Wednesday, August 13, 2014

Kawen Cerai : Ingat benda main-main ke?

Tah la... tak faham aku dengan orang-orang zaman sekarang ni. Kawen cerai macam main pondok-pondok. Suka-suka nak kawen, kawen. Tak de nak pikir-pikir lagi. Selagi tak dapat kawen tu, macam terdesak sangat.

Masa bertunang je dah mcm menikah punya majlis... tu belum lagi part amik gambo... pre-marriage la post marriage la phuiii...

Kawen pulak bukan kecik-kecik punya majlis. Nak buat grand-grand, ada itu ini semua la. Sanggup tu berhutang asal masa kawen nampak 'happening' dan glemeres sangat. Tup-tup, 4-5 tahun lepas tu ceraiiii... itu kira lama gak tu.. ada yang tak sampai pun 2 tahun da cerai... apa kes korang ni..

Picture credit to Google.com
Pastu pulak... tak dan abis eddah dah ada boipren segala... abis je edah, cukup2 je abis edah terus nak menikah lagi.. aiyyoooooo gila express. 


Aku bukan nak mengata orang sangat. Tapi aku duk bagi peringatan kat diri sendiri gak ni... aku yang tak kawen-kawen ni sibukkkkkkkkk di suruh kawen... tak payah nak sibuk sangat lah suruh2 orang kawen.. aku tau la bila nak kawen nanti.. dah duk situ dendiam bhahahahahahaha....

Ingat kawen2 ni boleh buat suka-suka ke... kadang2 bila aku tengok keliling... aku jadi ngeri tau... haishhh 
kawen cerai bagi orang-orang zaman ni bukan perkara yang serius kalau di perhati-perhatikan. Macam seolahnya orang lain beli kereta, aku pun nak ada kereta. Mampu tak mampu itu lain cerita janji aku nak beli kereta macam orang lain. Macam tu la aku rasa orang-orang muda zaman ni berfikir pasal kawen nih... 

Oleh kerna aku ni da masuk 3 siries, aku da tak boleh nak fikir as simple as orang-orang muda zaman ni berfikir. Jadi kawen, belum masuk senarai wajib lagi bagi aku sebab aku ngeri hahahahahaha....

Eh tapi bukan la maknanya aku tak suka kawen.. aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat kawen2 ni. Sunnah kan... tak baik pulak nak menidakkan fitrah seorang manusia... 

Kesimpulannya, kahwinlah wahai orang-orang muda dan mereka-mereka yang nak berkahwin. Kawen tu biarlah dengan niat yang betul, bukan sebab nafsu semata atau sebab suka-suka nak ikut trend kawan2 kawen awal atau apa2 sebab yang dirasakan tidak akan dapat membantu kelansungan perkahwinan tu. Belajarlah ilmu rumah tangga, bukan hanya yang tersurat, tersirat malah yang tersiat2 pun kena belajar... 

Picture Credit to Google.com

membebel-bebel : sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja.

No comments: