Friday, February 18, 2011

Skandal Halal?

Aku ada terbaca pasal isu isteri kedua kat satu laman sosial nih... ada sorg ni cite camni...

"Salam...


bagi saye x salah klau jd wife kedua.. sebab saye pun wife kedua..
org mesti ingt saye nii jahat kan? merampas suami org.. mcm la dah x de lelaki lain..

ye.. dulu saye pun pk mcm tu.. knape mesti ngan laki org... tp bile dah dtg pd diri sendiri, saye cube jugak elak... tp bak kate org ajal, jodoh pertemuan di tangan tuhan.. saye pun kawin 5 tahun lepas.. alhamdulillah bertahan sampai sekarang tanpa ade masalah... tp biaselah.. mane ade rumahtangga yang tak dilanda badai.. alhamdulillah kami dapat pertahankan.

situasi saye... isteri pertama x mengehtahui perkawinan saye dgn suaminyer.. tp die syak..
sepanjang perkhawinan saye, suami saye balik umah isteri pertama setiap malam.. saye redha.. sebab saye ambil hak org..
setiap raye, suami akan balik kg die di kl dengan isteri pertama.. juga setiap kali balik kl... saye akn beraya bersama keluarga saye di johor... dan juga bersama kawan2 perempuan saye..

saye sentiase suruh suami dahulukan isteri pertama.. walaupun di hati ini banyak sakitnyer dr suka nye... saye sedar... saye dah mengambil hak org..

jd, x semua isteri kedua jahat... x semua isteri kedua tamak...

pokok pangkal nyer.. hati masing2... saye mohon doa kalian semoga perkhawinan saye ni berkekalan.."

Kesian kan... pity her.. n betapa dayus nya suami dia itu.. maaf la.. aku rasa itu je perkataan terbaik utk sang suami yg begini... Nafsu besar.. tp penakut!. Budus...

Skrg ni ramai yg jd "Skandal Halal" mcm ni.. kalau aku boleh bg terms yg begitu utk isteri kedua yg kawen nyorok2 dr isteri pertama... apa korg dpt? hati sakit kan? jgn tipu.. redha? bape bnyk ko redha? ko pi amik wudhuk skrg.. solat 2 rakaat pastu duk diam2 berfikir atas sejadah tu.. "redha kah aku dgn perkahwinan yg begini?" tnya... tnya diri sndri.. n ko akan dpt jawapan "tak.. aku sbnrnya tidak redha sepenuh hati"

Aku tak penah menghalang poligami.. pada aku poligami itu halal.. maka buat la dgn cara yg halal... berikan hak pada yg benar2 berhak.. itu lah keadilan namanya...

Itu sbb nya.. bila aku di propose oleh suami org (recently) aku bg syarat.. isteri pertama tu sndri yg kena dtg minang aku.. kalau betul2 nak berpoligami.. ni la sbb nya.. aku takmo nnt laki yg aku duk sayang2 konon nya tu... sok2 kat akhirat jln senget sblh n terseksa sbb perkahwinan yg serupa diatas tu. ilang dah emsem macho dia... takmo aku..

Dan untuk isteri pertama plak... aku nak tnya.. korg suka ke husband yg korg sayang2 tu rupanya ada skandal halal begitu? suka ke korg dia berlaku tidak adil begitu? suka ke korg dpt saham buruk di akhirat nnt? suka ke? suka ke korg berlaku zalim sesama manusia? suka ke?

Korg jawab la sndri ya...

Thursday, February 17, 2011

Zikrul Maut Week...


Mlm ni (17 February 2011) di UIAM


membebel-bebel :: dia yang tersungkur kerana cinta hukhukhuk

Wednesday, February 16, 2011

Salam...

SUMBER :: http://www.e-bacaan.com/kalimat_salam.htm

Aku nak korg baca je dlu... pasal kalimat salam... aku baru je dpt info ni td.. mmg takde keraguan ttg makna salam... salam bermaksud sejahtera...

Kalimat salam di dalam al-Qur'an


Salam
terbit daripada akar sim lam mim yang turut menerbitkan sepuluh kalimat lain, antaranya ialah
Sulaiman (Nabi) dan aslama yang sudah diterbitkan. Yang lain iaitu salima, salam, salim, salm, silm, sullam, sallama dan istaslama akan disentuh di Bahagian 2.


Bahagian 1

(i) Salam - soundness, well-being, unimpairedness, peace, security, safety, a greeting ...

Diturunkan juga selepas ayat-ayat mengandungi kalimat di atas adalah ayat-ayat mengandungi kalimat "hayya" (bermaksud "salam hormat") yang difikirkan bersangkutan dengan "salam".


4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah mengatakan kepada orang yang melemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana mencari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat

5:16. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang mengikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia memberi petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

6:127. Bagi mereka tempat kediaman kesejahteraan di sisi Pemelihara mereka, dan Dia Wali (Pelindung) mereka kerana apa yang mereka telah buat.

7:46. Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.

10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman kesejahteraan; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.

11:48. Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan kesejahteraan daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat yang bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan memberikan mereka kesenangan, kemudian akan menyentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih."

11:69. Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia mendatangkan seekor anak lembu panggang.

13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.

14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"

15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan kesejahteraan, aman!"

15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."

16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."

19:15. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.

19:33. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."

19:47. Dia berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu! Aku akan meminta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.

19:62. Di dalamnya, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya, "Salam", dan di dalamnya, mereka mendapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.

20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk!

21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan kesejahteraan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka menyekutukan?

28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh."

33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia.

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

37:79. "Kesejahteraan ke atas Nuh di kalangan semua alam!"

37:109. "Kesejahteraan ke atas Ibrahim!"

37:120. "Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!"

37:130. "Kesejahteraan ke atas Elias!"

37:181. Dan kesejahteraan ke atas para utusan,

39:73. Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya."

43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah, "Salam!" Kelak mereka akan mengetahui.

50:34. "Masuklah ke dalamnya dengan kesejahteraan! Inilah Hari Berkekalan."

51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."

56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"

56:91. "Kesejahteraan ke atas kamu, Orang Kanan!"

59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!

97:5. Sejahteralah ia, hingga terbit fajar.

(ii) Hayya:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat "hayya" (salam hormat) adalah seperti berikut:


4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu.

10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"

33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia.

58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!


Bahagian 2
(kalimat-kalimat lain daripada akar sim lam mim)

(i) Salima - safe, secure, whole, complete, healthy, unblemished

68:43. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera.


(ii) Salam - peace, surrender, submission; a captive, a man belonging to another

4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa kesesakan daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia memberi mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan melemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.

4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.

16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,

16:87. Dan mereka melemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.

39:29. Allah membuat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


(iii) Salim - pure, safe, secure; whole, unblemished, unimpaired, sound

26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."

37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,


(iv) Salm - peace

8:61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong kepadanya, dan kamu percayakanlah kepada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

47:35. Maka janganlah lemah, dan menyeru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan melucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.


(v) Silm

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.


(vi) Sullam - a ladder

6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh mencari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk mendatangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mengumpulkan mereka pada petunjuk; maka janganlah kamu menjadi antara orang-orang yang bodoh.

52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka mendengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang mendengarkan mendatangkan satu kuasa yang nyata.


(vii) Sallama - to save, to preserve; to hand over intact, to surrender, to hand over, to salute, to greet (with prep. 'ala) to pray someone peace .... submission, surrender, greeting, peace .... secure, handed over, paid

~ daripadanya terbit yusallimu, sallim, taslim, dan musallamah - ayat-ayat mengandungi mereka adalah:

2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu telah mendatangkan yang benar." Lalu mereka mengorbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.

4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan mempercayai sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka mendapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu memutuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

8:43. Apabila Allah memperlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit dalam tidur kamu; dan sekiranya Dia memperlihatkan mereka banyak kepada kamu, tentu kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan; tetapi Allah menyelamatkan - Dia mengetahui apa yang di dalam dada.

24:27. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah memasuki rumah-rumah selain daripada rumah kamu, sehingga kamu meminta izin dahulu dan memberi salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.

24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan rasul-Nya menjanjikan kita, dan Allah dan rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.

33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.


(viii) Istaslama - one who resigns himself in submission

37:26. Tidak, tetapi pada hari ini, mereka menyerahkan diri dalam ketundukan,

Spegeti goreng...


mengabiskan belen2 pasta yg ada... rebus pasta ikut arahan... tumis bawang hollan yg di cincang n cili padi... masukkan sosej yg di potong2 ikut suka... pastu masukkan sebiji telur... pastu tambah kan sos spageti.. n tambah sket air rebusan pasta tuh... pastu masuk kan pasta yg da di tapis.. tabur kicap... gaul2 sebati... siap :D

ok ni spegeti ala melayu.. so jgn heran la eh :)):))

Tuesday, February 15, 2011

Brownies anyone...


brownies? entah la kahkahkah


buat ni guna pek segera beli kat tesco... cara2 tgk kat kotak tu eh... basically boleh la utk 1st try... tp aku kena khatam dlu ilmu oven aku tuh hahahahaa adoi aiii tak khatam2 lg aku ni... sabo jek la....

Sunday, February 13, 2011

Anak Cino Kesayangan Hamba

Sapo laie kalau bukan Amani a.k.a Amni (kalau kakak dia sebut...). Sebab nak sebut laju2 kan.. Amani jd Amni jek skrg ni... takpe la dik.. janji nama adik kan sayam kan :*:*




Mmg iras anak cina kan hahahahaha.. tingat dlu mak cite.. masa aku kekecik baya2 amni nih.. Mak bawak gi pekan.. masa tu takde kete.. pegi nek moto.. bila nak balik tgu ayah amik kat bus stop... yang ayah plak sambil lalu tepi bus stop tu.. ternampak aku... dia bole ckp dlm hati "anak sapa la nih... mcm cina.. tp mak nya pakai tudung plak"(cenggitu la lebih kurang ayatnya ;)) ). Pastu dia lalu jek tak berenti amik mak :)). da jauh baru dia pusing balik sbb teringat nak amik mak dgn aku ahahahahaha... boleh tak perasan anak dia sndri.. siap kata anak cino huhuhuhu....



Nnt la one fine day... kalau aku rajin aku carik balik pic aku masa baya2 amni nih hahahaha... rambut sama jek nipis leh nampak kulit kepala hahahaha...kepala pon sama bnyk lekuk2 :-s. tp org kata kepala lekuk2 nih pandai :-".. so amni nnt pandai cam angah kan sayam :x hahahahaha mula dah perasan kakakakakaka...

Kawan je...

ada satu ayat dr sahabat di laman sembang tu... "da dtg da tp nisa asyik layan am (bukan nama sbnr) je".

erkkk.. hello.. am(bukan nama sbnr) tu kawan ku... ko pun kawan ku... maka tak salah kan aku tego dua2.. alaaa leceh la cengginih.. kawan2 je la.. aku mmg jenis layan je sume org.. so rajin2 tego aku nnt aku layan muahahahahaha....

mcm2 kan kat dunia maya nih... ni antara yg terkini la aku jumpa.. ada sorg aku tgh goda2 skrg nih kahkahkahkah... dia kata dia duda... haa kt tgk seduda manakah dia :))=))=))

Sunday, February 6, 2011

Apa Maksud nya?

Pening aku budak2 la nih... suka sgt percaya tah hape2 benda karut dlm dunia... tah sapa2 punya idea bangang abis sume benda nak di maksudkan sebagai "binatang". Latest ni perkataan "salam" plak.

Ni aku nak tanya la sapa2 yg bijaklaksana... yg bijaklaksini kalau nak jawab boleh gak... tp bila aku tnya balik sumber mana dapat... sila jawab dgn tepat.. kalau tak aku bg telor besarrrrrrrrr punya kat dahi ko.. mau?

Ok. Tuan2 Puan2 yg bijaklaksana... maa ma'na SALAM fil istilah wa fil lughah.. itu kalau dlm bahasa Arab... kalau dlm bahasa Melayu plak... apa makna SALAM dlm istilah Melayu?

Paham soalan? Ada keraguan? Takde keraguan... maka sila la jawab. Aku akan bukak kitab (maklum la ilmu aku fil kitab kakakakkakaa tu sbb kena bukak kitab) n bg jawapan nya di entry yg lain. Kalau susah2 sgt nnt aku bukak je mulut tnya bos aku :)). Tp korg yg bijaklaksana sila la jawab kan ya ;;). Mana la tau mmg betul2 SALAM tu maksudnya binatang :))=)).

Saturday, February 5, 2011

Anak-anak Ku InsyaAllah Boleh...


Kakak....


Adik....


Kakak n Adik :x:x:x

Friday, February 4, 2011

Kenapa aku tak suka balik kampung...

...time cuti umum...

Tensen la tensen kalau balik kampung time2 public holiday... itu sbb aku kalau nak balik kg... hari keje pun jadi.. tak yah nak tunggu cuti2 nih. Serabut kepala aku kalau balik time cuti nih. Contoh smlm, dr rumah aku melalui MRR2...sampai ke Tol Sungai Besi... jalan clear :>. How i wish hari2 pun clear mcm tu :> tp nan ado la kan... dpt skali2 tu pun da syukur... ok situ kepala aku tak serabut la....

Ekceli kat Tol Sg. Besi tu bnyk kete. Tp aku tak terasa sgt sbb aku tak kena beratur panjang tgu nak amik tiket. Aku guna touch n go je... tu pun adik aku bising "kalau ko beli smart tag lg laju taw kita..tak kena tunggu2 cenggini". Bnyk dia punya smart tag... guna tol sebulan 2-3 kali nak guna smart tag kunun :P.

Lepas tu mula la berlumba2 dgn kete lain di highway... dlm pada lumba2 tu aku tak la ecxeed 110km/j. Maklum la skrg musim perayaan, pulis bnyk sana sini. Silap2 kena speed trap huhuhu. Jalan punya jalan... sampai la dkt2 Putra Nilai. Eh sblm Putra Nilai lg da mula jem. Hadui... mula dah kesengsaraan aku. Nasib baik ada bnyk bekalan makanan :)). Bole la mengunyah2 dlm jem tu. Bila da mula jem tu... terus la sampai RnR seremban. Kat situ da ok sket, da bole laju... terusssssssssss sampai exit Ayer Keroh. OK situ start jem balik. 1km sblm exit da mula jem. Apsal sume org nak masuk sini? Apsal? Haduii ni baru nak masuk simpang da jem... kang kat tol lagi jem... depan zoo n yg seangkatan dgn nya nnt kang lg jem... Melaka dan Jem di waktu cuti mmg tak dpt di pisahkan. Dan dlm pada aku tunggu2 kete bole gerak... org len duk potong Q, hati sudah hangit... mcm S**l sekor2 potong Q. Takde sivik, B**oh!. Ah malas aku nak tunggu situ... keluar dr Q, jalan terus. Lantak la korg...tunggu la kat situ sampai ptg :-l.

Baik aku masuk ikut Tol Jasin. Lapang dada aku cuma ada 2-3 biji kete jek... kejap je aku da sampai rumah Amin. Kalau aku tunggu nak masuk kat Tol Ayer Keroh... mau kena tunggu lg sejam dua tu...

Ni hati tgh berkira2 nak balik nnt mcm mana la gaya nya... takkan nak gerak subuh2 hari ahad nnt.. paling2 aku gerak tgh mlm la kut hahahaha nasib la ahad ni nnt :-s

Nasi Tomato Ayam Masak Merah


Nasi Tomato. Resepi sila cek kat blog Liza eh :D. Malas? Ok jap aku tepek sini... copy paste dr blog liza je... malas nak taip :D. Errrr sila abaikan bawang goreng yg sedikit itam tu kahkahkah...

NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmati (aku guna beras biasa jek ;)) )
- 2 biji tomato - potong dadu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan susu (aku guna susu segar sbb liza tak letak susu apakan kakakakaka)
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 helai daun pandan
- sedikit garam

Bahan Tumis
- 2 sudu mentega/ minyak sapi (aku guna mentega)
- 2cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 1/4 bawang besar dihiris
- Hiasan Bawang goreng

Cara Penyediaan
- Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
- Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
- Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit
- Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
- Masaklah nasi macam biasa.
- Bila da siap bolehlah ditabur bawang goreng


Ayam Masak Merah... abaikan la bawang tu... lain aku suh buat lain jd nya... resepi tgk blog liza gak la... malas aku nak copy paste. Kang panjang sgt plak entry nih (dasar pemalas kan muahahahahahaha)



Sayo Goreng... sepatutnya nasi tomato makan dgn jelatah (ye ke nama dia tu... alaa yg ada nenas, timun, cili merah sume tu kakakakakakaka), tp sbb takde nenas.. takde timun... serba serbi takde... maka aku goreng jek la apa yg ada.. janji ada sayo ;));)). Resepi? goreng jek la ikut suka korg :D:D

Thursday, February 3, 2011

My 1st Muffin :">


Chocolate chips muffin....


1st time buat... jd cenggini :( :((


Isi dlm... adik aku kata tak sedap :(( tp dia dah ngap bnyk :((....


membebel-bebel :: Smlm aku beli muffin kat cafe... blueberry muffin... ya sejak aku makan muffin kat The Niles tu... aku terus bersemangat nak buat muffin lg... sbb MUFFIN AKU 1000 KALI LEBIH SEDAP dr muffin diorg tu muahahahahahahahahahaaa.

Wednesday, February 2, 2011

Sri Kulai


Food Cover


Selepas di bukak plastiknya...


Selepas di gaul rata...


Selepas di ngaaaaaaaaaaaaaap....


burpppppp.... alhamdulillahhhhhh :D

Tuesday, February 1, 2011

Penah makan?



Masa time study2 dlu aku slalu amik pharmaton nih... aku da mula makan since tingkatan 3 kut.. by that time umo aku dlm 16thn la.. nape? ingat aku salah kira ke :>. aku tingkatan 3 mmg umo 16thn ;)) sbb aku tingkatan 1 umo 14thn hikhik... maklum la kan..bodo sethn kakakakakaka...

ok2 back to pharmaton.. lepas2 abis study aku tak makan dah capsule nih... but lately ni aku rasa tak berapa bersemangat nak meneruskan sisa2 perjuangan aku nih.. so i've decided la utk amik semula pharmaton ni... dia ada 2 saiz... 1 yg kecik 30 biji harga smlm aku beli kat watson RM38.80. yg botol besar plak 100 biji + 30 biji smlm aku tnya harganya dlm RM98.80 kalau tak silap aku la.. tp aku beli botol kecik je... bukan nak makan hari2 2-3 hari skali baru aku makan ni :D

ni kira mcm supplement la ni... aku penah try lain2 jenis gak.. cam vitaton, proviton n produk2 MLM ada gak aku try tp tak berkesan ye pada batang tubuh aku nih :D. Mmg yg lain tu kalau tgk harganya lebih murah la sket berbanding Pharmaton nih... tp wat pe aku beli kalau setakat murah, tp lansung tak beri kesan pada aku kan :D. Kalau produk MLM plak aku kena amik 2-3 jenis benda baru dpt kesan yg aku nak.. so sangat membazir la kan. Baik aku beli pharmaton ni da tentu aku tau kesan nya kakakakaka.

Pharmaton yg aku amik ni dlm bentuk capsule. Dlm ada cecair.. dlu aku penah wat experiment masa nak makan tu.. aku gigit kasi pecah :)). Ok sgt horrible rasa cecair itu :((. Aku sgt menyesal. Maka kalau korg nak try... try la gerenti menyesal :))=)). Kandungannya ada mcm2... yg paling penting ada Ginseng Extract, vitamins from A to E... minerals n mcm2 lagi la.. Ni ayat kat kotak dia "A COMBINATION OF THE STANDARDIZED GINSENG EXTRACT G115 WITH VITAMINS, MINERALS AND LIPOTROPIC SUBSTANCES FOR HEALTH"

Utk aku dia ni kira memberi tenaga... My parents pun makan benda ni n mmg sesuai la utk diorg esp my mom during ramadhan :D. takde la sepanjang2 ramadhan tu mak terbaring tak berdaya...

Pic :: Ehsan Pakcik Google