punya makanan dah 1/2 meja... tup2 eh dia pegi lagi amik makanan lainnnnnnnnn. Adoi mak... aku dah mula berzikir dalam hati utk bersabarrrrrr hahahahaha... owh aku lupa nak cerita.. kan awal2 td aku ada kata dia amik kue teow goreng with loads of chilies kan... penyudahnya.. cili jeruk tu duk berterabur atas meja dan kue teow tu tak dimakan lansung... yang aku tau..si bini susun2 pinggan bertingkat dan waiter datang angkut pinggan terpakai tu... Tengok la mana aku tak geram.. membazir je...

Towards the end tu.. kami2 ni memang dah tak larat nak makan lagi.. tp budak lelaki berdua tu rajin gi amikkan kek bagai... nasib dia amik 2 potong utk share reramai jadi sorg sikit abis la benda tu kan.. takde la kisah sgt.. tp yang pasangan ni bleh gi amik kek.. amik buah.. amik bubur lg... adoiii pemutusnya... anak dia yg lelaki tu muntah menyembur mcm air paip bocor... Ya Allah ya Tuhan... nasib la dah abis makan nak oiiiiiiiiiiiiii kalau tak ada yang meloya kat situ. Haduiiii apa punya malang la nasib aku hari tu dapat duduk dgn family mcm tu. 

Itu lah antara sebab kenapa aku kalau boleh nak elakkkkkkkkkkk sangat dari berbuka kat tempat berbuffet ni. Aku tak sanggup nak tengok orang membazir. Amik selagi ada. Memang betul ko bayar... tp itu tak bermakna ko boleh membazir. Selagi boleh elak, aku akan elak gi berbuka kat luar mcm tu lg... esp kat hotel2 ni. Walaupun yang datang tu aku kira bukan la cikai2 punya orang... tp perangai sorang2 memang cikai tahap 12 taw... arghhhhhhhhh mencik!

Tuesday, July 9, 2013

MASTIC

Dalam entry sebelum ni aku ada mentioned MASTIC ni kan.. digunakan dalam resepi untuk buat Date Bars. Sebab aku pelik apa bendanya rempah MASTIC ni... jadi aku pun gugel lah macam biasa... cari2 keluar la macam2 benda.. owh untuk pengetahuan, kalau gugel benda2 yang tak familiar ni, aku lebih suka tgk gugel image. Kadang2 lain tempat lain nama untuk satu2 benda kan... jadi kalau kita tengok gambar lebih senang nak tau apa benda yang dimaksudkan tu. So aku gugel image mastic ni... keluar la segala mcm gambar pokok... gambar batu2 mcm kristal tu.. gambar botol rempah dan yang paling tak boleh blah..gambar mastic floor huhuhu... apakah nak buat date bars tu kena guna serpihan lantai? hahahahaha gilos la cenggini hahahaha...

Ni gambo pokok mastic a.k.a damar...


Tak puas ati gak... aku try translate apa ke benda mastic nih... rupa2nya mastic itu adalah DAMAR... emmm damar ni bukan getah pokok yang org guna utk idupkan api ke? boleh buat masak ke? boleh dimakan eh huhuhu.. dah tak pepasal aku nak kena search info tentang damar pulak lepas ni hahahahaha...

Bagi korang yang dah biasa dgn istilah mastic or dah biasa dgn kegunaan damar ni mesti korg rasa aku mcm jakun kan hahaha.. suka ati korang la nak kata aku jakun pun sbb aku mmg tak tau apa benda mastic tu dan yang paling penting aku tak taw plak damar tu boleh dimakan hahahahahaha....
 Yang ni plak damarnya... 

 yang ini pulak...rempahnya hahahaha ada macam2 jenis rempah ni kut. Yang digunakan dalam resepi date bars tu gambarnya dalam peket2 pastu mcm serbuk je rupa bentuknya.... Aku tepek gambo ni je la... yang lain korang cari sendiri ya di google.com itu. Orang Greek makan damar ni kut... sbb ikut label tu Greek Traditional Fruit Sweets...

Emm satu keje pulak nak cari mastic kat sini kan... nampaknya resepi ni bakal berhabuk la dalam simpanan... alasan tak jumpa mastic kat malaysia ku yang terchenta hahahahaha (sah2 alasan orang malas)




All pictures credit to Google.com


Menjelang Ramadhan...

Opis kami, setiap kali menjelang Ramadhan, memang akan busy dengan kurma2an... Tahun ni mcm kebiasaan kami dapat kurma dari Saudi lagi.. Compressed dates... 1kg per pack sebagaimana tahun lepas... Konon2 nk buat kelainan sikit tahun ni... kami open to all lah.. sapa berminat boleh datang amik sendiri.. or boleh hantar wakil dtg amik dr kami... tapi nampaknya cara mcm ni kurang berkesan la... kena buat cara lain nampaknya tahun depan...

Sehingga entry ni ditaip... kurma yang tinggal tak sampai 20kotak lg... harap2 cepat la habis sbb kami dah pening berperang dgn kurma huhuhu... Bukan kami berkira taknak bg sorang satu... tapi kurma jenis ni, ramai juga yang tak suka sebab extra manis. Pastu kami dapat mmg dah di pack besar2 mcm tu.. mana la terdaya kami nak re-pack kecik2 utk agih2 pada semua kan.. Kena la korg pepandai bagi2 sendiri... kalau satu opis tu ada 200 org... kami bg 8 pack a.k.a 1 kotak... pepandai la korg bagi2 kan... sorg sesudu ke kan huhuhuhu...
Macam ni la lebih kurang bentuk kurmanya... Pic ni aku gugel je.. takde kamera la nak amik gambo sebenar hihi... mcm mana nak makan..memang kena guna sudu la :D...

Gugel punya gugel.. terjumpa pulak resepi yang guna kurma jenis ni hahahaha... bleh la buat kuih utk raya nanti ;)). Nama resepinya DATES BARS, untuk full receipt, bleh tgk http://www.tasteofbeirut.com/2010/04/date-bars/

Harap maklum saya malas nak copy resepi itu...hihihi... eh ingat tahun ni bleh try la kan buat dates bars ni.. tp kan apa benda nya MASTIC tu? Arghhhhhhh tak pasal2 nak kena gugel mastic pulak....aaaaaaaa