Percubaan pertama aku masak labu masak lemak nih... Dulu beli labu simpan dalam fridge sampai labu tu rosak sebab tak berani nak masak.. Kali ni beli lagi labu.. dan kuatkan semangat... tadaaaaaaaaaaa jadilah labu masak lemak nih hehehehehehe
Walaupun tak berapa nak cukup bahannya.. tapi untuk percubaan pertama ni dah kira bagus sangat dah (masuk bakul angkat sendiri kehkehkeh). Aku masak tak banyak mana pun, untuk dua orang makan. Tapi bila da siap masak.. jadi mcm banyak pulak...Sayang takut basi sebab ada santan kan.. pagi sebelum gi keje aku panaskan dengan harapan bila balik nanti bole la buat santapan makan malam... Petang balik keje tengok eh elok lagi sayo ni... panas skali lagi.. da jadi lauk makan malam kami hari tu
Sayo labu ni aku padankan dengan ikan selar kuning dan ikan tongkol goreng garing... sambal belacan dan keropok ikan... Makan masa panas2 memang sedap nyummm nyummm...
Resepi aku amik dari blog che mat gebu... Terima kasih sangat2 kat che mat gebu sebab aku slalu rujuk blog dia untuk resepi2 lauk pauk ke.. kuih muih ke.. blog tu kira macam buku rujukan aktiviti memasak aku hehe :D
Resepi Labu Masak Lemak
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, kupas dan potong kiub besar2
10-12 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan (aku tak letak)
1 helai daun kunyit, disiat (tak letak gak sebab takde stok hehe)
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan labu ke dalam periuk bersama
bawang besar, bawang putih, udang kering, serai dan santan cair. Kacau
rata dan masak hingga mendidih. Bila labu sedikit lembut, masukkan
kacang panjang dan daun kunyit. Jika perlu tambah sedikit air.
- Tuang pati santan, masukkan serbuk
kunyit dan lada hitam. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya
dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan
dikacau selalu. Masak sekejap, bila labu lembut, rasa dan jika ok boleh
matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, nasi hangat dan ikan
masin/ikan goreng.
Note : oleh kerna aku cuma guna 1/4 biji labu saiz kecik... maka bahan2 masakannya pun ada yang aku kurang2 kan mengikut kesesuaian... tapi resepi ni memang best...kena dengan selera tekak aku la kira nya :D