Kalimat salam di dalam al-Qur'an
Salam terbit daripada akar sim lam mim yang turut menerbitkan sepuluh kalimat lain, antaranya ialah Sulaiman (Nabi) dan aslama yang sudah diterbitkan. Yang lain iaitu salima, salam, salim, salm, silm, sullam, sallama dan istaslama akan disentuh di Bahagian 2.
Bahagian 1
(i) Salam - soundness, well-being, unimpairedness, peace, security, safety, a greeting ...
Diturunkan juga selepas ayat-ayat mengandungi kalimat di atas adalah ayat-ayat mengandungi kalimat "hayya" (bermaksud "salam hormat") yang difikirkan bersangkutan dengan "salam".
4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah mengatakan kepada orang yang melemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana mencari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat5:16. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang mengikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia memberi petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.
6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
6:127. Bagi mereka tempat kediaman kesejahteraan di sisi Pemelihara mereka, dan Dia Wali (Pelindung) mereka kerana apa yang mereka telah buat.
7:46. Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.
10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman kesejahteraan; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.
11:48. Dikatakan, "Wahai Nuh, turunlah kamu dengan kesejahteraan daripada Kami, dan keberkatan ke atas kamu, dan ke atas umat-umat yang bersama kamu; dan umat-umat, Kami akan memberikan mereka kesenangan, kemudian akan menyentuh mereka, daripada Kami, azab yang pedih."
11:69. Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia mendatangkan seekor anak lembu panggang.
13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.
14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"
15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan kesejahteraan, aman!"
15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."
16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."
19:15. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup.
19:33. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."
19:47. Dia berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu! Aku akan meminta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.
19:62. Di dalamnya, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya, "Salam", dan di dalamnya, mereka mendapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.
20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk!
21:69. Kami berkata, "Wahai api, jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"
25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",
25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"
27:59. Katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dan kesejahteraan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia pilih." Apa, adakah Allah yang lebih baik, atau apa yang mereka menyekutukan?
28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh."
33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia.
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.
37:79. "Kesejahteraan ke atas Nuh di kalangan semua alam!"
37:109. "Kesejahteraan ke atas Ibrahim!"
37:120. "Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!"
37:130. "Kesejahteraan ke atas Elias!"
37:181. Dan kesejahteraan ke atas para utusan,
39:73. Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya."
43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah, "Salam!" Kelak mereka akan mengetahui.
50:34. "Masuklah ke dalamnya dengan kesejahteraan! Inilah Hari Berkekalan."
51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"
56:91. "Kesejahteraan ke atas kamu, Orang Kanan!"
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!
97:5. Sejahteralah ia, hingga terbit fajar.
(ii) Hayya:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat "hayya" (salam hormat) adalah seperti berikut:
4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah membuat perhitungan atas segala sesuatu.10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"
24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"
33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia.
58:8. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!
Bahagian 2
(kalimat-kalimat lain daripada akar sim lam mim)
(i) Salima - safe, secure, whole, complete, healthy, unblemished
68:43. Pandangan mereka merendah, kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud sedang mereka sejahtera.
(ii) Salam - peace, surrender, submission; a captive, a man belonging to another
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa kesesakan daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia memberi mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka berundur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan melemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
4:91. Kamu akan mendapati yang lain, yang menghendaki untuk aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak melemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka; terhadap mereka, Kami memberi kamu satu kuasa yang nyata.
16:28. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka melemparkan ketundukan, "Kami tidak membuat kejahatan." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu telah buat,
16:87. Dan mereka melemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka mengada-adakan.
39:29. Allah membuat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(iii) Salim - pure, safe, secure; whole, unblemished, unimpaired, sound
26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
(iv) Salm - peace
8:61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong kepadanya, dan kamu percayakanlah kepada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
47:35. Maka janganlah lemah, dan menyeru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan melucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.
(v) Silm
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
(vi) Sullam - a ladder
6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh mencari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk mendatangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mengumpulkan mereka pada petunjuk; maka janganlah kamu menjadi antara orang-orang yang bodoh.
52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka mendengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang mendengarkan mendatangkan satu kuasa yang nyata.
(vii) Sallama - to save, to preserve; to hand over intact, to surrender, to hand over, to salute, to greet (with prep. 'ala) to pray someone peace .... submission, surrender, greeting, peace .... secure, handed over, paid
~ daripadanya terbit yusallimu, sallim, taslim, dan musallamah - ayat-ayat mengandungi mereka adalah:
2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu telah mendatangkan yang benar." Lalu mereka mengorbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.
2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.
4:65. Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan mempercayai sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka mendapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu memutuskan, tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
8:43. Apabila Allah memperlihatkan kepada kamu mereka sebagai sedikit dalam tidur kamu; dan sekiranya Dia memperlihatkan mereka banyak kepada kamu, tentu kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan; tetapi Allah menyelamatkan - Dia mengetahui apa yang di dalam dada.
24:27. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah memasuki rumah-rumah selain daripada rumah kamu, sehingga kamu meminta izin dahulu dan memberi salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.
24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan rasul-Nya menjanjikan kita, dan Allah dan rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.
(viii) Istaslama - one who resigns himself in submission
No comments:
Post a Comment