Tuesday, January 15, 2013

Orang Berkereta Besar, Berotak Kecik Seperti Burung Unta

Pagi tadi masa aku lepas solat subuh... terdengar bunyi hon kereta beberapa kali. Tapi aku buat tak tau je la sebab rumah aku kan betul-betul depan jalan raya. Pastu pulak ada trafik light, jadi aku assume ada la yang terlelap kat trafik light tu agaknya. 
 
 Bila aku da siap berkemas nak gi keje, aku pun bukak la tingkap bilik. Tup-tup aku ternampak pemandangan macam dalam gambo tu... Bilik aku memang menghadap ke tempat parking kereta.. anything happen kat situ memang boleh nampak jelas dari tingkap bilik ni... Jadi terus aku tukar assumption aku bunyi hon pagi tadi tu rupanya bunyi hon kete viva yang tersepit kat tengah2 tu.. sian dia tak bleh keluar nak gi keje huhuhu...

Untuk pengetahuan korang, kereta dalam bulatan merah dalam gambo kat atas tu.. tak sepatutnya diletakkan di situ. Itu bukan tempat parking. Yang kereta merah tu pun sama. Kat tengah tu cuma boleh parking 4 buah kereta sahaja. Yang paling mengganggu tentunya kereta dalam bulatan merah tu... bukan takat Viva tu je yang tak bole keluar... tapi kereta2 yang parking kat tepi2 tu pun susah nak keluar sebab dia dah menyengkang kat situ. Mengganggu jalan orang lain... memang sangat menyusahkan.

 
  Korang nampak anak panah merah tu... Ada satu nota ditinggalkan kat situ... aku tak ingat perkataan sebenar tapi lebih kurang "tolong beradap sikit, jangan la halang kereta orang lain". Macam tu la mafhum ayatnya hhuhuhu..Masa aku turun cuma ada nota kat kete beso tu.. bila Intan pulak turun, da ada additional note..kali ni kat kete merah tu pulak hahahaha... Tapi sopan santun betul ayat budak tu bagi warning.. kalau aku da penuh gambo :@) gaknya kat kete dan kertas2 nota itewwww hahahahaha...

Menurut Intan, budak tu tak dapat keluar sampai la Intan keluarkan kete dia utk gi keje tadi.. kete intan Viva yang sebelah tu.. bila kete intan takde baru la budak tu dapat gi keje.. kena pulak hari ni si Intan gi keje lambat... budak tu pun lagi la lambat gak nya huhuhuhu... Kesian.. kalau dapat bos yang memahami macam aku ni (perasannnnnnn) takpe la jugak kan.. tapi kalau dapat bos yang garang.. naya kat budak tu nak menjawab...

Macam tu la yang slalu jadi kat kawasan rumah aku ni.. yang paking main suka ati mak bapak dia... yang halang kereta orang lain satu hal.. yang parking kat tempat dah sah2 tak boleh parking lagi.. kadang memang kesian taw.. macam takde akal... nak kata takde otak membohong pulak kan.. otak dia ada tp akal takde.. tu sebab jadi cenggitu... huhuhu

No comments: