Thursday, March 8, 2012

Sedeqah



Tadi lecturer aku dtg, bagi sedekah... "saya taknak resit, saja nak bagi ni... yang penting duit ni sampai kepada yang berhak... mana tau ada kesilapan2 saya buat... harap sedekah ni dapat membantu nanti..." camtu la ayat dia. Tapi aku insist jugak la nak bg resit sebab itu kira formaliti kat opis ni... bnyk jugak dia bgi. Cukup untuk belanja asas selama sebulan. Dalam hati aku terdetik "bagus nya Doktor nih... susah nak jmpa orang camni..."

Kalau kat tempat aku ni ada macam-macam kategori manusia.. ada yg jenis terlampau pemurah... ada yang jenis nak tunaikan kewajipan sahaja.. dan ada jugak jenis yang berkira.... kedekut pon ada... taik idung masin aku tak taw plak sebab tak penah rasa taik idung... korang pernah? :))

Dah ngarut cite taik idung plak... berbalik kepada cerita sedekah td... aku sebenarnya gumbira kerja sini sebab slalu jumpa orang baik2... hati baik.. perkataan baik.. perbuatan baik.. baik serba serbi... satu lagi orang2 baik ni aku kenal.. dan diorg pon kenal aku hihihihi...

Aku...tak pandai sebenarnya nak cerita kebaikan amalan bersedekah ni... mungkin korang bleh baca sendiri kat sini or boleh search sendiri la fadhilat bersedekah... cuma yang aku boleh kata bersedekah lah.. kerana ia boleh membuka pintu rezeki dan membawa keberkatan dalam hidup kita.....

No comments: