Tuesday, March 26, 2013

Kerana Lelaki Itu


Aku tengah ikut drama ni setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30pm di TV9.
Mula-mula tengok ingat ada kut Anuar Zain ke.. atau lagu dia ke.. tapi rupanya aku tertipu hahahaha... bila da sekali tengok mesti la nak tengok lagi dan lagi dan lagi kan... 

Untuk yang tak pernah tengok atau terlepas tengok mana-mana episod, bleh bukak website TV9 dan tengok la kat situ. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok apa jadi dengan Azzah sebab antara ramai2 watak dalam cerita ni.. aku rasa watak dia yang paling jahat (kalau aku boleh istilahkan begitu). Orang macam ni, kalau dalam kehidupan sebenar kita memang ada... dan diorg ni la yang paling bahaya sekali. Jahat tp tak nampak kejahatannya huhuhu... Well, tahniah kepada pelakun watak Azzah tu sebab berjaya buat aku menyampah kat Azzah :D.

Synopsis kat bawah ni, aku copy dari web TV9...

Synopsis:

Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi (Fikhree Bakar) bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri (Riz Amin)i dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalahmenjadi kecurigaan kepada para media. Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’ yang bakal disiarkan pada 26 Februari ini dan dolakonkan oleh Zarina Zainoordin, Rizz Amin, Fikhree Bakar, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib.



Pic :: Credit to Google
Synopsis :: Credit to TV9

No comments: