Thursday, June 26, 2014

Kurma Datang Lagi....

Haaaa tajuk da macam iklan tora... macam biasa, bila menjelang Ramadhan, opis kami akan terima kurma yang didatangkan khas dari Riyadh. Kurma ni pemberian seorang penderma dari sana la. Memang tiap-tiap tahun kami dapat kurma dari penderma ni untuk diagih-agihkan pada komuniti di sini.


As compared to last year, tahun ni kami dapat kurang sket.. dalam 2.5 tan sahaja... tahun lepas 3 tan rasanya... Lebih kurang tu la... aku pun tak pasti sgt bab ni sebab yang deal dgn donor tu orang lain hihi.. aku cuma tolong uruskan bahagian agihan...

Gambar atas tu kotak2 kurma yang kami terima. Satu kotak ada 8 pack of 1kg each. So satu kotak tu dalam 8kg la. Tak muat atas kabinet, kami letak jugak kat bawah tepi dinding hahahahaha... meeting room tu da macam store jadinya....


This is how its look like. Ni satu kg la ni satu pack. Haa siap ada nama al-Duhayan Dates lagi hihihihi...

Yang ini isi dalam selepas pack tu dibuka. Dates ni macam da dicampur dgn madu or gula pastu diorg compressed jd satu pack macam dalam gambo di atas. Memang manis yang amatttttttttttt.... 


 Yang ni pulak gambar dates tu selepas kami cerai-ceraikan untuk repacking. Rasanya most Malaysian tak berapa suka kurma gaya ni sebab manis terlampau. Tapi foreigners memang suka especially Arabs.

 
 Proses repacking. Nampak kerusi-kerusi hijau itu... macam ni la jadinya meeting room kami. Memang tak boleh buat meeting kat sini seminggu dua ni. 

This is the end product. Kami cuma buat 100 pack sahaja. Yang ini untuk diedarkan di kaunter kami. Untuk pembayar dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kaunter kami.... 
Owh lupa nak bgtau. Satu pack tu (1kg) boleh dapat 3 bekas macam kat atas ni. So total yang kami guna cuma 33kg a.k.a 33 pack sahaja. The rest kami bagi sekilo-sekilo tu la... tadi da settle da agih mengagih yang sekilo-sekilo tu. Tinggal beberapa kotak lg yang telah di reserved, menanti tuan empunya datang mengambil. 

Yang dalam bekas kecik-kecik tu, masih ada lagi... tu pun macam da tinggal sikit-sikit. Dalam sehari dua ni habis la tu... insyaAllah.

Begitu la cerita kami menyambut Ramadhan saban tahun. Alhamdulillah sebab kami dapat sumbangan kurma ni dan boleh pula diagih-agihkan sesama kami di sini. Terima kasih la kepada penyumbang yang tak pernah jemu-jemu bagi kami kurma ni... moga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu....

No comments: