Friday, August 28, 2015

Sewing Project : On a Roll T-shirt


Projek menjahit kedua aku... aku cuba buat simple t-shirt. Kenapa tetiba aku cite pasal projek kedua ni... sebabnya projek pertama aku tu gambonya missing... nak kena cari dlu baru boleh share kat sini hihi

Pola untuk projek ni aku dapat dari www.craftsy.com. Untuk 2nd projek ni, aku memang cari pola yang specific untuk beginner dan novice sahaja. Tak kuasa la aku nak cari pola yang susah-susah kan... cari yang mudah, simple tapi menarik haaa...


Dari website tu aku pilih pattern On a Roll T-shirt ni pastu download la file utk pattern. Yang bagusnya, dia bukan bagi pattern sahaja tapi siap dengan cara amik ukuran, kain yang sesuai, jahitan yang sesuai, dan siap bagi video tutorial macam mana nak jahit baju ni... sangat mudah... Untuk video tu, korang boleh tengok kat youtube ni On a Roll T Shirt sewing tutorial.

Untuk dapatkan pola or pattern tu, kena la kita print dan cantumkan sendiri ikut aturannya. Alhamdulillah memang mudah la nak ikut... Kat pola tu dia ada bagi beberapa ukuran... rasanya dari size S ke XL kut. Aku guna saiz yang paling besar untuk keselamatan dan keselesaan. Kain yang dicadangkan adalah kain cotton jersey dan kalau ikut owner pattern tu, kena ukur ikut ukuran badan kita betul2 la.. tapi korang paham-paham la, kalau cotton jersey ni kain dia kan ke jenis melekat-lekat kat badan, jadi untuk aku tak sesuai untuk ikut ukuran badan yang tepat-tepat. Itu sebabnya aku ikut ukuran yang paling besar :D.
Okay, ni contoh pola yang dia bagi... ada nombor kat atas tu kan... nombor 4 tu, ikut urutan kertas... jadi bila kita da print atas kertas A4, kita bole la cantum kan pattern2 tu ikut nombor urutan tersebut... 
Kat situ jugak ada pelbagai line dengan pelbagai warna... setiap line tu mewakili saiz kita la... jadi bole pilih nak potong ikut size yang mana... bagi kes aku, aku guna line hitam yang ujung skali tu sebab itu ukuran yang paling besar...

Ini la hasilnya... ni pandangan depan la... sila abaikan kesepahan bilik aku tu... ni memang tempat serbaguna, jadi macam-macam khazanah ada hahahaha.... 

Ni pulak pandangan dari belakang baju tu... haa sebelum terlupa... ukuran panjang tangan baju tu boleh kita buat berbeza-beza... kita bole buat lengan pendek, 3/4 dan panjang. Yang aku buat ni ikut ukuran lengan panjang. 

Aku siap cantum semua malam tadi (27 Aug 2015), kul 1pagi. Sesambil menjahit tu, aku tengok cite tamil kat channel 201 hahahahhaa.... tu yang leka sampai kul 1pagi...

Aku guna kain jersey... beli kat Jakel Melaka... berapa hengget semeter tak ingat dah... aku beli masa cuti raya hari tu... mahal gak kain ni... RM18 kut semeter... eh tak ingat la pulak... aku beli dua warna, satu kain plain kaler purple seperti diatas ni... dan satu lagi kain bercorak... yang bercorak ni lagi mahal rasa aku... Itu yang masa nak potong hati dup dap dup dap takut tersalah kang naya je...rugi kain kan...

Memang puas hati sebab menjadi. Tapi ada beberapa perkara yang aku kena ubah sket. Ukuran labuh lengan dengan leher tu... lengan terlalu labuh untuk aku yang kemetot ni... leher tu plak terlalu cekci.. auww hahahahahahaha...
Bagi aku, untuk cubaan kali pertama ini dikira berjaya... sangat puas hati bila projek menjadi haha... lepas ni mungkin nak ubah-ubah sket kan... contohnya macam tambah cuff kat lengan tu dengan kain lain sedondon dengan leher ke kan... haa cantik jugak hihi... 

Kain tu asal-asalnya aku beli nak buat blouse lain... aku dapat pattern dari satu blog jahitan malaysian... aku tak tau la mana silapnya tapi pola aku tak menjadi... semua step yang dia bagitau kat blog tu aku ikut... memang sebiji-sebiji aku ikut... tp tetap tak jadi... memang da frust da sebab tak jadi.. tapi mujur jugak la aku tak potong pola tu atas kain jersey ni.. aku guna kain free yang ayah dapat 15thn lepas hahahaha... lama gila kan... haa kebetulan aku kemas store rumah mak, terjumpa kain tu... aku amik la dari dia terbiar je dalam store... balik KL aku try potong pola blouse tu, siap da jahit tepi lagi... tetiba bila cantum...tak menjadi pun... sedey...

Owh mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak letak pola tu semua kan... or kenapa aku tak tunjuk cara nak buat shirt tu step by step kan... sebab nya, aku nak menghormati permintaan owner pattern tu... kalau korang nak copy pattern tu... bole jengah kat website seperti yang aku mentioned kat atas tadi...



Thursday, May 28, 2015

FIDYAH

Assalamualaikum semua...,

Apa khabar? Sihat ke? hahahaha ada lagi ke yang membaca blog ni... ya ampun... takde mood la sekarang ni nak berblog... padahal ada je masa dan cerita yang nak dikongsikan... tapi bila mood ke laut satu pun tak guna... huhuhu...

Hari ni mood rajin da tiba jadi aku nak share sikit pasal FIDYAH. Maklum la, sekarang ni kan da 10 Syaaban... tinggal beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan... Dah habis ke korang ganti puasa Ramadhan yang lepas... kalau dah, alhamdulillah... kalau belum, cepat-cepat la ganti ya... masih sempat lagi unless korang punya puasa tu ada lagi 40hari nak diganti... yang tu memang tak sempat la nak abis ganti... tapi kena ganti ya kengkawan... macam mana sekalipun kena ganti jugak puasa ya... 

Baik, berbalik kepada cerita FIDYAH ni... aku nak copy sikit maklumat dari website Lembaga Zakat Selangor berkenaan fidyah.

Takrifan Fidyah:
"Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya."

Hukum:
"Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya."

Ini part yang paling penting sekali... please ya... jangan ingat dah bayar fidyah, kita tak perlu lagi ganti puasa yang tinggal... tapi kita masih kena ganti jugak puasa yang tinggal tu sampai habis ya... ramai yang salah anggap, bila da bayar fidyah dah tak payah ganti puasa... especially orang-orang pompuan yang datang haid dalam bulan Ramadhan... itu salah besar ye kengkawan... wajib juga ganti puasa anda... 

Kadar Fidyah:
"Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya."

Baik, kadarnya adalah secupak beras untuk satu hari puasa yang tinggal. Kalau ikut contoh yang ada dalam website LZS tu, kadar sehari bersamaan dengan RM1.80. Jadi darab la dengan berapa hari yang tinggal. 

Contoh :

Jumlah hari tinggal puasa Ramadhan : 15 hari
Jumlah fidyah yang perlu dikeluarkan: RM 27.00

Dah dapat jumlah tu, gi la beli beras bersamaan dengan jumlah fidyah tersebut... kena beli makanan asasi tau... kalau kat kawasan aku ni... makanan asasi kami adalah beras... so kena beli beras... kalau kat tempat korang tu makanan asasinya pasta ke... roti ke... serbuk cili ke... pavlova ke... cheese kek ke... haa beli benda-benda tu la untuk diagih-agihkan pada penerima yang layak ya...

Picture credit to Google.com
Penerima :
Kalau ikut keterangan pada bahagian Kadar Fidyah kat atas, penerima fidyah ni hanyalah dari golongan FAKIR dan MISKIN

Di LZS, diorang terima bayaran fidyah secara tunai dan dalam bentuk beras. Kalau korang bagi tunai, nanti diorg akan tukarkan duit tu kepada beras yang sama nilai nya... then baru diagih-agihkan kepada asnaf fakir dan miskin.

Cara nak agih, boleh je melalui pejabat zakat negeri masing-masing... boleh jugak kalau korang nak agih sendiri asalkan korang pasti penerima tu  adalah mereka yang layak lah... Kat LZS ni diorang akan charge extra RM0.05 untuk upah mengagihkan fidyah tu kepada asnaf... negeri-negeri lain aku tak pasti... boleh la rujuk ke tempat masing2 ya...

Rasanya ini info yang paling penting setiap kali menjelang Ramadhan... jadi aku decided untuk share dengan korang kat sini... untuk info-info lain... bole la rujuk pada mereka-mereka yang lebih pakar ya...

Semua info tu aku dapat kat website ni http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/. Kat situ lagi lengkap siap dengan fatwa lagi...sila la tengok ya :D





Saturday, March 7, 2015

Perkataan Hari Ini

Assalamualaikum semua :D...

Lama tak jengah kat sini ye hahaha.... busy la weh... tak sempat nak menaip cerita panjang-panjang macam dulu. Hari ni saja la ada lapang sikit... bole la cerita ceriti ye tak.

Aku ni sebenarnya tengah proses borang untuk bantuan banjir. Selasa nanti meeting. Memang macam da lambat sangat nak bagi bantuan tapi sebab masa kami open application tu, student tengah cuti, jadi kami lanjutkan tarikh permohonan sehingga akhir bulan Februari hari tu. Itu yang jadi lambat tu. 

Petang tadi settle la aku key in data2 pemohon. Macam-macam cerita yang aku dapat. Mostly memang teruk la akibat banjir tahun lepas tu... banyak kemusnahan berlaku... kesian... lagi-lagi yang rumah runtuh la.. hanyut terus pun ada... macam-macam lagi la...

Tapi dalam pada tu... ada part yang paling kelakarrrr sangat-sangat. Bukan nya aku saja2 nak rasa kelakar tapi memang kelakar. Ceritanya, borang permohonan kami ni guna bahasa inggeris. Memang macam tu pun kan sebab tempat kami ni bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Jadi, suka ke tidak memang kena guna bahasa tu. Semua pemohon kena la isi borang tu dengan menggunakan BI. Tapi takde masalah pun kalau diorg nak guna bahasa Melayu. Aku faham, kadang tu bila guna BI cerita yang nak disampaikan tu tak berkesan kalau nak dibandingkan dengan guna BM. 

Bila dah guna BI ni... mula la ayat merapu-rapu yang dituliskan. Aku sangat-sangat hargai usaha diorg ni untuk cuba berbahasa Inggeris. Bagus... good job. Tapi kadang2 (sebenarnya selalu) aku tak faham apa yang diorg maksudkan huhuhu... Jadi aku kena berfikir jauhhhhhhhhh sikit dari apa yang tertulis di borang tu... berfikir luar kotak la kata orang khennn... 

Contoh aku bagi eh... Ayat yang ditulis : "Wall rupture, coins collapse, garage collapse". Ok... wall rupture aku boleh faham... mungkin dia nak kata dinding rumah dia pecah or runtuh or rosak... garage collapse pun aku masih boleh cuba2 faham lagi... tapi bab COINS COLLAPSE tu aku betul2 buntu nak cuba faham... puas aku bergolek2 depan TV tadi cuba nak memahami apa yang budak ni nak sampaikan sebenarnya... Mujur la aku da lama bekerja dalam bidang ni, dah expert (perasannnn hahahaha), aku cuba2 la google translate kan coins collapse tu hahahahaha.... akhirnya aku dapat cari apa yang nak disampaikan oleh budak ituuuuuu....

Jadi semua orangggggggggggg PERKATAAN HARI INI IALAHHHHHH:

CEILING = SILING
COINS = SYILING

Faham? korang faham tak maksud coins collapse tu? hahahahaha. Tak faham lagi? Ish... hahahahaha... Okay la aku bagi tau, dia nak cakap SILING RUMAH DIA RUNTUH... tapi sebab dia guna google translate itu yang jadi coins collapse... adoi aiiiii... bole pengsan la mcm ni...

Tu yang selalunya kalau aku proses borang2 ni semua, sorang pun tak akan kacau aku sebab aku akan jadi super garang time tu... Kenapa aku jadi super garang? sebab aku tengah cuba memahamkan apa yang cuba disampaikan oleh pemohon2 yang aku sayanggggggggggggg semua tu hukhukhuk... kadang tu nak makan pun tak selera sebab stress hahahahha (melampau2 kan kikiki).

Well, to conclude, google translate tu memang bagus... sangat2 membantu sebenarnya... tapi tolong la... tolongggg sangat2 jangan salin bulat-bulat apa yang diterjemahkan kat situ.. tolong la ubah suai sikit mengikut tatabahasa yang betul... jangan la main hentam aje... kang buah keras tak pepasal jadi fruit hard... siling rumah jadi coins.... huhuhuhu....

Saturday, October 11, 2014

Dobi Layan Diri

Hujung minggu ni bapa saudara ku akan datang dari BP. Diorg nak gi Convo akak Afifah jadi nak tumpang bermalam kat rumah ktorg. Aku ok je... gembira menerima tetamu hihi. Harap-harap diorg faham la keadaan rumah bujang aku tu hahahaha...

So malam khamis (9hb) tu, aku da siap2 sapu dan mop lantai kat hall dengan bilik aku. Nanti pokteh dgn mokteh bole tdo kat bilik aku je. Ktorg yang anak-anak dara ni boleh lepak depan TV or dalam bilik Intan. Kapet kat hall tu pun aku da siap sapu, tapi lepas berfikir sejenak (haa sejenak je fikir hahahaha) elok gak kalau di basuh kapet tu. Harap-harap takde la timbul bau2 yang kurang enak kan hihi. Maklum la... kami duk bergumpal2 atas kapet tu hari2. Makan pun kat situ (padahal ada meja makan tp gigih duk makan bersila depan TV)... 

Makanya, waktu rehat hari Jumaat tu aku pun pegi la ke dobi layan diri kat PV12. PV12 ni dekat dengan KL Festival City Mall. Aku suka gi situ time orang solat jumaat sebab situ takde orang hahahaha... jadi aku boleh bolot semua mesin kat situ sesuka hati aku... 
Gambar kat atas tu entrance dia la. Nama kedainya eZSpin. Tulis situ 24jam. Tapi aku tak pasti la betul2 24 jam ke tak sebab tak pernah terjah pun situ waktu2 tengah malam hihi...

Kat dalam tu ada 2 jenis machine: washer dan dryer. Washer ada 2 jenis, satu untuk 14kg jenama Electrolux dan 11kg aku tak pasti jenama apa. Dryer pulak ada 20kg dan 11kg punya. Jenama sama macam washer. Kalau dalam gambar tu 4 mesin yang belah kiri tu adalah mesin basuh 14kg. Yang terlindung di balik bakul tu mesin pengering 20kg.

Nampak mesin yang hujunggggg sekali warna putih. Haa yang tu belah atas adalah dryer 11kg, belah bawah pulak dia punya washer. Washer yang bawah tu ada sign rosak dan aku pun tak penah guna jenis tu, jadi memang tak sentuh lansung la mesin putih tu. Meja kat tengah2 ni tempat untuk kita melipat basuhan yang dah kering nanti... Dulu masa 1st time aku datang dobi ni, ada meja buffet tu je. Ni tetiba ada meja kayu tu sekali. Mungkin ada orang komplen kut kata meja tak cukup haahahahaha.

Alrite. Ni pulak vending machine untuk sabun dan tukar syiling. Sabun sekotak utk sekali basuhan tu harganya seringgit. Tapi aku tak beli pun, bawak sendiri dari rumah. Wangi la sket baju aku sebab guna sabun dan pelembut sendirikan hahahaha... Sofa... memang disediakan kat situ untuk kita duduk2 sesambil tunggu baju kita siap.

Chargenya... untuk washer 14kg tu sekali basuh RM6.00 selama 24minit (kalau tak silap aku la) dan dryer pulak RM4.00 juga 24minit. Untuk dryer tu, kalau kita rasa baju kita tak berapa kering lagi, boleh tambah masa. Charge nya RM0.50 untuk 3minit. Kena masukkan duit siap2 la sebelum mesin berhenti. Kalau tak dia charge semula RM4.00

Siap la aku basuh tadi. Baju aku sebakul, cadar dan selimut ada 4 helai, mattress cover sehelai, karpet sehelai, picnic mattress sehelai, fridge cover sehelai... haa banyak tu... Korang bayang kan je la mesin basuh tu empat-empat aku guna. Bila nak kering kan aku guna 2 mesin je.. amik ko tak kering baju aku hahahahah.... kena la jemur jugak balik rumah nanti...satu keje betul hahahahaha


Kuih Bulan a.k.a Moon Cake

Korang pernah makan kuih bulan? Emm aku ni baru pertama kali la mencuba kuih bulan ni. Kebetulan masa gi beli barang kat Cosway hari tu ada promosi kuih bulan, aku pun try la beli. Beli 2 biji kuih bulan percuma sebiji. Macam tu la kiranya promosi dia time tu hahahaha. Harganya aku tak ingat la.. RM15 utk 2 biji dan percuma satu. Kira RM15 tu utk 3 biji kuih bulan la kan. Apa la susah payah nak kira, RM5 la sebiji jadinya...
Owh jangan risau... kuih ni adalah halal ya. Ada cop halal JAKIM lagi kat pack dia tu. Jadi aku pun yakin utk beli dan makan :D.

Masa ktorg beli tu da takde perisa lain. Tinggal yang ni je, Pure Lotus. So, tiga-tiga perasa yang sama. Cantikkan design kuih ni. Sayang nak makan. Tapi dah beli takkan nak tengok je kan. Potong la jugeksss.

Keratan rentas kuih bulan. Luar dia mcm biskut rapuh tu.. dalam dia pulak likat macam dodol. Pastu ada hirisan kacang rasa aku... Rasanya aku tak reti nak describe. Tapi yang pasti manis yang amat... Sedap pun sedap jugak aku rasa. Cuma sebab manis, kami cuma larat makan sebiji je... tu pun 2-3 kali ulang. Lagi 2 biji, Intan bawak gi opis dia. Alhamdulillah, kengkawan opis dia ada yang suka makan kuih bulan ni. Takde la membazir ktorg beli hahahaha. 

Mungkin lepas ni boleh try beli perasa lain kut... yang lebih banyak kekacang ke kan.. or yang ada kuning telur tu ke... nampak mcm sedap je kalau tengok gambo hihi...

Friday, October 10, 2014

Wordless Friday

Cis bedebah... hahahahahahaha

Thursday, October 9, 2014

Smart Airtight Container

Hahaha... tajuk tak boleh blah. Tak boleh nak pikir tajuk apa yang sesuai. Letak je la nama tu.. ok jugak khennn hahahahahaha....

Okay-okay, hari tu aku beli Leaf Smart Container dari Cosway. Kami memang tengah mencari bekas-bekas untuk isi barang-barang basah dalam fridge. Nak beli yang brand Tupperware tu aku rasa tak mampu la kan... Kebetulan Cosway buat promosi container ni...murah gilak. Satu set container consist of 6 bekas seperti dalam gambar kat atas ni baru RM19.90 dengan pembelian RM30 dalam satu resit. Kira purchase with purchase la benda ni. Itu harga ikut catalog dia la. Dan aku memang dah niat nak beli 2 set sekali sebab harga dia murah...

Bila pergi ke Cosway Aeon Big Wangsa Maju tu, aku beli la barang-barang keperluan diri aku dgn Intan dan amik sekali set container ni. Benda tu kebetulan memang tinggal 2 set je, jadi aku amik dua-dua sekali lah. Dah hajat pun nak beli dua kan hehehehe....
Bila kira-kira nak bayar, harga dia jadi lagi murah dari yang diorg letak dalam catalog. Kira berbaloi-baloi la pembelian kami hari tu :D.

Ni la rupa set tu. Untuk saiz 1200ml, dia bg penapis tu sekali. Yang lain-lain takde. Penutup semua sama macam gambar kat atas ni. Nampak benda bulat itu? Itu sepatutnya berfungsi sebagai penetapan tarikh utk benda yang di isi dalam tu. Tapi sampai sekarang aku tak tau mcm mana nak guna hahahahahaha....

Satu kotak macam gambar kat atas sekali tu ada 2 bekas bersaiz 350ml, 2 bekas bersaiz 540ml, satu bekas saiz 800ml dan satu saiz 1200ml. Rasanya okay la untuk kami guna hari-hari. Memang puas hati la hihi...

Wednesday, October 8, 2014

Mari Berjimba

Masa cousin aku si akak Afifah datang amik robe untuk convo hari tu, kami pergi berjimba-jimba kat KL Festival City mall. Mula-mula sekali kami pergi ke tempat 6D Movie. Kalau ikut kata Intan, benda tu best la sebab dia pernah masuk kat Universal Studio Singapore dulu. Harga tiket RM15.00 per person. Kanak-kanak aku tak pasti berapa rate dia. Masa tayangan 10minit sahaja. Aku rasa macam tak berbaloi, tapi dah nak tau kan apa kebenda nya 6D movie ni, aku masuk la jugak.

Sebab malas nak tunggu sangat, kitorg masuk movie Sea Monster yang kebetulan tengah nak tayang time tu. Sekali dengan ktorg tu ada sepasang penonton lagi orang cina. Diorang dah masuk dulu, kitorg yang follow pasangan cina tu sebab kang nak tunggu movie lain, lama pulak. Dah la nak gi merayau-rayau tempat lain lagi nnt kan.. pastu da nak maghrib lak time tu hahahaha... Jadi kami redah je la... So, total dalam panggung time tu, 5 orang la kira nya.

Dalam panggung tu ada 9 seats a.k.a 3 rows. Each row consist of 3 single seats. Seats tu di susuna macam dalam panggung biasa la... dari atas kebawah. Pasangan cina tu dah duduk seat bawah sekali, pembantu panggung tu suruh kami duduk row tengah. Pastu dia bg kami pakai cermin mata 3D tu. Payah la pulak sebab kami semua bercermin mata kan... dah berdouble2 cermin mata hahahahaha... kut bukak cermin mata asal, memang kabur je la pandangan jawabnya... terpaksa la pakai cermin mata bertindih... Semua bag kena letak tepi, kita tak boleh bawak apa-apa masa duduk kat seat tu... Then kami diminta pakai seat belt. Da macam duk dalam flight la pulak kan... eh memang seat belt dia tu mcm dalam flight punya hahahahaha.

Lepas semuanya settle, baru la tayangan bermula... bergoyang-goyang la kami.. mula-mula excited juga... tapi lepas tu boring. Sebab apa? sebab seat tu asik senget ke kanan je... goyang-goyang sket pastu sengettttttttt ke kanan... pastu visual dia tak menarik lansung... arghhhhh terus rasa menyesal masuk situ.. membazir 15hengget aku hahahaha... ada tak ada pun, rasa la air terpercik2, pastu ada bubble2 keluar, pastu ada la rasa kaki kita macam terlanggar sea weeds. Tu je la pon... lain-lain.. hampeh.

Ini gambar kami lepas tengok Sea Monster 6D. Semua pakai baju keje hahahaha.

Ha tengok si akak, buat nya t-rex tu ngap kepala dia.. baru la dia jadi ngep... Minatang t-rex tu boleh bergerak-gerak tau... bebudak memang ada yang nangis bila tengok dia bergerak hahahaha... owh, sebelah tu la kaunter tiket utk wayang 6D. Kalau korang tanya aku... aku tak galakkan korang tengok la yang ni.. boring weh.. tak berbaloi-baloi... 

Lepas kecewa dgn 6D movie tu, kami gi makan kat Kenny Rogers. Dah siap-siap order, kami pergi solat tinggal kan akak tunggu makanan sampai. Akak kan musafir lalu di hari jumaat, maka dia boleh la jamak kan solat dia kan hihi...
Lepas makan, kami gi cari kasut macam yang aku cerita dalam entry Shoes Hunting yang lepas... pastu terus gi tapau Cornery Gourmet Popcorns hahahaha...


Sabtu pagi, kami ke UIA amin robe akak, pastu terus gi bekpes kat UIA je... lepas bekpes, ktorg gi Wangsa Walk sebab nak tengok wayang. Sampai je terus beli tiket. Semua excited nak tengok Boxtroll sebab masa tengok review kat tenet, macam best je cite tu... 

Kami dalam panggung tengah tunggu Boxtroll mula. Muka semua excited hahahaha... Sekali bila cerita start, adoii boring gilak. Menyesal gilak kitorg tengok cite tu... Berapa kali nak menyesal tah outing kali ni hahahaha... 

Over all, best la spent time macam ni berjimba-jimba tanpa hala tuju kan hihi...


Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Lahir Ayah, Intan, Amani dan Ulwan...

Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan kebaikan, dikurniakan segala kebaikan dan kesenangan selama-lamanya.... Sayang kamu semua hingga syurga...

Pavlova yang aku buat untuk orang-orang yang sambut besday bulan October nih hihihi... comot sket sebab nak cepat... Ulwan dah nak balik kampung abah dia time ni... tu yang kelam kabut je selet cream tu... Takde buah kiwi sebab sehari sebelum tu aku gi cari kiwi tak berjumpa yang berkenan di hati... jadi kaler mcm tak meriah sangat sebab takde kaler hijau...

Ini lah kesayangan saya yang sambut besday bulan October ni.. sorang lagi kesayangan saya takde dalam gambar ni sebab dia lewat sangat hari tu... Kenapa muka Ulwan macam tu? Sebab dia tengah senyum la tu kiranya hahahaha. Bila suruh senyummmm, muka dia terus jadi camtu.. bajet cute senyum cenggitu...

Ulwan nak potong pavlova sendiri...sebab dia dah besar.. ulwan dah besar... sob sob... macam baru 2-3 hari lepas je aku jaga dia masa dalam pantang.. sekarang dia dah besar... dah pandai cakap...dah cerdik... 


Atuk suka pavlova ni sebab manis... 2 slice jugak dia makan... pastu dia da tak nak lagi hehe... Nenek lagi suka... lagi2 bila makan dengan buah-buah masam. Tapi pelik diorg kata strawberry and blueberry tu manis... aku rasa masam ya amat... Si kakak dengan adik siap boleh makan begitu sahaja strawberry.. muka selamba macam manis bebeno buah tu huhuhu...

Emmm gambo ni tak cukup orang... Kakak Nuha dengan adik Amani takde sekali masa kami amik gambo ni. Diorang tak sampai lagi, maklong pulak dah nak balik Batu Pahat, so tak boleh nak tunggu la... Kami potong je la dulu pavlova tu tanpa Adik Amani... Ada jugak amik gambo Amani tapi mana tah simpan... tak jumpa le pulak...

Kami makan-makan ni masa petang raya Aidiladha 4 October lepas... Meringue tu aku dah siap-siap buat dari KL, sampai rumah mak terus sapu cream dgn letak buah-buahan je... Tapi sebab sampai pun dah tengah hari, nak masak utk makan tengah hari lagi, nak kejar masa sebelum kak long anak beranak balik kampung, jadi aku sapu cream dgn buah-buah tu secara kelam kabut je hahhahaha.... tu pun masih tak sempat lagi nak tunggu keluarga Amin sampai. Lambat bebeno... padahal lepas tu dia nak balik Muar pulak rumah mak mertua dia... geram je aku tengok kan...

Tapi takpe la, puas hati aku sebab dapat jamu diorang semua dengan pavlova ni... Hari tu duk cerita je aku buat pavlova ni.. tak sangka mak suka. Siap nak suruh aku buat lebih2 time kenduri kendara nanti hihi...

Wednesday, October 1, 2014

Shoes Hunting

Susahnya nak cari kasut yang sesuai dengan kaki aku ni... hadui.. maklum la kaki kita ni jenis 'sihat'. Kang kalau salah pilih kasut nampak terseksa je pulak. Kalau setakat 'nampak terseksa' je takpe lagi.. ni memang betul-betul terseksa aku yang memakainya, tak ke haru...

Since kami pergi berjimba-jimba (yang ni nanti cerita kat part lain ye hihi) kat KL Festival City Mall hari jumaat lepas, aku ajak budak berdua ni teman aku cari kasut sekali lah kat Parkson. Sebelum masuk Parkson, ada jugak la aku try-try kasut kat kedai2 lain tapi sedih.. kalau aku suka dan rasa kasut tu sesuai dgn kaki aku, mesti tinggal yang display je takpun takde saiz aku... hampeh...

Masuk Parkson, aku terus tuju ke tempat kasut Larrie. Aku suka kasut Larrie sebab setiap kali aku beli kasut ni, dia tak pernah 'gigit' kaki aku hahahaha... korang paham tak? alaaa kan selalu kalau kita pakai kasut baru, kaki kita mesti melecet atau keluar gelembung air yang pedih itu... haa kalau jadi gitu aku panggil kasut gigit kaki hahahahaha... Tapi kalau aku pakai kasut Larrie, memang tak pernah dia 'gigit' kaki aku.. best kan hihi... Aku pilih 2-3 pasang tapi kesian aku (again) takde saiz. Kalau ada pun kaler yang merepek meraban. Kaler merah florescent tu ko tau... gila apa nak beli kasut cenggitu hahahaha. Aku ni nak beli kasut utk kerja, dah kalau merah menyala memang la tak sesuai namanya... Last sekali ada la sepasang yang ada saiz aku... syukurrrrrrrr. Budak berdua tu da duk gelak2 kan aku dengan kata-kata simpati "sian kakngah bhahahahahaha" (kuang ajo kan simpati tapi gelak hahahahaha). Siap suruh aku buat novel pasal pencarian kasut. Hampeh... So kat Larrie aku amik sepasang flat shoe kaler hitam dengan kemasan dark brown. Haaaa pening tak hihi... Takde pulak gambar kasut tu nak aku tepek kat sini...


Lepas tu kami ke display area Carlo Rino. Kat sini aku berkenan berpasang2 kasut hahahaha. Tapi macam selalu, susah la nak cari saiz aku... especially yang ada less-less nih.

Tengok, gigih tak aku memilih kasut hahahaha... 

Sangat-sangat berkenan dengan yang ini, tapi aku tak amik sebab aku rasa macam cikgu-cikgu pulak kalau pakai kasut ni... si Intan dgn akak pun cakap yang sama... "errr... ko tak rasa macam ko cikgu ke bila pakai kasut tu..." uhuhuhu. I dont have anything against teacher... tapi segan la kalau org kata aku cikgu bhahahahahaha.... (tah apa kaitan kerja sebagai cikgu dengan kasut pun aku tak tau...haha)

Yang ni, cik Intan yang berkenan... aku suruh beli tak nak pulak dia... Aku? Emm tak kenan kut... lagi-lagi kaler putih. Kasut bagi aku hanya perlu kaler hitam, dark brown, or beige sahaja. Kaler lain aku tak minat sangat hehe...(tapi jangan la terkejut kalau tetiba korang ternampak aku pakai kasut kaler pelik2 ni ya...). Sebab apa? Sebabnya aku pakai kasut hanya utk ke tempat kerja sahaja. Itu pun tak sampai 2 jam aku pakai kasut kecuali ada meeting. Kat opis memang tak pakai kasut, gi cafe pun aku pakai selipar je... jenjalan apatah lagi... emm gi kenduri kawen pun aku pakai selipar... kihkihkih.  
 
Ni... sibuk test kasut sampai kasut sendiri terbiar.. ce teka kasut sapa bhahahahahaha.... 

Yang ini memang hanya boleh bermimpi... kaki aku memang tak sesuai la kasut gaya ni. Boleh pakai, tapi azab tanggung la sendiri ya hahahaha....

Kat Carlo Rino dapat la lagi sepasang, pun tak de amik gambo... jadi la 2 pasang kasut utk tempoh 3tahun akan datang... hahahahaha.... Maka berakhir lah pencarian kasut kerja aku untuk tempoh 3 tahun akan datang nanti hihi...

Tuesday, September 30, 2014

Frittata a.k.a Telur Dadar


Sekarang ni aku dgn Intan tengah suka tengok siri TV Ultimate Cookery Course kat TV7, setiap hari rabu rasanya... lepas cite Man vs. Food Nation hahahaha... Suka tengok Gordon Ramsey tu masak benda mudah tapi nampak menyelerakan pastu pulak boleh cuci mata tengok dia punya kitchen... ya amponnn aku boleh berangan je la nak dpt kitchen yang mcm tu haishhhh... (eh tapi kut-kut la aku terdapat kawen dgn org kayak kan... boleh la request nak dapo cenggitu hahahahahahaha)

Okay-okay... balik kepada cerita asal, aku pun try la salah satu resepi yang Chef Ramsey tu buat; FRITTATA. Nama nak glemer frittata bagai... cakap je la telur dadar... kan senang bhahahahahaha....

Ni frittata yang kami buat hari tu... tak ikut exactly resepi chef Ramsey tu, kami buat ikut apa yang ada di dapo kami je...

Resepi aku macam ni:
3 biji telur ayam
1/2 bahagian capsicum merah (julienne - hiris pepanjang)
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang (aku guna leek sebab itu je yang ada kat fridge)
4-5 keping hirisan daging (potong kecik-kecik)
Parmesan cheese
2 sudu besar sos pasta
1 sudu besar minyak masak
Garam, lada hitam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
- Tumiskan hirisan daging yang dipotong-potong dengan 1 sudu minyak masak sehingga hampir garing
- Masukkan hirisan capsicum dan goreng sehingga capsicum hampir masak. Kemudian masukkan hirisan leek/spring onion. Gaul rata dan biarkan masak dengan api kecil.
- Tambahkan sos pasta, garam, lada hitam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan padamkan api.
- Masukkan bahan yang telah siap tadi ke dalam casserole dan ratakan.
- Pukul 3 biji telur ayam sehingga kembang.
- Masukkan hirisan Parmesan cheese
- Satukan telur yang telah dipukul dengan bahan yang telah di masak kedalam mangkuk casserole. Gaul rata adunan tersebut.
- Parutkan lagi keju parmesan ke dalam adunan tersebut.
- Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam oven, bakar pada suhu 200 darjah selama 10-15 minit. 


Kalau ikut chef Ramsey, dia ada letak kacang peas, goat cheese bagai.. tapi kami takde benda-benda tu, maka kami ubah ikut apa yang ada je la.. Pastu dia goreng dulu telor tu bersama bahan-bahan lain... then baru dia angkat kuali masuk dalam oven. Oleh kerana oven aku kecik, kuali tu pulak tak sesuai masuk dalam oven, aku terpaksa la guna cara kat atas tu hehe... Kalau korang suka cheese, letak la ikut suka korang.. macam aku buat tu memang sesuka hati ktorg je letak cheese banyak-banyak hehe...

Jadi la frittata ala kami untuk santapan malam... alhamdulillah kenyang la kami sehingga pagi... Frittata ni sesuai juga dibuat sarapan pagi. Kalau ikut chef Ramsey tu, dia buat utk brunch. Owh lupa nak cerita, frittata aku ni luarnya garing... macam yang korang nampak tu. Dalamnya pulak moist... sedap memang sedap. Kami makan begitu sahaja tapi kalau suka boleh je makan dengan sos ke, sambal tumis ke.. emm sambal tumis... mesti lagi sedap aku rasa kalau makan dgn frittata nih hihi...orang melayu kan...sambal tumis tetap di hati hahahaha

Memasak ni simple je pada aku cuma perlu rajin, kita tak perlu ikut exactly apa yang ditunjuk.. cukup sekadar jadi panduan je... yang lain nya kita boleh sesuaikan ikut keadaan kita. Tapi cara ni sesuai utk masak2 yang macam ni la. Kalau buat kek ke kena ikut betul2 resepi dan cara memasak tu..kang tak jadi korang marah pulak khennnn hahahaha....

Silaturrahim

Hari ni nak cerita pasal silaturrahim...

Awal tahun hari tu, aku  bertemu semula seorang sahabat lama di FB... mula tu gembira la bertanya khabar... kan main beriya lagi dia kata rindu kat aku dan kawan2 lain.. pastu siap cakap aku la satu2 nya kawan masa sekolah yang dia contact... bla bla bla... dan aku, sebagai kawan yang menghargai, cuma senyum dan mengiyakan aje.

Selang enam bulan lepas tu, aku try la bertanya khabar... takde niat lain pun... kawan kan.. tanya kabar kawan.. tapi dia tak balas-balas msg aku. Tak tau la apa masalahnya. Aku pun ignore je la, dah orang tak nak jawab... 

Tup-tup, sabtu lepas aku dpt msg dr dia... Bukan msg bertanya khabar atau menjawab khabar yang aku hulur enam bulan lepas, tapi... msg nak ajak aku join bisness dia... WTH. Aku kecewa gila dengan perangai kawan-kawan yang macam ni. Series aku tak pernah rasa kecewa mcm ni tapi perbuatan dia tu betul2 buat aku rasa menyampah n terhina. 

Tak boleh ke kalau berkawan dengan niat yang ikhlas? Susah sangat ke? Ni ko berbaik-baik dengan aku sekadar untuk melebarkan sayap bisness ko je... baik tak payah. Tak payah nak exaggerate kata ko rindu kat aku pung pang pung pang bagai...

Awal-awal jumpa kat FB dan dia kata rindu kat aku semua tu, aku memang rasa sangat bertuah la ada kawan macam ni. Maklum la masa skolah dlu kami boleh dikatakan rapat jugak. Tetiba dia buat aku macam ni... aku rasa macam bodoh.. terhina gila... takde nilai ke apa yang dia taip2 (taip la sebab dalam FB je kan.. bukan dia ckp hahahaha) sebelum ni?

Kalau macam ni punya perangai takde kawan pun takpe. Tak jumpa semula pun aku tak rugi... Seriously aku memang tak ramai kawan. Lagi-lagi yang rapat dengan aku... memang boleh dikira dengan jari. Tapi aku hargai kawan aku. Aku tak pandai pura-pura, depan-depan konon rindu sayang.. lepas tu bluekkkk lantak pi la kat ko kan...esok2 kalau ada kepentingan baru cari semulakan. Aku tak suka macam tu. Dan aku pulak jenis tak suka in touch sangat... sesekali bertanya khabar atau berjumpa, itu dah cukup... tak payah nak sms tepon2 hari2.. rimas.. benda baik pun boleh jadi buruk... tu sebab kawan aku ada sikit je... tapi aku simpan diorg dalam hati... 

Kesimpulannya.. untuk semua yang membaca (aku assume ada la yang baca ni kan bhahahahahaha) hargailah kawan-kawan korang seadanya. Jangan la amik kesempatan terhadap kawan-kawan kita... jangan la buat kengkawan rasa terhina dengan perbuatan kita...please...

Picture credit to google.com

Wednesday, September 3, 2014

Pavlova Step by Step

Entry ni sambungan dari entry yang lepas pasal my pavlova ... hihi

Resepi Pavlova yang aku buat seperti berikut (sumber Joy of Baking):

4 biji telur ayam (saiz besar) - ambil putihnya sahaja
200grams (1 cawan) gula castor
1/2 sudu teh essen vanilla (JoB guna pure vanilla extract. Aku takde so guna yang segera je)
1 sudu teh cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

Cara-caranya:
Step 1 : Asingkan putih telur dan kuning telur. Pastikan tiada setitis atau secoet atau se apa2 pun telur kuning dalam putih telur tu...
Pastikan juga bekas yang kita nak guna untuk letak putih telur tu bersih dari sebarang anasir2 yang tidak di ingini seperti minyak, air dan lelain nya ya.

Tips: Kata orang kalau nak senang asingkan telur putih n kuning ni simpan telur yang nak digunakan tu dalam peti ais dulu. Lepas tu baru asingkan. Aku pulak, lebih senang guna egg separator yang dah sedia ada hahahahaha.... Ok, pastikan sebelum telur putih dipukul, telur tu berada dalam suhu bilik ye.. kalau sejuk2 nanti tak kembang...

Step 2: Panaskan oven pada suhu 150 darjah.

Step 3: Pukul putih telur dengan menggunakan kelajuan yang tinggi sehingga kembang (rujuk gambar) atau sehingga adunan membentuk soft peaks. 


Step 4: Bila putih telur dah kembang, masukkan gula halus sesudu demi sesudu... (aku masukkan sesudu dan tunggu seminit baru masukkan sesudu lagi). Ingat ya, jangan terburu-buru masukkan gula. Kalau tak nanti meringue kita tu boleh jadi mendap. Kena sabar dan steady... masuk kan sikit-sikit dan pastikan gula betul2 hancur dan sebati dengan putih telur tu.

Tips : Macam mana nak pastikan gula dah hancur dan sebati dengan putih telur tu? Ok senang je, colet sikit adunan dgn jari telunjuk, lepas tu gosok/gesek dengan jari ibu. Kalau masih ada rasa kasar itu maknanya gula belum cukup hancur dan belum sebati. 


Step 5: Terus pukul campuran telur putih dan gula tadi dengan menggunakan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu dan berkilat. Biasanya kalau ikut resepi2 lain diorg panggil bertanduk. Istilah omputeh nya stiff and shiny peaks.


Step 6: Bila adunan dah jadi stiff and shinny macam dalam gambar atas tadi tu, tambahkan vanilla extract. Pukul lagi adunan hingga vanilla tu rata dan sebati.

Tips: Vanilla extract ni tujuannya untuk menghilangkan bau dan rasa hanyir putih telur tu.


Step 7: Kemudian, gaulkan tepung jagung dan cuka ke dalam adunan sehingga rata. Jangan gunakan mixer ya. Cukup sekadar digaulkan dengan spatula atau sudu atau senduk yang bersih.

Tips: Cuka dan tepung jagung ni akan membuatkan meringue kita tu rangup di luar dan lembut (macam marshmallow) di dalam.




Ini adunan yang telah siap untuk dibakar. Letakkan adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking sheet. Ikut suka la nak buat bentuk apa pun tapi kebiasaannya orang akan buat bentuk bulat.

Kalau ikut cara JoB, satu adunan ni dia bakar terus untuk jadi sebiji pavlova. Tapi aku bahagi dua adunan ni untuk dapat 2 disk.

Bakar adunan kita tadi tu selama 60 minit dengan suhu 150darjah. Masa membakar tu bergantung pada oven masing-masing ya. ada yang perlu bakar lebih lama. Tapi kena pastikan tak terlebih bakar dan tak terlalu kejap dibakar ya. Kalau oven aku, memang ngam-ngam la macam masa dan suhu yang aku bagitau tu.

Ini meringue yang dah siap dibakar. Nampak berkilatkan. Ok another tips, Untuk elakkan meringue ni merekah, biarkan meringue yang dah siap dibakar tu didalam oven sehingga oven sejuk. Lepas tu baru keluarkan. Kalau ikut pengalaman aku, satu jam atau 60 minit digunakan untuk membakar, dan another 20-30 minutes untuk disejukkan di dalam oven.

Another meringue yang dah siap dibakar dan disejukkan.


Tips: Kita boleh buat pavlova ni dan simpan dalam bekas kedap udara untuk beberapa hari sebelum dihidangkan. Macam yang aku buat masa jamuan raya hari tu, satu adunan aku dah buat awal dua hari sebelum hari jamuan. Dan satu adunan lagi aku buat sehari sebelum jamuan. Aku simpan dalam bekas macam dalam gambar di bawah ni.
2 disk ni aku buat dari satu adunan seperti diatas...



Next entry, aku akan bagitau pasal topping dia pulak ok... tungguuuuuuuuuuuuuu.....

Thursday, August 28, 2014

My Pavlova

Masa bincang-bincang nak buat jamuan raya pejabat mulut aku gatal2 menyebut nak buat pavlova... padahal tak penah skali pun buat pavlova selama ni.. hahahaha. Bila dah terlepas cakap baru rasa menyesal kan.. itu la orang kata sebab mulut badan binasa hahahahahaha...

Tapi sebab aku suka cabaran, maka aku gagahkan diri buat pavlova ni... 1st attempt, meringue aku tak jadi... nampak dia naik elok.. pastu luar dia cantik shining n rangup (based on apa yang nampak la ni). Sekali bila keluarkan dari oven, nak letak topping prakkkkkk runtuh berkecai kulit meringue aku lepas tu pulak isi dalam nya mendap... aduhaiiii.... dan aku sungguh2 terlupa nak amik gambo meringue aku yang berkecai itu... hahahahaha

Dah berkecai tu takkan nak buang kan sebab isi dalam dia yang mendap tu elok tak berkecai... letak je la topping atas isi dalam meringue tu... bawak gi opis, bagi la rasa sorg sikit benda yang tak jadi tu... Orang-orang kat opis aku semua kata ok dah... Masalahnya, diorg tak pernah makan pun pavlova sebelum ni... tu yang masing2 pakat kata sedap dah yang aku bawak 1st time tu hahahahaha.... cuma diorg kata manis yang amat... pavlova memang la manis kan huhuhuhu...

Sepanjang hari tu aku buat research kenapa meringue aku tu jadi macam tu (kenapa meringue aku mendap hahahahaha). Cari punya cari jumpa la satu blog ni, dia ada bgtau nape meringue boleh jadi mendap. Antara sebabnya, terlalu cepat masukkan gula. Yang ni memang aku admit lah... aku masukkan 2-3 kali je gula tu. Kalau ikut kaedah yang betul, kena masukkan sesudu demi sesudu gula. Itu pun lepas putih telur yang dipukul tu da kembang cantik. Aku pulak, baru je putih telur tu nak berbuih kena pukul, aku da humban gula pulak dalam nya... mau tak mendap meringue aku ahahahahahahaha... Tapi takpe la.. pengajaran kan.. kalau tak buat silap kita tak belajar, dah tu bila nak pandai... betul tak hihi...

2nd attempt, alhamdulillah jadi. Tapi aku bakar dua kali meringue tu. Maksudnya satu adunan, aku buat 2 disk. Alhamdulillah setelah berguru betul2 dengan internet, menjadi juga la aku punya meringue tu... antara blog2 yang jadi rujukan aku ialah blog my-mintroom, salam2benua, dan last but not least Joy of Baking. Resepi aku ikut Joy of baking, tips2 semua tu aku tengok kat blog2 lain... 

Sampai la hari kejadian i.e IEF Syawwal Gathering 2014, aku pun bawak la pavlova ku. Dari rumah aku cuma sapu whipping cream je dulu, da sampai dewan baru aku letak buah-buahan nya pulak... kang letak buah awal2 tak best pulak jadinya kan... Antara buah yang aku guna strawberry, kiwi, limau, markisa, anggur dan blueberries. Tapi anggur n blueberries tu letak untuk orang dapo je.. tak hidang untuk tetamu hahahaha....



So ini lah dia rupanya pavlova aku masa jamuan raya tu... 


Aku buat 2 biji pavlova, alhamdulillah selesai semua nya dengan cepat dan pantas sekali hahahahahaha

Yang ini tray pertama... selesai...

Tray kedua pun selesai... lagi laju dari tray pertama... alhamdulillah...

Rata-rata aku dengar semua kata sedap pavlova ni... tak hanyir... dan masing2 tanya siapa yang buat. Oleh kerana perjanjian kami semua, takde seorang pun yang reveal siapa yang buat pavlova tu. Kalau ada nak tempah pun kena tempah melalui opis je la lepas ni hahahahahaha....


Wednesday, August 20, 2014

Semot menyerang keretaku....

Friday last week aku park kete sebelah pokok mangga depan tadika... eh salah.. hari kamis minggu lepas sebenarnya aku park situ.. jadi jumaat aku bawak kete nak gi keje, banyak la semut2 merayau2 dalam dan luar kete aku... mula aku tak kisah sebab dalam pikiran ni kata nanti semot tu lari la kan..

Hari sabtu balik dari open house aku boleh ter parking kete kat sebelah pokok yang sama.. tapi bukan salah aku pun.. masa tu takde pilihan dah, itu je parking space yang available huhuhuhu... dah tu aku biar je kete kat situ sampai la hari isnin hahahaha... nak gi keje pagi aku tengok semot da berkeliaran dengan senang lenang kat kete aku... adoii geli betul la tengok semot banyak2...

Jadi semalam lepas kerja aku dgn intan gi kedai utk beli umpan semot. Kat rumah kami memang selalu guna umpan semot ni.. memang berkesan la... tapi geli sket tau sebab bila semot2 da berkumpul dalam tu.. eiiii tak dapat nak bayangkan dia punya mengemut2 tu... 

Picture credit to Google.com
Aku selalu guna FAMILY ANT BAIT. Dedulu beli kat Tesco, tapi semalam aku tak gi Tesco. Kami tukar pegi beli kat AEON Big Wangsa Maju. Harga sama je aku rasa... Kat Tesco murah sepuluh sen kut.. Harga semalam utk satu pack macam dalam gambar tu (ada 2 umpan) RM9.90. Tengok kat resit harga sebenar dia RM10.90, after less baru dapat RM9.90 tu. Maknanya mahal la harga benda ni kat aeon big...


Picture credit to Google.com
Awal-awal dulu kami guna ni sebab da tak tahan dengan semut yang asik bermaharajalela kat dapo. Pantang lepa sket mesti bersemut... air suam pun kalau tinggalkan kejap, mesti ada semot lepas tu.. tensen. Nak sembur ridsect ke sheildtox ke bahaya pulak kan... penah gak guna afi hanif tu.. berkesan gak la.. tapi kejap je.. ilang je bau afi hanif tu, dia pun datang la semula. Last2 kitorg try guna benda ni.. alhamdulillah nampak berkesan. Semot hilang dalam jangka masa yang lamaaaaaaaaaaaaaa. 

Tapi benda ni amik masa sket la nak nampak kesan tu.. letak sehari memang ada lagi la semot.. malah korg akan nampak semot extra banyak yang datang mengerumun umpan ni.. tapi lepas 3-4 hari.. semot hilangggggggggggggg....

Jadi malam semalam balik je dari aeon big, aku dgn intan terus letak 2 skali umpan ni. Satu kat dashboard, satu lagi kat seat tengah. Kete aku ada 3 row... 1st row, driver seat n co-pilot, 2 row seat biasa, 3 row pun sama hahahahahahaha. Peningkan? Senang kata aku pakai MPV.. so korg bayang je la MPV punya seat hahahahaha... So, pagi ni masa nak gi keje, aku jengah kejap kat kete aku tu sambil nak amik kasut keje (hari ni aku naik kete intan). Tengok2 aiiiyaaaa banyak gilos semut berkerumun kat umpan tu.. harap2 berkesan la.. pastu aku nak gi basuh kete la.. suh vacum bersih2 dalam kete aku tu.. haduiii... tensen!