Thursday, February 25, 2010

BEBAS KAN DIRI DARIPADA TEKANAN

Hari ni aku nak share beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup. Kaedah2 ni aku dpt dr sisipan Mega, Utusan Malaysia page 8, oleh Zuhayati Yazid :D. So kat bawah ni la antara kaedah2 yg dinyatakan dlm paper tu...aturannya aku da tukar2 sket...tp isi nya masih sama :D

Pertama : ALLAH
Ikutilah segala perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yg dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diri terhadap-Nya.

Kedua : SENYUM
Kebanyakkan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluhu atau mengomel sendirian. Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah, pasti merasai kelainan.

Ketiga : BERSENDIRIAN
Ada sesetengah org suka bersendirian, memencil diri utk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut yg positif setiap perkara yg terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yg lebih baik.

Keempat : BERTENANG
Janganlah serabutkan lagi keadaan yg sedia ada. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan secara perlahan2. Cuba elakkan diri drp membuat sebarang keputusan dlm keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yg dibuat dlm keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nnt.
Berbuat baiklah pada insan.Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati org disekeliling. Jadilah insan yg berhati luhur dan pemaaf. Bunyi mmg senang tp bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yg harus anda lakukan. Hanya dgn cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada, tekanan yg di hadapi juga akan berkurang.

Kelima : PELUK SESUATU
Anda pasti akan lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan, anda peluklah dia, dgn cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Keenam : LAVENDER
Bagi yg suka pada aroma terapi, minyak pati lavender amat sesuai sekali utk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sbgi herba penenanga yg boleh mengurangkan tekanan.

Ketujuh : KASIH SAYANG
Terapi yg mudah kita dapat melalui kawan2, anak2, atau pasangan (yg berkahwin),anak saudara dan ibu bapa. Kasih syg drp mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Kelapan : CERIA
Janganlah bebankan fikiran dgn semua perkara yg ada di sekeliling anda, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya utk sementara jadi, nikmatilah hari ini dgn seadanya.

No comments: