Friday, March 29, 2013

Bottle Hunting

Semalam lepas meredah jem pegi dan balik dari Shah Alam... aku terus gi amik kaklong dan Ulwan. Ktorg nak gi mencari botol susu untuk Ulwan. Kena cepat masuk ke bangunan sebab time tu da nak Maghrib... pantang nya tak bleh berkeliaran di luar bangunan dari Maghrib hingga Isyak, jadi kena la cecepat sampai ke destinasi. Masuk je kereta terus tanya kaklong nak ke mana... JJ Wangsa Maju (Alpha Angle) aku rasa macam tak penah nampak Philips Avent punya product.. Kalau gi Carefour Wangsa Maju ada la outlet Anakku... kaklong pulak kata kat Anakku takde benda tu... Last2 aku terus drive gi JJ AU Setiawangsa... situ luas sikit kan.. mesti banyak pilihan....

Betul-betul maghrib masa kami masuk dalam bangunan JJ tu.. kira selamat sikit la kan :D... Lepas tu terus gi solat... n cari botol susu... nasib baik gak la senang nak carik.. naik tingkat satu terus nampak sign Philips Avent... terus je la tuju kat situ..

Mula kaklong macam teruja nak beli yang ni... sebab bentuk teats tu kan macam ehem2 mak2 kan hahahaha... katanya Ulwan da tak berapa nak breast feed.. tu yang dia nak try guna bentuk ni.. mana la tau Ulwan terminat semula nak di breast feed huhuhuu...
Lepas tengok2 botol ni.. kaklong tak jadi nak beli sebab kena guna 'ring'. Susah sikit kalau ada ring ni sebab nanti kalau tertinggal ke hilang ke da tak boleh nak guna botol tu... nanti tak pasal2 berterabur pulak susu dari botol... jadi walaupun bentuk teats dia tu cantik dan menarik hati.. kami tak jadi la beli...
Ni la rupa ring nya.. botol lama Ulwan memang ada benda ni.. masa mula2 dulu kami ingat takde function hahaha. Saja-saja la tak letak masa bancuh susu.. haa sekali abis susu tumpah... baru la tau kegunaan ring ni... jadi untuk botol seterusnya ni.. kaklong tak mo la yang ada ring... leceh.


Pilih lain... last2 kaklong beli yang ni.. botol jernih.. yang jenis kena guna ring ni..dia punya botol mcm keruh sket warna nya.. kalau ikut istilah nya milky hue color... nampak mcm da uzur tapi botol tu memang kaler cenggitu hahahahaha. Yang tak yah ring, botolnya jernih.. itu kata kaklong la. Aku bukan reti sangat pun.. Pada aku kalau da suka, bajet pun ada, apa tunggu2...beli jek la kan hahahahahaha....

Harganya semalam standard la dengan tempat2 lain dan jugak harga di internet. Tapi sebab JJ ada sale, maka dapat la kami 20% less... dari RM97++ jadi dlm RM70++ untuk dua bottles tu. Beli sekotak tu je la da cukup.. sebelum ni pun botol Ulwan 2 je.. botol sampingan untuk air zam-zam tu tak kira la kan.. tapi untuk susu dia memang dua je hihi.. Kali ni pun rasanya cukup ni sebab bottle ni besar sket.. 9oz... sekali bancuh susu da kenyang.. kalau tak kena 2 kali bancuh baru dia kenyang.. Ulwan da makin tembam sekarang nih.. ish ish geram rasa nak gigit2 hahahaha...


Pic :: Credit to google.com

Wednesday, March 27, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Tak sabar nak tunggu sabtu ni... nak gi bercuti2 Malaysia dengan family... tak jauh pun destinasi kami, kat Kuala Linggi, Melaka je hihi. 

Aku dah booked tempat penginapan di Desa Balqis, Kuala Linggi. Aku tak pernah pegi tempat ni, tapi kaklong kata tempatnya menarik. Kaklong pernah join family day sekolah dia kat situ, jadi dia cadangkan buat family day ktorg kat tempat sama. Dah usulkan pada Pokko tapi takde feed back hahaha. Jadi kami pergi la dulu kan, survey tempat la kunun2 nya ni hihihi.

Kalau ikut website Desa Balqis tu, tempat nya sangat menarik la pada pandangan mata aku. Ada pool dan laut, pastu tempat kediamannya pulak style rumah kampung dulu2. Dalam gambo memang menarik la rumah2 tu. Ada macam2 jenis rumah... yang paling besar rumah Pak Long. Rumah ni ada 3 bilik siap dengan queen size bed, ada foyer, kitchen and dining room and boleh muat dalam 7 - 10 orang sekali. Harga semalam untuk rumah Pak Long ni RM550 which aku rasa ok la untuk rumah yang macam tu. 

Ni rumah Pak Long (Pic Credit to : www.desabalqis.com)

Mula memang aku plan nak sewa rumah Pak Long sebab kitorg 8 orang dewasa dan 3 orang kanak2. Jadi selesa la sikit kan. Sekali bila aku call semalam, rumah Pak Long tu da takde kekosongan untuk cuti hujung minggu sehingga raya nanti hahahaha.. gila lama kan. Then aku tanya la rumah mana yang ada lagi dan yang sesuai untuk jumlah kami. They suggest rumah Mama. Aku insist jugak kata kami 8 orang dewasa boleh ke masuk rumah Mama tu sebab dia cuma ada 2 bilik, 1 queen bed dan 1 lagi single bed. Macam kecik je kan. Tapi orang tu kata boleh, kalau nak tdo bleh je bentang toto and diorg akan bg extra tilam nanti.Rumah Mama ni harga untuk satu malam RM400 sahaja. Lengkap la semua macam sebuah rumah. Ada living room, kitchen, dining room, peti ais dan mesin basuh sekali hahahaha. 

Ni la rupa rumah Mama (Pic credit to : www.desabalqis.com)

Rasanya itu je yang bleh aku beritahu pasal Desa Balqis buat masa ni. Nanti lepas hari kejadian baru bleh update lelebih dengan gambar yang lebih realllllllll lagi ya hahahaha..... Yang penting ada kolam ada laut bleh mandi... mesti anak2 bertiga tu tak nak naik ke darat hihi...

Tuesday, March 26, 2013

Kerana Lelaki Itu


Aku tengah ikut drama ni setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30pm di TV9.
Mula-mula tengok ingat ada kut Anuar Zain ke.. atau lagu dia ke.. tapi rupanya aku tertipu hahahaha... bila da sekali tengok mesti la nak tengok lagi dan lagi dan lagi kan... 

Untuk yang tak pernah tengok atau terlepas tengok mana-mana episod, bleh bukak website TV9 dan tengok la kat situ. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok apa jadi dengan Azzah sebab antara ramai2 watak dalam cerita ni.. aku rasa watak dia yang paling jahat (kalau aku boleh istilahkan begitu). Orang macam ni, kalau dalam kehidupan sebenar kita memang ada... dan diorg ni la yang paling bahaya sekali. Jahat tp tak nampak kejahatannya huhuhu... Well, tahniah kepada pelakun watak Azzah tu sebab berjaya buat aku menyampah kat Azzah :D.

Synopsis kat bawah ni, aku copy dari web TV9...

Synopsis:

Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi (Fikhree Bakar) bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri (Riz Amin)i dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalahmenjadi kecurigaan kepada para media. Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’ yang bakal disiarkan pada 26 Februari ini dan dolakonkan oleh Zarina Zainoordin, Rizz Amin, Fikhree Bakar, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib.



Pic :: Credit to Google
Synopsis :: Credit to TV9

Thursday, March 21, 2013

1920

 Semalam tengok cite 1920 : Evil Returns kat utube. Cite hantu hindustan. Ingatkan sambungan cite 1920 yang ni 1920 (2008) tapi rupanya lain....Yang sama cuma zaman cerita tu berlaku... tahun 1920...  Aku suka je janji cite hantu dan tak terlalu bodo untuk di tonton sampai habis :D...

Ada satu lagi aku suka pasal cite 1920 : Evil Returns ni... sebab banyak sangat diorg guna kaler Teal.. cantik sungguh la kaler tu.. haduiii terus rasa nak gi kedai kain cari kain kaler tu bnyk2 hahahaha.. pastu aku suka tengok hero dia :"> (malu tau hihi). Dia tak hensem sangat pun, badan pun takde la sasa macam Salman Khan tu... tapi aku suka tengok dia... Nama dia Aftab Shivdasani, lepas aku gugel...baru la terjawab persoalan... dia ni mix india dengan iran... patut muka cam arab2 sket.. 

Lagu2 dalam cite ni pun ok.. bukan la macam typical hindi songs yang selalu kita dengar... And takde la adegan seksi2 sangat dalam cite ni kecuali masa part akhir.. time credit2 tu.. tang tu tak yah la tengok ye dak huhuhu....

Untuk sinopsis cite 1920 : Evil Returns tu korg bleh baca kat http://en.wikipedia.org/wiki/1920:_Evil_Returns

Yang ni plak cite 1920 (2008) tu.. cite ni ponnnnnnnn best. Yang paling best aku rasa rumah tu kut.. suka la rumah cenggitu walaupun macam ngeri...

1920 ni aku tak ingat sangat dah.. lama dah tengok cite ni.. tapi masih cite dendam pencinta jugak la. Lain sket dari yang 1920 : Evil returns tu. Yang tu lebih kepada dengki. 1920 ni pulak lebih pada cinta dan pengkhianatan... korang baca sendiri sinopsis kat sini ya http://en.wikipedia.org/wiki/1920



Pic :: Credit to Wikipedia

Tuesday, March 19, 2013

Hey guys....

Assalamualaikum semua...

hehe... lama tak jengah sini.. busy sket lately nih.. busy dengan keje... busy dengan hal untuk diri sendiri... busy dengan hal keluarga... memang tak sempat nak update. Hari ni sebelum mula keje2 sume.. aku try taip sket la kat sini... tapi nak taip apa ek...

eh aku rasa tu je la aku nak taip hahahaha.. nanti kalau ada masa len kali.. aku taip lagi eh hahahahahahaaaaaaa babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii