Saturday, December 11, 2010

Acar Rempah Ikan Selar Kuning



Bahan-bahan:
2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga**
3-4 ulas bawang merah*
3-4 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Air asam jawa
4 biji cili hijau dan merah (dibelah)
3-4 biji bawang merah (dibelah)
3-4 ulas bawang putih (belah dua)
Halia (dihiris panjang)
Timun (dihiris panjang atau omputeh kata julienne)
6 ekor ikan selar kuning

Cara-cara:
- Ikan dibersihkan dan digoreng garing dgn garam dan kunyit, ketepikan.
-mesin bahan bertanda * dan campurkan dgn serbuk ketumbar dan jintan manis. Gaul rata.
-Tumis campuran serbuk ketumbar dll bersama bahan bertanda ** hingga garing.
-Masukkan air asam jawa (agak2 je la ni..kang masam sgt tak sdp plak) dan biar mendidih sket. Kalau pekat sgt boleh masukkan air dlm secawan ke...
-bila da mendidih, masukkan bahan2 lain dan akhir masukkan ikan. Gaul rata dan biar sekejap dgn api yg perlahan... tambah garam n gula ikut rasa korg la.
-Gaul sket n siap utk dihidang.

Peringatan::
Kalau ada rempah acar lg sedap. Ini cubaan pertama aku n rasanya boleh tahan pada tekak aku dan adik hahaha... walaupun kami rasa ada sedikit kekurangan... tp lom dpt detect lg apa yg kami tak letak. Kalau ikut mak aku, dia suh cari rempah acar kat kedai tp kat sini mana nak dpt huhuhu. Nnt balik Merlimau aku beli la bnyk2 rempah tu hahahah wat stok. Kalau korg nak cuba resepi ni, silakan. Tp segala kemungkinan itu adalah tertakluk kepada anda sendiri la ya hahahahahaha... ngeri tak =))=)). Ok2 aku melawak je... resepi ni sedap la utk tekak aku...tp kalau korg buat n rasa tak best tu, aku tak dpt nak kata apa la ya. Nnt kalau ada rezeki aku balik Merlimau aku berguru la dgn mak aku lg resepi nih. owh ikan tu bole replace dgn telur rebus kalau suka. tp aku prefer ikan selar kuning yg digoreng garing2...

itu sahaja buat masa ini. Len kali aku nak buat rendang pucuk ubi dgn udang plak hahahaha...

1 comment:

cek chun said...

ni first time den tau acar ikan nih. nak juga den torai eh. nanti nooo