Wednesday, February 8, 2012

Sepasang Sepatu Rasul

Jumaat lepas, aku, emak n intan lepak-lepak depan tv.. tertengok Halaqah kat TV9. Hahaha tertengok tu tak menahan :)). Kami dah nak tdo sebenarnya.. sebelum tutup tv saja la gatal tangan tukar-tukar channel. sampai tv9 ada rancangan Halaqah. Mak kata dia nak tengok.. jadi aku dengan intan pun tengok la sekali.


Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid

Masa tu la baru 1st time aku tengok dan dengar ceramah Habib ni... Orang nya muda lagi.. tapi ilmunya.. masyaAllah... bagus sekali. Cara percakapan dia.. slow tp tak boring.. buat pendengar tertunggu-tunggu apa lagi dia nak sampaikan selepas tu. Sejuk mata memandang... dan banyak gak info-info baru tentang Rasulullah s.a.w yang dia share masa ceramah tu. owh aku da ingat tajuk Halaqah malam tu "Sepasang Sepatu Rasul" camtu la lebih kurang tajuknya.. Program di kelolakan oleh Ust. Badli Shah Alauddin. Kalau korang nak tengok bole la cari kat tonton.com.my. Rasanya ada kat situ.


Ustaz Badli Shah Alauddin

Sangat2 enjoy tengok Halaqah malam tu.. Malam ni plak.. aku bukak TV Al-Hijrah..eh ada Habib lagi la hihihii.. tp tv aku ni problem sket... time kita nak tgk tu mmg la dia suka nak meragam... dapat la tengok sket2 je..

1st time tengok aku rasa penah nampak Habib nih.. tp kat mana ya.. tak puas hati punya pasal, aku gugel la hahahahaha... then i know that he is an IIUM student hikhikhik... aku dapat info tu dr blog nih http://izzat26.blogspot.com/2011/07/habib-ali-zainal-abidin-al-hamid.html . Terima kasih banyak2 pada tuan blog tu sebab menyediakan info berkenaan Habib nih...

aku sebenarnya nak letak isi-isi penting talk tu.. tapi.. tonton.com.my buat masalah... nanti len kali la aku share kat sini... bila tonton tu da ok and aku ada mood nak menaip kat sini hahahahaha....

No comments: