Tuesday, September 30, 2014

Silaturrahim

Hari ni nak cerita pasal silaturrahim...

Awal tahun hari tu, aku  bertemu semula seorang sahabat lama di FB... mula tu gembira la bertanya khabar... kan main beriya lagi dia kata rindu kat aku dan kawan2 lain.. pastu siap cakap aku la satu2 nya kawan masa sekolah yang dia contact... bla bla bla... dan aku, sebagai kawan yang menghargai, cuma senyum dan mengiyakan aje.

Selang enam bulan lepas tu, aku try la bertanya khabar... takde niat lain pun... kawan kan.. tanya kabar kawan.. tapi dia tak balas-balas msg aku. Tak tau la apa masalahnya. Aku pun ignore je la, dah orang tak nak jawab... 

Tup-tup, sabtu lepas aku dpt msg dr dia... Bukan msg bertanya khabar atau menjawab khabar yang aku hulur enam bulan lepas, tapi... msg nak ajak aku join bisness dia... WTH. Aku kecewa gila dengan perangai kawan-kawan yang macam ni. Series aku tak pernah rasa kecewa mcm ni tapi perbuatan dia tu betul2 buat aku rasa menyampah n terhina. 

Tak boleh ke kalau berkawan dengan niat yang ikhlas? Susah sangat ke? Ni ko berbaik-baik dengan aku sekadar untuk melebarkan sayap bisness ko je... baik tak payah. Tak payah nak exaggerate kata ko rindu kat aku pung pang pung pang bagai...

Awal-awal jumpa kat FB dan dia kata rindu kat aku semua tu, aku memang rasa sangat bertuah la ada kawan macam ni. Maklum la masa skolah dlu kami boleh dikatakan rapat jugak. Tetiba dia buat aku macam ni... aku rasa macam bodoh.. terhina gila... takde nilai ke apa yang dia taip2 (taip la sebab dalam FB je kan.. bukan dia ckp hahahaha) sebelum ni?

Kalau macam ni punya perangai takde kawan pun takpe. Tak jumpa semula pun aku tak rugi... Seriously aku memang tak ramai kawan. Lagi-lagi yang rapat dengan aku... memang boleh dikira dengan jari. Tapi aku hargai kawan aku. Aku tak pandai pura-pura, depan-depan konon rindu sayang.. lepas tu bluekkkk lantak pi la kat ko kan...esok2 kalau ada kepentingan baru cari semulakan. Aku tak suka macam tu. Dan aku pulak jenis tak suka in touch sangat... sesekali bertanya khabar atau berjumpa, itu dah cukup... tak payah nak sms tepon2 hari2.. rimas.. benda baik pun boleh jadi buruk... tu sebab kawan aku ada sikit je... tapi aku simpan diorg dalam hati... 

Kesimpulannya.. untuk semua yang membaca (aku assume ada la yang baca ni kan bhahahahahaha) hargailah kawan-kawan korang seadanya. Jangan la amik kesempatan terhadap kawan-kawan kita... jangan la buat kengkawan rasa terhina dengan perbuatan kita...please...

Picture credit to google.com

Wednesday, September 3, 2014

Pavlova Step by Step

Entry ni sambungan dari entry yang lepas pasal my pavlova ... hihi

Resepi Pavlova yang aku buat seperti berikut (sumber Joy of Baking):

4 biji telur ayam (saiz besar) - ambil putihnya sahaja
200grams (1 cawan) gula castor
1/2 sudu teh essen vanilla (JoB guna pure vanilla extract. Aku takde so guna yang segera je)
1 sudu teh cuka
1/2 sudu makan tepung jagung

Cara-caranya:
Step 1 : Asingkan putih telur dan kuning telur. Pastikan tiada setitis atau secoet atau se apa2 pun telur kuning dalam putih telur tu...
Pastikan juga bekas yang kita nak guna untuk letak putih telur tu bersih dari sebarang anasir2 yang tidak di ingini seperti minyak, air dan lelain nya ya.

Tips: Kata orang kalau nak senang asingkan telur putih n kuning ni simpan telur yang nak digunakan tu dalam peti ais dulu. Lepas tu baru asingkan. Aku pulak, lebih senang guna egg separator yang dah sedia ada hahahahaha.... Ok, pastikan sebelum telur putih dipukul, telur tu berada dalam suhu bilik ye.. kalau sejuk2 nanti tak kembang...

Step 2: Panaskan oven pada suhu 150 darjah.

Step 3: Pukul putih telur dengan menggunakan kelajuan yang tinggi sehingga kembang (rujuk gambar) atau sehingga adunan membentuk soft peaks. 


Step 4: Bila putih telur dah kembang, masukkan gula halus sesudu demi sesudu... (aku masukkan sesudu dan tunggu seminit baru masukkan sesudu lagi). Ingat ya, jangan terburu-buru masukkan gula. Kalau tak nanti meringue kita tu boleh jadi mendap. Kena sabar dan steady... masuk kan sikit-sikit dan pastikan gula betul2 hancur dan sebati dengan putih telur tu.

Tips : Macam mana nak pastikan gula dah hancur dan sebati dengan putih telur tu? Ok senang je, colet sikit adunan dgn jari telunjuk, lepas tu gosok/gesek dengan jari ibu. Kalau masih ada rasa kasar itu maknanya gula belum cukup hancur dan belum sebati. 


Step 5: Terus pukul campuran telur putih dan gula tadi dengan menggunakan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu dan berkilat. Biasanya kalau ikut resepi2 lain diorg panggil bertanduk. Istilah omputeh nya stiff and shiny peaks.


Step 6: Bila adunan dah jadi stiff and shinny macam dalam gambar atas tadi tu, tambahkan vanilla extract. Pukul lagi adunan hingga vanilla tu rata dan sebati.

Tips: Vanilla extract ni tujuannya untuk menghilangkan bau dan rasa hanyir putih telur tu.


Step 7: Kemudian, gaulkan tepung jagung dan cuka ke dalam adunan sehingga rata. Jangan gunakan mixer ya. Cukup sekadar digaulkan dengan spatula atau sudu atau senduk yang bersih.

Tips: Cuka dan tepung jagung ni akan membuatkan meringue kita tu rangup di luar dan lembut (macam marshmallow) di dalam.




Ini adunan yang telah siap untuk dibakar. Letakkan adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking sheet. Ikut suka la nak buat bentuk apa pun tapi kebiasaannya orang akan buat bentuk bulat.

Kalau ikut cara JoB, satu adunan ni dia bakar terus untuk jadi sebiji pavlova. Tapi aku bahagi dua adunan ni untuk dapat 2 disk.

Bakar adunan kita tadi tu selama 60 minit dengan suhu 150darjah. Masa membakar tu bergantung pada oven masing-masing ya. ada yang perlu bakar lebih lama. Tapi kena pastikan tak terlebih bakar dan tak terlalu kejap dibakar ya. Kalau oven aku, memang ngam-ngam la macam masa dan suhu yang aku bagitau tu.

Ini meringue yang dah siap dibakar. Nampak berkilatkan. Ok another tips, Untuk elakkan meringue ni merekah, biarkan meringue yang dah siap dibakar tu didalam oven sehingga oven sejuk. Lepas tu baru keluarkan. Kalau ikut pengalaman aku, satu jam atau 60 minit digunakan untuk membakar, dan another 20-30 minutes untuk disejukkan di dalam oven.

Another meringue yang dah siap dibakar dan disejukkan.


Tips: Kita boleh buat pavlova ni dan simpan dalam bekas kedap udara untuk beberapa hari sebelum dihidangkan. Macam yang aku buat masa jamuan raya hari tu, satu adunan aku dah buat awal dua hari sebelum hari jamuan. Dan satu adunan lagi aku buat sehari sebelum jamuan. Aku simpan dalam bekas macam dalam gambar di bawah ni.
2 disk ni aku buat dari satu adunan seperti diatas...



Next entry, aku akan bagitau pasal topping dia pulak ok... tungguuuuuuuuuuuuuu.....

Thursday, August 28, 2014

My Pavlova

Masa bincang-bincang nak buat jamuan raya pejabat mulut aku gatal2 menyebut nak buat pavlova... padahal tak penah skali pun buat pavlova selama ni.. hahahaha. Bila dah terlepas cakap baru rasa menyesal kan.. itu la orang kata sebab mulut badan binasa hahahahahaha...

Tapi sebab aku suka cabaran, maka aku gagahkan diri buat pavlova ni... 1st attempt, meringue aku tak jadi... nampak dia naik elok.. pastu luar dia cantik shining n rangup (based on apa yang nampak la ni). Sekali bila keluarkan dari oven, nak letak topping prakkkkkk runtuh berkecai kulit meringue aku lepas tu pulak isi dalam nya mendap... aduhaiiii.... dan aku sungguh2 terlupa nak amik gambo meringue aku yang berkecai itu... hahahahaha

Dah berkecai tu takkan nak buang kan sebab isi dalam dia yang mendap tu elok tak berkecai... letak je la topping atas isi dalam meringue tu... bawak gi opis, bagi la rasa sorg sikit benda yang tak jadi tu... Orang-orang kat opis aku semua kata ok dah... Masalahnya, diorg tak pernah makan pun pavlova sebelum ni... tu yang masing2 pakat kata sedap dah yang aku bawak 1st time tu hahahahaha.... cuma diorg kata manis yang amat... pavlova memang la manis kan huhuhuhu...

Sepanjang hari tu aku buat research kenapa meringue aku tu jadi macam tu (kenapa meringue aku mendap hahahahaha). Cari punya cari jumpa la satu blog ni, dia ada bgtau nape meringue boleh jadi mendap. Antara sebabnya, terlalu cepat masukkan gula. Yang ni memang aku admit lah... aku masukkan 2-3 kali je gula tu. Kalau ikut kaedah yang betul, kena masukkan sesudu demi sesudu gula. Itu pun lepas putih telur yang dipukul tu da kembang cantik. Aku pulak, baru je putih telur tu nak berbuih kena pukul, aku da humban gula pulak dalam nya... mau tak mendap meringue aku ahahahahahahaha... Tapi takpe la.. pengajaran kan.. kalau tak buat silap kita tak belajar, dah tu bila nak pandai... betul tak hihi...

2nd attempt, alhamdulillah jadi. Tapi aku bakar dua kali meringue tu. Maksudnya satu adunan, aku buat 2 disk. Alhamdulillah setelah berguru betul2 dengan internet, menjadi juga la aku punya meringue tu... antara blog2 yang jadi rujukan aku ialah blog my-mintroom, salam2benua, dan last but not least Joy of Baking. Resepi aku ikut Joy of baking, tips2 semua tu aku tengok kat blog2 lain... 

Sampai la hari kejadian i.e IEF Syawwal Gathering 2014, aku pun bawak la pavlova ku. Dari rumah aku cuma sapu whipping cream je dulu, da sampai dewan baru aku letak buah-buahan nya pulak... kang letak buah awal2 tak best pulak jadinya kan... Antara buah yang aku guna strawberry, kiwi, limau, markisa, anggur dan blueberries. Tapi anggur n blueberries tu letak untuk orang dapo je.. tak hidang untuk tetamu hahahaha....



So ini lah dia rupanya pavlova aku masa jamuan raya tu... 


Aku buat 2 biji pavlova, alhamdulillah selesai semua nya dengan cepat dan pantas sekali hahahahahaha

Yang ini tray pertama... selesai...

Tray kedua pun selesai... lagi laju dari tray pertama... alhamdulillah...

Rata-rata aku dengar semua kata sedap pavlova ni... tak hanyir... dan masing2 tanya siapa yang buat. Oleh kerana perjanjian kami semua, takde seorang pun yang reveal siapa yang buat pavlova tu. Kalau ada nak tempah pun kena tempah melalui opis je la lepas ni hahahahahaha....


Wednesday, August 20, 2014

Semot menyerang keretaku....

Friday last week aku park kete sebelah pokok mangga depan tadika... eh salah.. hari kamis minggu lepas sebenarnya aku park situ.. jadi jumaat aku bawak kete nak gi keje, banyak la semut2 merayau2 dalam dan luar kete aku... mula aku tak kisah sebab dalam pikiran ni kata nanti semot tu lari la kan..

Hari sabtu balik dari open house aku boleh ter parking kete kat sebelah pokok yang sama.. tapi bukan salah aku pun.. masa tu takde pilihan dah, itu je parking space yang available huhuhuhu... dah tu aku biar je kete kat situ sampai la hari isnin hahahaha... nak gi keje pagi aku tengok semot da berkeliaran dengan senang lenang kat kete aku... adoii geli betul la tengok semot banyak2...

Jadi semalam lepas kerja aku dgn intan gi kedai utk beli umpan semot. Kat rumah kami memang selalu guna umpan semot ni.. memang berkesan la... tapi geli sket tau sebab bila semot2 da berkumpul dalam tu.. eiiii tak dapat nak bayangkan dia punya mengemut2 tu... 

Picture credit to Google.com
Aku selalu guna FAMILY ANT BAIT. Dedulu beli kat Tesco, tapi semalam aku tak gi Tesco. Kami tukar pegi beli kat AEON Big Wangsa Maju. Harga sama je aku rasa... Kat Tesco murah sepuluh sen kut.. Harga semalam utk satu pack macam dalam gambar tu (ada 2 umpan) RM9.90. Tengok kat resit harga sebenar dia RM10.90, after less baru dapat RM9.90 tu. Maknanya mahal la harga benda ni kat aeon big...


Picture credit to Google.com
Awal-awal dulu kami guna ni sebab da tak tahan dengan semut yang asik bermaharajalela kat dapo. Pantang lepa sket mesti bersemut... air suam pun kalau tinggalkan kejap, mesti ada semot lepas tu.. tensen. Nak sembur ridsect ke sheildtox ke bahaya pulak kan... penah gak guna afi hanif tu.. berkesan gak la.. tapi kejap je.. ilang je bau afi hanif tu, dia pun datang la semula. Last2 kitorg try guna benda ni.. alhamdulillah nampak berkesan. Semot hilang dalam jangka masa yang lamaaaaaaaaaaaaaa. 

Tapi benda ni amik masa sket la nak nampak kesan tu.. letak sehari memang ada lagi la semot.. malah korg akan nampak semot extra banyak yang datang mengerumun umpan ni.. tapi lepas 3-4 hari.. semot hilangggggggggggggg....

Jadi malam semalam balik je dari aeon big, aku dgn intan terus letak 2 skali umpan ni. Satu kat dashboard, satu lagi kat seat tengah. Kete aku ada 3 row... 1st row, driver seat n co-pilot, 2 row seat biasa, 3 row pun sama hahahahahahaha. Peningkan? Senang kata aku pakai MPV.. so korg bayang je la MPV punya seat hahahahaha... So, pagi ni masa nak gi keje, aku jengah kejap kat kete aku tu sambil nak amik kasut keje (hari ni aku naik kete intan). Tengok2 aiiiyaaaa banyak gilos semut berkerumun kat umpan tu.. harap2 berkesan la.. pastu aku nak gi basuh kete la.. suh vacum bersih2 dalam kete aku tu.. haduiii... tensen!



Tuesday, August 19, 2014

Alam Ria PASTI

Kakak dah besar... sob sob sob... rasa macam tak boleh terima hakikat kakak dah sekolah.. dah masuk pertandingan nasyid.. jadi solo utama pulak tu... owh kakak dah besar... 

Oh oooo.. dah la tu tak yah nak melankolik sangat kan... kena la terima hakikat kakak dah besar hihii.. Ni kisah minggu lepas. Kakak jadi wakil sekolah dia masuk pertandingan nasyid masa hari ALAM RIA PASTI cawangan Kota Melaka. 


Alhamdulillah... kumpulan nasyid Pasti As-Sharifah dapat tempat pertama... Kata ibu, kakak nyanyi Selawat Ya Badratim. Ingatkan dia nyanyi lagu MATI sebab asal makngah balik kampung je mesti dia menyanyi lagu tu duet dengan adik... skali bila bertanding nyanyi lagu lain... Tak kisah la kakak, asal menang ye tak hihi...

I'm proud of you kakak... sekarang dah makin berani kehadapan. Kalau dulu, malu2 je dia kalau kita suruh buat apa2. Sekarang ni da boleh jadi ketua... dah boleh nyanyi atas pentas... dah ada keyakinan diri.. good job... 

Yang hujung skali berbaju hijau turquoise tu rasanya macam kawan aku satu skolah menengah dulu... da jadi ustaz da kawan aku hihi.. bagus2. Aku gak yang sama je terejal dari sekolah sampai sekarang ni hahahahahaha

Hadiah kakak... JOHAN.. ish.. sob sob sob... (makngah yang over hahahahahaha)

Anak dara kami dah besar... adik tak masuk bertanding sebab adik baru 4tahun... tahun depan baru adik sekolah penuh.. boleh la adik join bertanding sekali... Bila pakai tudung bawal ni, nampak macam dewasa sangat budak berdua ni... 

Buah hati kami... ni la 3 orang pengarang jantung kami... belum ada tambahan lagi.. bukan merancang pun tapi belum ada rezeki... kakak dah 6 tahun... bulan 10 nanti, adik dengan ulwan masing2 sambut birthday yang ke 4 (adik) dan 2 (ulwan). Ulwan pun dah pandai sekarang ni.. bila kakak dengan kak adik dia nak gi sekolah, dia da tak meraung nak ikut.. dia da tau kakak2 dia nak gi sekolah... dia tunggu kat rumah dengan ibu... Emm adik kadang2 kami bahasakan dia dengan ulwan kak nini.. kadang2 kak ani.. kadang2 kak adik.. Tapi biasanya adik akan bahasakan diri dia 'adik' dengan ulwan dan dengan sapa2 saje.. dia da selesa dengan panggilan adik tu sampai susah nak ubah.. Pernah jugak kami cakap dengan dia tak nak panggil adik lagi.. panggil kak ngah.. dia tak nak.. dia kata dia adik hahahahaha....  

Wednesday, August 13, 2014

Kawen Cerai : Ingat benda main-main ke?

Tah la... tak faham aku dengan orang-orang zaman sekarang ni. Kawen cerai macam main pondok-pondok. Suka-suka nak kawen, kawen. Tak de nak pikir-pikir lagi. Selagi tak dapat kawen tu, macam terdesak sangat.

Masa bertunang je dah mcm menikah punya majlis... tu belum lagi part amik gambo... pre-marriage la post marriage la phuiii...

Kawen pulak bukan kecik-kecik punya majlis. Nak buat grand-grand, ada itu ini semua la. Sanggup tu berhutang asal masa kawen nampak 'happening' dan glemeres sangat. Tup-tup, 4-5 tahun lepas tu ceraiiii... itu kira lama gak tu.. ada yang tak sampai pun 2 tahun da cerai... apa kes korang ni..

Picture credit to Google.com
Pastu pulak... tak dan abis eddah dah ada boipren segala... abis je edah, cukup2 je abis edah terus nak menikah lagi.. aiyyoooooo gila express. 


Aku bukan nak mengata orang sangat. Tapi aku duk bagi peringatan kat diri sendiri gak ni... aku yang tak kawen-kawen ni sibukkkkkkkkk di suruh kawen... tak payah nak sibuk sangat lah suruh2 orang kawen.. aku tau la bila nak kawen nanti.. dah duk situ dendiam bhahahahahahaha....

Ingat kawen2 ni boleh buat suka-suka ke... kadang2 bila aku tengok keliling... aku jadi ngeri tau... haishhh 
kawen cerai bagi orang-orang zaman ni bukan perkara yang serius kalau di perhati-perhatikan. Macam seolahnya orang lain beli kereta, aku pun nak ada kereta. Mampu tak mampu itu lain cerita janji aku nak beli kereta macam orang lain. Macam tu la aku rasa orang-orang muda zaman ni berfikir pasal kawen nih... 

Oleh kerna aku ni da masuk 3 siries, aku da tak boleh nak fikir as simple as orang-orang muda zaman ni berfikir. Jadi kawen, belum masuk senarai wajib lagi bagi aku sebab aku ngeri hahahahahaha....

Eh tapi bukan la maknanya aku tak suka kawen.. aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat kawen2 ni. Sunnah kan... tak baik pulak nak menidakkan fitrah seorang manusia... 

Kesimpulannya, kahwinlah wahai orang-orang muda dan mereka-mereka yang nak berkahwin. Kawen tu biarlah dengan niat yang betul, bukan sebab nafsu semata atau sebab suka-suka nak ikut trend kawan2 kawen awal atau apa2 sebab yang dirasakan tidak akan dapat membantu kelansungan perkahwinan tu. Belajarlah ilmu rumah tangga, bukan hanya yang tersurat, tersirat malah yang tersiat2 pun kena belajar... 

Picture Credit to Google.com

membebel-bebel : sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja.

Friday, August 8, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Aci je la kan ucap selamat on 12 syawal hahahaa.... tak sempat la nak update blog.. busy seperti selalu...
Tengok je la ek gambo2 mana yang sempat di edit nih... tak banyak pun gambo nya.. maklum la.. aku ni Cinderella, semanjang duk ceruk dapo huhuhuhu... Gambo2 yang ada ni pun masa jamuan raya keluarga Hj. Abdul Rahman on raya ke 3. Tuan rumah kali ni pak itam ktorg..tahun depan, kalau umo panjang, mak aku pulak jadi tuan rumahnya...


Malam tu ada la beberapa acara kami buat... satu cabutan bertuah a.k.a tukar2 hadiah. Yang ni diwajibkan kepada semua adik beradik mak aku. Anak2 buah yang dah kerja2 ni optional la..nak bg pun boleh.. so aku dapat la hadiah tupperware tu... hadiah tu kaklong yang bagi, dapat semula pada aku hahahahahahaha

Ni namanya gambo dalam gambo... gambo asal anak tiri pakcik aku tu yang snap... oleh kerna kamerawoman kami pun nak enter frame, takde la gambo yang senonoh.. dapat la gambo gini hahahaha...


Acara seterusnya pertandingan anyam ketupat... ni aku selaku urusetia, malas la nak join skali.. kang sebok aku nak menganyam, sebok la nak tanya itu ini... jadi sementara tgu diorg settle anyam sorg 3 biji ketupat, aku buat2 la jugak sebijik.. tu pun tak sempat siap da kena tarik nak bg keputusan hahahahaha....

Hah! korang ni! pandai tak anyam ketupat hihi... saje la tanya... bukan pasal apa, ramai je yang aku kenal tak pandai anyam ketupat... rugi tu seni ni kalau tak diteruskan.. sapa2 nak belajar meh la aku tolong ajo kan.. nak? nak? nak? 

Last but not least, kami... macam biasa la anak2 dara berposing selepas acara hihi...