Monday, March 19, 2012

Selamat Pengantin Baru

Barakallahulakuma....
Selamat pengantin baru angah n Anas...

Kenduri Kahwin Umairah Esa & Anas Rosedi
Batu Pahat, Johor
15th March 2012




Kerja kerastangan aku... 9 dulang dari pihak perempuan. Purple and green theme color. Tapi tak nampak purple sangat...



Dulang balasan pihak lelaki, 7 semuanya... satu dah kena simpan dlm peti besi hihihi....theme color? peach and green kut...

Thursday, March 8, 2012

Sedeqah



Tadi lecturer aku dtg, bagi sedekah... "saya taknak resit, saja nak bagi ni... yang penting duit ni sampai kepada yang berhak... mana tau ada kesilapan2 saya buat... harap sedekah ni dapat membantu nanti..." camtu la ayat dia. Tapi aku insist jugak la nak bg resit sebab itu kira formaliti kat opis ni... bnyk jugak dia bgi. Cukup untuk belanja asas selama sebulan. Dalam hati aku terdetik "bagus nya Doktor nih... susah nak jmpa orang camni..."

Kalau kat tempat aku ni ada macam-macam kategori manusia.. ada yg jenis terlampau pemurah... ada yang jenis nak tunaikan kewajipan sahaja.. dan ada jugak jenis yang berkira.... kedekut pon ada... taik idung masin aku tak taw plak sebab tak penah rasa taik idung... korang pernah? :))

Dah ngarut cite taik idung plak... berbalik kepada cerita sedekah td... aku sebenarnya gumbira kerja sini sebab slalu jumpa orang baik2... hati baik.. perkataan baik.. perbuatan baik.. baik serba serbi... satu lagi orang2 baik ni aku kenal.. dan diorg pon kenal aku hihihihi...

Aku...tak pandai sebenarnya nak cerita kebaikan amalan bersedekah ni... mungkin korang bleh baca sendiri kat sini or boleh search sendiri la fadhilat bersedekah... cuma yang aku boleh kata bersedekah lah.. kerana ia boleh membuka pintu rezeki dan membawa keberkatan dalam hidup kita.....

Monday, March 5, 2012

Geramnyaaaaaaaaaaaa







chomel kan :D.. chomel sampai rasa nak picit2 je.... aku bukan la suka sgt kat kucing2 nih... tp kalau da cecomel cenggini...suka la gak tgk hahahaha....



Pic credit to busuk.org

Haloba...



nak haloba 50grm :"> hikhik


Thursday, March 1, 2012

Segmen Baru


TAHUKAH ANDA 1
  1. Peluh yang keluar dari tubuh Rasulullah (صلى الله عليه وعلى آله وصحبه و سلم) itu berbau wangi melebihi minyak wangi... dan Rasulullah sendiri menggemari wangi-wangian....
  2. Nabi s.a.w tak suka makan bawang putih, bawang merah dan tumbuhan yang berbau busuk
  3. Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kawin Fatimah
  4. Nabi bersabda "sebaik-baik wangian adalah kasturi" المسك أطيب الطيب
  5. Nabi juga sukakan Anbar, Faghia (bunga dari pohon inai) dan juga Raihan. Nabi bersabda "sesiapa yang mendapat Raihan, maka jangan ditolak, kerana ia berasal dari syurga"

membebel-bebel : aku berazam nak berwangi-wangi (yang tidak melampau).. nak ikut sunnah Habibi صلى الله عليه وسلم

Kalau pewangi ni.. aci tak :D

Pic : credit to Google