Friday, January 11, 2013

Tolong periksa di mana anak-anak atau pelajar-pelajar anda?

Tolong lah.. mak ayah.. cikgu cikgi.. tolong periksa kat mana anak-anak atau murid-murid korang sekarang ni JUMAAT 1:46PM. Tolong sesekali buat spot check kat budak2 ni.. jangan biar macam tu je lepas tangan... letih la aku.. letih tau tak... 

Hari-hari jumaat yang mulia ni pegi la duduk dalam masjid dengar khutbah... ni tak.. dia pegi melepak belakang opis aku isap rokok.. macam tenuk perangai sekor2.. aku rasa tenuk pun tak teruk macam tu taw tak.. perangai tenuk tu aku rasa la lagi baik dari budak2 skolah lelaki yang tak pegi solat jumaat pastu merokok kat belakang opis orang lain. 

Tadi skali aku da pegi halau.. eh dia datang lagi.. ni aku halau skali lagi.. kalau kejap lg aku tgk ada gak yang datang lagi.. siap sekor2 aku baling dengan batu. Kalau ko rasa tak boleh nak dengar khutbah kat masjid UIA ni.. sila pegi masjid lain.... Masjid UIA memang tak guna bahasa melayu untuk khutbah dia.. sepanjang-panjang aku kat sini.. memang boleh dikira berapa kali je khatib baca khutbah dalam bahasa melayu... most of the time memang dalam bahasa Arab dan Inggeris. Jadi.. cikgu cikgi sila suruh anak-anak murid anda pegi solat kat masjid lain.. jangan nak semak kat belakang opis aku ni ramai2 isap rokok! 

Dah la sekor2 perangai biadap! Spende pun mak bapak belikan ada hati nak isap rokok! Eh rasa nak menyumpah je!!!!!!!!! 

Sakit nya hati aku.. eiiiiiii... yang security pun satu.. dah berapa kali aku komplen pintu mini audi tu tak berkunci.. pegi la tengok.. kunciiiiiiiiii. Ni tadi aku tengok.. selak2 kat pintu tu semua da macam haremmm. Da tanggal2 da.. tak bleh nak guna satu pun... mana la budak-budak ni tak dapat ceroboh masuk.. 

Ya Allah.. sabor je le aku.. nasib baik time aku taip benda ni bilal bersuara merdu tengah iqamah.. sejuk sket hati aku.. Jap lagi aku nak call security lagi... kali ni nak cakap dengan bos dia plak kasi tengok sikit tempat tu....

No comments: