Tuesday, September 30, 2014

Frittata a.k.a Telur Dadar


Sekarang ni aku dgn Intan tengah suka tengok siri TV Ultimate Cookery Course kat TV7, setiap hari rabu rasanya... lepas cite Man vs. Food Nation hahahaha... Suka tengok Gordon Ramsey tu masak benda mudah tapi nampak menyelerakan pastu pulak boleh cuci mata tengok dia punya kitchen... ya amponnn aku boleh berangan je la nak dpt kitchen yang mcm tu haishhhh... (eh tapi kut-kut la aku terdapat kawen dgn org kayak kan... boleh la request nak dapo cenggitu hahahahahahaha)

Okay-okay... balik kepada cerita asal, aku pun try la salah satu resepi yang Chef Ramsey tu buat; FRITTATA. Nama nak glemer frittata bagai... cakap je la telur dadar... kan senang bhahahahahaha....

Ni frittata yang kami buat hari tu... tak ikut exactly resepi chef Ramsey tu, kami buat ikut apa yang ada di dapo kami je...

Resepi aku macam ni:
3 biji telur ayam
1/2 bahagian capsicum merah (julienne - hiris pepanjang)
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang (aku guna leek sebab itu je yang ada kat fridge)
4-5 keping hirisan daging (potong kecik-kecik)
Parmesan cheese
2 sudu besar sos pasta
1 sudu besar minyak masak
Garam, lada hitam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
- Tumiskan hirisan daging yang dipotong-potong dengan 1 sudu minyak masak sehingga hampir garing
- Masukkan hirisan capsicum dan goreng sehingga capsicum hampir masak. Kemudian masukkan hirisan leek/spring onion. Gaul rata dan biarkan masak dengan api kecil.
- Tambahkan sos pasta, garam, lada hitam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan padamkan api.
- Masukkan bahan yang telah siap tadi ke dalam casserole dan ratakan.
- Pukul 3 biji telur ayam sehingga kembang.
- Masukkan hirisan Parmesan cheese
- Satukan telur yang telah dipukul dengan bahan yang telah di masak kedalam mangkuk casserole. Gaul rata adunan tersebut.
- Parutkan lagi keju parmesan ke dalam adunan tersebut.
- Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam oven, bakar pada suhu 200 darjah selama 10-15 minit. 


Kalau ikut chef Ramsey, dia ada letak kacang peas, goat cheese bagai.. tapi kami takde benda-benda tu, maka kami ubah ikut apa yang ada je la.. Pastu dia goreng dulu telor tu bersama bahan-bahan lain... then baru dia angkat kuali masuk dalam oven. Oleh kerana oven aku kecik, kuali tu pulak tak sesuai masuk dalam oven, aku terpaksa la guna cara kat atas tu hehe... Kalau korang suka cheese, letak la ikut suka korang.. macam aku buat tu memang sesuka hati ktorg je letak cheese banyak-banyak hehe...

Jadi la frittata ala kami untuk santapan malam... alhamdulillah kenyang la kami sehingga pagi... Frittata ni sesuai juga dibuat sarapan pagi. Kalau ikut chef Ramsey tu, dia buat utk brunch. Owh lupa nak cerita, frittata aku ni luarnya garing... macam yang korang nampak tu. Dalamnya pulak moist... sedap memang sedap. Kami makan begitu sahaja tapi kalau suka boleh je makan dengan sos ke, sambal tumis ke.. emm sambal tumis... mesti lagi sedap aku rasa kalau makan dgn frittata nih hihi...orang melayu kan...sambal tumis tetap di hati hahahaha

Memasak ni simple je pada aku cuma perlu rajin, kita tak perlu ikut exactly apa yang ditunjuk.. cukup sekadar jadi panduan je... yang lain nya kita boleh sesuaikan ikut keadaan kita. Tapi cara ni sesuai utk masak2 yang macam ni la. Kalau buat kek ke kena ikut betul2 resepi dan cara memasak tu..kang tak jadi korang marah pulak khennnn hahahaha....

No comments: