Thursday, June 19, 2014

Syukur

Bukannya susah sangat nak gembirakan hati orang lain. Kadang-kadang kita rasa benda yang kita bagi atau buat tu simple je, tapi bagi orang yang menerima... benda tu sangat besar ertinya...

Eh! apa da merepek... aku boring sebenarnya ni... keje ada tp tak la banyak.. dan tak bleh nak settle pun sbb sebelah pihak lagi tu tak dapat dihubungi. Jadi dari melangut tak buat apa-apa, baik la aku share cerita pagi ni.

2-3 hari lepas aku bagi baju kat akak cleaner tempat aku ni. Baju lama dan baju-baju baru yang aku da tak nak pakai... Dari reput je dalam almari kan elok la aku bagi kat orang lain yang nak pakai baju-baju tu. Baju-baju aku bukan grand pun, baju-baju kerja yang aku da tak nak pakai. Baju kurung biasa, ada la sehelai dua kebaya... dan sehelai dua kurung moden. Pastu ada la 3-4 helai tudung lama yang aku dah lamaaaaaa gila tak pakai, aku bagi la sekali. 

Pagi tadi masa dia masuk bilik aku nak menyapu, dia bagi tau "Akak dah pakai baju adik bagi. Lawa lagi la dik. Kenapa dibagi pada orang?" Pastu macam-macam lagi dia cerita, dia sorok-sorok bawak baju tu dari kawan-kawan, berbagi-bagi dengan anak dia... pakai baju tu masa gi klinik semalam... bla bla bla. Aku cuma diam sambil tersengih ala kerang busuk bahahahahaha. Aku tak tau nak reply apa sebenarnya sebab ada pelbagai rasa dalam hati waktu tu.

Rasa gembira ada, kesian ada, terharu pun ada... macam-macam rasa yang sukar digambarkan. Tapi yang pasti aku gembira sebab akak tu gembira terima pemberian aku tu. Entah lah... 

Eh! aku cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk kata aku baik sangat bagi baju kat orang... tak.. takde pun niat macam tu. Tapi aku nak share je dengan korang yang baca (ada ke yang baca bhahahahaha) sebenarnya tak susah pun nak buat diri sendiri happy dan orang lain happy. Benda simple gini pun boleh buat kita gembira. Mungkin sebab nature keje aku ni membantu orang... jadi perasaan tu jadi lain sikit. Terlebih touching kut...

Jadi untuk mereka (termasuk la aku) yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, cepat-cepat la kita bersyukur pada Allah. Kena selalu bersyukur sebab bukan semua orang ada peluang nak dapat seperti apa yang kita dapat... Tak semua dapat rasa sebagaimana kita merasa...

Terima kasih Allah di atas segala kurnia-Mu... 

No comments: