Friday, June 27, 2014

Bantal Gel Penyejuk

Best kan tajuk? Bhahahahahahahaha.... tak reti nak translate Soft Cooling Gel Pillow tu ke bahasa Melayu... maklum la... i bukan oreng meleyu kihkihkihkih....

Al-kisahnya, dah lama kitorg teringin nak beli bantal Kool Fever ni... Musim-musim panas macam sekarang ni kan... kadang tu nak tido malam pun susah. Tu yang masing-masing berhajat nak beli benda ni untuk sejuk kan diri bila nak tido... 

Hari tu masa gi jalan-jalan kat area rumah ni, singgah sekali kat farmasi, sekali tengok ada bantal ni... harga pun berpatutan... maka terus la kami beli. Mula ingat nak amik 2 sekali. Aku satu, Intan satu. Fikir semula, beli satu je dulu la. Test dulu kan... mana tau tak best ke... tak la rugi beli sampai dua. So, Intan beli dulu satu. Semalam dia da test guna dan kata memangggggggg nyaman hahahahaha... 


 Ni la rupa bentuk packaging nya... kat farmasi tu takde jual jenama lain dan aku pun tak pasti ada jenama lain ke untuk produk macam ni. Cuma yang aku pasti, ada satu hamparan jenis macam ni jugak di jual di TV9. Ada satu rancangan nama Home Shopping Japan kat TV9. Tak ingat kul berapa tp da lewat malam gak la... aku selalu tertengok (padahal memang nak tengok) rancangan tu haahahahahahahahaha. Kat rancangan tu ada jual produk dari jepun.. jenis ni jugak tp besar, dia untuk hampar atas tilam n sejukkan badan.. camtu la lebih kurang. Kat Malaysia ni aku tak pasti da ada ke blom benda tu hahaha

Dalam pack tu ada benda ni... boleh guna bnyk kali....
Bila da guna simpan dalam fridge... pastu gunaaaaaaa lagi... tp ada expired date rasa aku...



 Kitorang beli ni harganya RM25.90. Tapi kak Fizah kata dia beli kat Guardian RM23.90... so rugi la kami 2hengget huhuhuhu... nasib baik tak beli 2 skali hari tu hahahaha....

Sedap agaknya kan.. panas-panas macam ni.. baring atas katil.. tepek benda ni atas kepala... huishh memang confirm lelap tak terjaga ni...haishhhh nikmat nyaaaaaa...

Thursday, June 26, 2014

Kurma Datang Lagi....

Haaaa tajuk da macam iklan tora... macam biasa, bila menjelang Ramadhan, opis kami akan terima kurma yang didatangkan khas dari Riyadh. Kurma ni pemberian seorang penderma dari sana la. Memang tiap-tiap tahun kami dapat kurma dari penderma ni untuk diagih-agihkan pada komuniti di sini.


As compared to last year, tahun ni kami dapat kurang sket.. dalam 2.5 tan sahaja... tahun lepas 3 tan rasanya... Lebih kurang tu la... aku pun tak pasti sgt bab ni sebab yang deal dgn donor tu orang lain hihi.. aku cuma tolong uruskan bahagian agihan...

Gambar atas tu kotak2 kurma yang kami terima. Satu kotak ada 8 pack of 1kg each. So satu kotak tu dalam 8kg la. Tak muat atas kabinet, kami letak jugak kat bawah tepi dinding hahahahaha... meeting room tu da macam store jadinya....


This is how its look like. Ni satu kg la ni satu pack. Haa siap ada nama al-Duhayan Dates lagi hihihihi...

Yang ini isi dalam selepas pack tu dibuka. Dates ni macam da dicampur dgn madu or gula pastu diorg compressed jd satu pack macam dalam gambo di atas. Memang manis yang amatttttttttttt.... 


 Yang ni pulak gambar dates tu selepas kami cerai-ceraikan untuk repacking. Rasanya most Malaysian tak berapa suka kurma gaya ni sebab manis terlampau. Tapi foreigners memang suka especially Arabs.

 
 Proses repacking. Nampak kerusi-kerusi hijau itu... macam ni la jadinya meeting room kami. Memang tak boleh buat meeting kat sini seminggu dua ni. 

This is the end product. Kami cuma buat 100 pack sahaja. Yang ini untuk diedarkan di kaunter kami. Untuk pembayar dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kaunter kami.... 
Owh lupa nak bgtau. Satu pack tu (1kg) boleh dapat 3 bekas macam kat atas ni. So total yang kami guna cuma 33kg a.k.a 33 pack sahaja. The rest kami bagi sekilo-sekilo tu la... tadi da settle da agih mengagih yang sekilo-sekilo tu. Tinggal beberapa kotak lg yang telah di reserved, menanti tuan empunya datang mengambil. 

Yang dalam bekas kecik-kecik tu, masih ada lagi... tu pun macam da tinggal sikit-sikit. Dalam sehari dua ni habis la tu... insyaAllah.

Begitu la cerita kami menyambut Ramadhan saban tahun. Alhamdulillah sebab kami dapat sumbangan kurma ni dan boleh pula diagih-agihkan sesama kami di sini. Terima kasih la kepada penyumbang yang tak pernah jemu-jemu bagi kami kurma ni... moga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu....

Monday, June 23, 2014

Cuai

Lepas kecewa dengan harga deodorant Nivea for Men kat kedai berhampiran rumah pada hari Jumaat lepas, kami ke Tesco Selayang hari Ahadnya. Tujuan asal nak beli Nivea for Men tu je.. tp biasa la bila da keluar kan.. mesti nak makan-makan dulu... minum-minum dulu.. lepak-lepak... 

Sementelah kami sampai Tesco tu da tengah hari... maka kami pun brunch je la untuk hari tu... tengah duk makan, kami duk perati keliling... Tetiba terpandang satu trolley ni... atas trolley tu ada seorang baby anggaran umo 3-4 bulan kut.. dan seorang budak kecik anggaran umo 2-3 tahun... pastu ada sorang budak lelaki tengah duk lompat-lompat atas trolley tu anggaran umo dalam 4-5 tahun macam tu... duk la pandang keliling mana la mak budak-budak ni. Apsal la dia biarkan anak dia yang besar tu melompat-lompat atas trolley. Kut jatuh ke.. terbalik ke trolley tu.. kan da menyusahkan... haishhh... 

Perati-perati.. takde mak budak-budak tu.. perati keliling semua.. mana satu mak budak ni? eh selamba tinggal anak macam ni... gila ah... Rupanya mak dia tengah beli makanan... tapi jauh kut dari pengawasan kalau letak anak macam tu... memang berani mati la mak dia.... Dalam sibuk orang bercakap pasal budak-budak kena culik, dia boleh selamba je tinggal anak dia macam tu. Memang la dia perati sesekali, tapi orang jahat sekarang ni lagiiiiiiiiiii pantas dari kita. Hadui... da la baby tu comel gilak... kalau aku bawak lari pun mak dia tak perasan bhahahahaha... pastu boleh la aku claim tu anak aku... muka pun da iras2 anak cina kan.. haa orang mesti tak syak kahkahkahkah... 

Lepas makan... sambil menyatakan rasa tak puas ati terhadap mak budak-budak tu sesama kami, kitorang pun gerak la gi beli deodorant Nivea for Men tu.. haaaaaa amik ko.. kat sini baru RM7 lebih... kat kedai rumah aku tu sampai sebelas hengget lebih!. Tengok beza dia.. haishhh... cekik darah betul!. Settle membayar, kami pun gerak. Cik Almarigobok nak cuci tangan dia sebab kena Clorox tumpah... so kami singgah semula ke food court Tesco tu. 

Dari jauh dengar suara baby menjerit huaaaa huaaaa... skali bila da sampai dekat, tengok-tengok budak2 tadi... laaa kena tinggal lagi.. kali ni mak dia masuk jamban pulak... haduii berani la dia.. memang tahap dewata raya berani nya mak budak-budak ni... gila betul la... ko bawak je le budak2 tu masuk jamban kan kalau dah tak tahan sangat.. ni dia tinggalkan atas trolley kat luarrrrrrrrrr pintu utama tandas... hadui... sesak napas aku... Tah la.. tak tau nak kata apa dah... memang sungguh2 berani mak budak-budak itu... haishh.. 

Perangai macam ni la yang memudahkan penculik-penculik ni amik kesempatan.. kenapa la tak nak beringat.. Aku tak pasti mana ayah budak-budak itu... sebab all the time aku nampak memang mak dia sorang.. kesian..memang kesian sebab dia sorang-sorang pastu nak bawak anak-anak 4 orang.. tapi jangan la cuai macam gitu... kalau dah terhilang budak-budak tu.. nak kata apa... haduiiii...

Hati-hati la korang yang ada anak-anak ya... amik sikit pengajaran dari kes-kes yang pernah berlaku... jangan la berani sangat sebab di Malaysia kita ni... semua benda boleh terjadi... 

Thursday, June 19, 2014

Syukur

Bukannya susah sangat nak gembirakan hati orang lain. Kadang-kadang kita rasa benda yang kita bagi atau buat tu simple je, tapi bagi orang yang menerima... benda tu sangat besar ertinya...

Eh! apa da merepek... aku boring sebenarnya ni... keje ada tp tak la banyak.. dan tak bleh nak settle pun sbb sebelah pihak lagi tu tak dapat dihubungi. Jadi dari melangut tak buat apa-apa, baik la aku share cerita pagi ni.

2-3 hari lepas aku bagi baju kat akak cleaner tempat aku ni. Baju lama dan baju-baju baru yang aku da tak nak pakai... Dari reput je dalam almari kan elok la aku bagi kat orang lain yang nak pakai baju-baju tu. Baju-baju aku bukan grand pun, baju-baju kerja yang aku da tak nak pakai. Baju kurung biasa, ada la sehelai dua kebaya... dan sehelai dua kurung moden. Pastu ada la 3-4 helai tudung lama yang aku dah lamaaaaaa gila tak pakai, aku bagi la sekali. 

Pagi tadi masa dia masuk bilik aku nak menyapu, dia bagi tau "Akak dah pakai baju adik bagi. Lawa lagi la dik. Kenapa dibagi pada orang?" Pastu macam-macam lagi dia cerita, dia sorok-sorok bawak baju tu dari kawan-kawan, berbagi-bagi dengan anak dia... pakai baju tu masa gi klinik semalam... bla bla bla. Aku cuma diam sambil tersengih ala kerang busuk bahahahahaha. Aku tak tau nak reply apa sebenarnya sebab ada pelbagai rasa dalam hati waktu tu.

Rasa gembira ada, kesian ada, terharu pun ada... macam-macam rasa yang sukar digambarkan. Tapi yang pasti aku gembira sebab akak tu gembira terima pemberian aku tu. Entah lah... 

Eh! aku cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk kata aku baik sangat bagi baju kat orang... tak.. takde pun niat macam tu. Tapi aku nak share je dengan korang yang baca (ada ke yang baca bhahahahaha) sebenarnya tak susah pun nak buat diri sendiri happy dan orang lain happy. Benda simple gini pun boleh buat kita gembira. Mungkin sebab nature keje aku ni membantu orang... jadi perasaan tu jadi lain sikit. Terlebih touching kut...

Jadi untuk mereka (termasuk la aku) yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, cepat-cepat la kita bersyukur pada Allah. Kena selalu bersyukur sebab bukan semua orang ada peluang nak dapat seperti apa yang kita dapat... Tak semua dapat rasa sebagaimana kita merasa...

Terima kasih Allah di atas segala kurnia-Mu... 

Tuesday, June 17, 2014

Kalau Tak Pandai... Jangan Nak Memandai-mandai...

Aduhai.. da tak terbendung rasa geram kat hati ni.. kang kalau aku cakap terus terang... ko gak yang sentap... bila da sentap kang mula simpan dalam hati... pastu kang mula la sakit sana sini...

Tapi ko tak pikir ke perbuatan ko tu menyusahkan orang lain. Contoh mudah je... sekarang ni ko cuti sakit... aku yang kena buat keje ni.. eh in fact kalau ko tak cuti sakit pun still aku gak kena buat keje ni... bila ko ckp kat student tak payah bg info itu info ini sebab ko da tau kes dia.. aku la yang susah. Aku yang nak proses kes ni.. tp info tak lengkap. Dah sapa nak menjawab ni? Student duk jual nama ko.. konon ko da tau kes dia.. mmg la ko tau kes dia.. tp yang tukang buat keje ni tak tau.. sok2 kena audit.. org audit pun tak taw kes dia... sapa yang nak jawab tu... ko ke? Time audit ko hilang kan.. ghaib tak nak masuk opis... dah akuuuuuuuuu jugak nak menjawab... tak ke mcm tuuuuuutttttttttttttttttttttttttt.

Arghhhhhhh tensen!



p/s: masuk blog sbb nak melepas geram je hahahahaha... ya amponnnn...