Wednesday, March 27, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Tak sabar nak tunggu sabtu ni... nak gi bercuti2 Malaysia dengan family... tak jauh pun destinasi kami, kat Kuala Linggi, Melaka je hihi. 

Aku dah booked tempat penginapan di Desa Balqis, Kuala Linggi. Aku tak pernah pegi tempat ni, tapi kaklong kata tempatnya menarik. Kaklong pernah join family day sekolah dia kat situ, jadi dia cadangkan buat family day ktorg kat tempat sama. Dah usulkan pada Pokko tapi takde feed back hahaha. Jadi kami pergi la dulu kan, survey tempat la kunun2 nya ni hihihi.

Kalau ikut website Desa Balqis tu, tempat nya sangat menarik la pada pandangan mata aku. Ada pool dan laut, pastu tempat kediamannya pulak style rumah kampung dulu2. Dalam gambo memang menarik la rumah2 tu. Ada macam2 jenis rumah... yang paling besar rumah Pak Long. Rumah ni ada 3 bilik siap dengan queen size bed, ada foyer, kitchen and dining room and boleh muat dalam 7 - 10 orang sekali. Harga semalam untuk rumah Pak Long ni RM550 which aku rasa ok la untuk rumah yang macam tu. 

Ni rumah Pak Long (Pic Credit to : www.desabalqis.com)

Mula memang aku plan nak sewa rumah Pak Long sebab kitorg 8 orang dewasa dan 3 orang kanak2. Jadi selesa la sikit kan. Sekali bila aku call semalam, rumah Pak Long tu da takde kekosongan untuk cuti hujung minggu sehingga raya nanti hahahaha.. gila lama kan. Then aku tanya la rumah mana yang ada lagi dan yang sesuai untuk jumlah kami. They suggest rumah Mama. Aku insist jugak kata kami 8 orang dewasa boleh ke masuk rumah Mama tu sebab dia cuma ada 2 bilik, 1 queen bed dan 1 lagi single bed. Macam kecik je kan. Tapi orang tu kata boleh, kalau nak tdo bleh je bentang toto and diorg akan bg extra tilam nanti.Rumah Mama ni harga untuk satu malam RM400 sahaja. Lengkap la semua macam sebuah rumah. Ada living room, kitchen, dining room, peti ais dan mesin basuh sekali hahahaha. 

Ni la rupa rumah Mama (Pic credit to : www.desabalqis.com)

Rasanya itu je yang bleh aku beritahu pasal Desa Balqis buat masa ni. Nanti lepas hari kejadian baru bleh update lelebih dengan gambar yang lebih realllllllll lagi ya hahahaha..... Yang penting ada kolam ada laut bleh mandi... mesti anak2 bertiga tu tak nak naik ke darat hihi...

No comments: