Wednesday, August 13, 2014

Kawen Cerai : Ingat benda main-main ke?

Tah la... tak faham aku dengan orang-orang zaman sekarang ni. Kawen cerai macam main pondok-pondok. Suka-suka nak kawen, kawen. Tak de nak pikir-pikir lagi. Selagi tak dapat kawen tu, macam terdesak sangat.

Masa bertunang je dah mcm menikah punya majlis... tu belum lagi part amik gambo... pre-marriage la post marriage la phuiii...

Kawen pulak bukan kecik-kecik punya majlis. Nak buat grand-grand, ada itu ini semua la. Sanggup tu berhutang asal masa kawen nampak 'happening' dan glemeres sangat. Tup-tup, 4-5 tahun lepas tu ceraiiii... itu kira lama gak tu.. ada yang tak sampai pun 2 tahun da cerai... apa kes korang ni..

Picture credit to Google.com
Pastu pulak... tak dan abis eddah dah ada boipren segala... abis je edah, cukup2 je abis edah terus nak menikah lagi.. aiyyoooooo gila express. 


Aku bukan nak mengata orang sangat. Tapi aku duk bagi peringatan kat diri sendiri gak ni... aku yang tak kawen-kawen ni sibukkkkkkkkk di suruh kawen... tak payah nak sibuk sangat lah suruh2 orang kawen.. aku tau la bila nak kawen nanti.. dah duk situ dendiam bhahahahahahaha....

Ingat kawen2 ni boleh buat suka-suka ke... kadang2 bila aku tengok keliling... aku jadi ngeri tau... haishhh 
kawen cerai bagi orang-orang zaman ni bukan perkara yang serius kalau di perhati-perhatikan. Macam seolahnya orang lain beli kereta, aku pun nak ada kereta. Mampu tak mampu itu lain cerita janji aku nak beli kereta macam orang lain. Macam tu la aku rasa orang-orang muda zaman ni berfikir pasal kawen nih... 

Oleh kerna aku ni da masuk 3 siries, aku da tak boleh nak fikir as simple as orang-orang muda zaman ni berfikir. Jadi kawen, belum masuk senarai wajib lagi bagi aku sebab aku ngeri hahahahahaha....

Eh tapi bukan la maknanya aku tak suka kawen.. aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat kawen2 ni. Sunnah kan... tak baik pulak nak menidakkan fitrah seorang manusia... 

Kesimpulannya, kahwinlah wahai orang-orang muda dan mereka-mereka yang nak berkahwin. Kawen tu biarlah dengan niat yang betul, bukan sebab nafsu semata atau sebab suka-suka nak ikut trend kawan2 kawen awal atau apa2 sebab yang dirasakan tidak akan dapat membantu kelansungan perkahwinan tu. Belajarlah ilmu rumah tangga, bukan hanya yang tersurat, tersirat malah yang tersiat2 pun kena belajar... 

Picture Credit to Google.com

membebel-bebel : sekadar peringatan untuk diri sendiri sahaja.

Friday, August 8, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

Aci je la kan ucap selamat on 12 syawal hahahaa.... tak sempat la nak update blog.. busy seperti selalu...
Tengok je la ek gambo2 mana yang sempat di edit nih... tak banyak pun gambo nya.. maklum la.. aku ni Cinderella, semanjang duk ceruk dapo huhuhuhu... Gambo2 yang ada ni pun masa jamuan raya keluarga Hj. Abdul Rahman on raya ke 3. Tuan rumah kali ni pak itam ktorg..tahun depan, kalau umo panjang, mak aku pulak jadi tuan rumahnya...


Malam tu ada la beberapa acara kami buat... satu cabutan bertuah a.k.a tukar2 hadiah. Yang ni diwajibkan kepada semua adik beradik mak aku. Anak2 buah yang dah kerja2 ni optional la..nak bg pun boleh.. so aku dapat la hadiah tupperware tu... hadiah tu kaklong yang bagi, dapat semula pada aku hahahahahahaha

Ni namanya gambo dalam gambo... gambo asal anak tiri pakcik aku tu yang snap... oleh kerna kamerawoman kami pun nak enter frame, takde la gambo yang senonoh.. dapat la gambo gini hahahaha...


Acara seterusnya pertandingan anyam ketupat... ni aku selaku urusetia, malas la nak join skali.. kang sebok aku nak menganyam, sebok la nak tanya itu ini... jadi sementara tgu diorg settle anyam sorg 3 biji ketupat, aku buat2 la jugak sebijik.. tu pun tak sempat siap da kena tarik nak bg keputusan hahahahaha....

Hah! korang ni! pandai tak anyam ketupat hihi... saje la tanya... bukan pasal apa, ramai je yang aku kenal tak pandai anyam ketupat... rugi tu seni ni kalau tak diteruskan.. sapa2 nak belajar meh la aku tolong ajo kan.. nak? nak? nak? 

Last but not least, kami... macam biasa la anak2 dara berposing selepas acara hihi...


Friday, July 11, 2014

Rencam Cerita Berbuka Puasa

Busy... Busy... sangat busy 2-3 minggu lepas... tak sempat nak bercerita walaupun banyak yang nak di kongsi... bila da simpan lama-lama, jadi lupa... kalau ingat pun da carca marba da ingatan itu hahahahaha...

Kita mulakan dengan Grand Iftar di tempat kerja ku ini... Grand Iftar ni biasanya melibatkan 'orang-orang besar' kat sini, sama ada Constitutional Head ke... President ke... yang akan datang. Untuk tahun ni President yang datang... Untuk event ni aku kena handle part penerima sumbangan untuk kakitangan yang kurang bernasib baik. Kami invite 10, tp yang hadir cuma 7orang - 2 lelaki 5 perempuan. The first recipient tu ada masalah kesihatan sket.. dia kemalangan masa bulan Ramadhan tahun lepas dan koma... lama jugak baru dia sedar semula. Sekarang ni keadaan dia da tak berapa bagus la.. ingatan pun da tak baik lg... 

So, aku kena tolong pimpin tangan dia masa nak ke pentas untuk amik sumbangan dari isteri president. Masa atas stage tu bila dia bersalam dgn Rector, tetiba dia sebak.. pastu kesebakan tu merebak2 pada orang2 di situ... aku da bercakap dalam hati "ah sudah! kang pakat2 aku pun sebak sekali...da tak pepasal satu tempat ni nampak aku nangis..." hahahaha. Adoiii boleh plak diorg bersebak-sebakan (ada ke perkataan nih hihi) atas pentas... haishhh. Geng-geng opis aku duk gelak2 kan sebab aku kena naik pentas petang tu.. padahal diorg tak tau apa jadi kat pentas masa aku pimpin akak tu huhuhu...

Overall, program tu berjalan lancar except for few things la yang diluar kawalan kami... biasa la mana-mana program pun mana ada yang 100% perfect kan... 

Next day after Grand Iftar tu, ada jemputan berbuka puasa. Aku terima 2 jemputan sekali hari tu... satu di Saloma Bistro dan satu lagi di Kelab Darul Ehsan. Aku sebenarnya prefer nak gi yang kat KDE tu tp sebab diorg jemput last minute, so tak dapat la pegi KDE hari tu. Aku da confirm awal nak gi Saloma Bistro walaupun aku tak tau jalan nak ke sana hahahahaha... 

Picture credit to Google.com

Memang berdebar2 nak ke Saloma Bistro tu...first time la katakan hihi... da la dalam bandar yang memang bandar kan.. kang kalau terlepas simpang mmg susah la nak berpatah semula.. Tapi redah je la... bila lagi nak bersesatan di Kuala Lumpur... Di petang kejadian aku gerak kul 5 dari opis... jalan lancar except kat mana tah jem sket... tp tu jem biasa yang tak teruk la kalau nak banding dgn hari2 lain... redah punya redah.. eh da sampai.. senang je rupanya nak mencari Saloma Bistro tu... 5.30 aku da terpacak kat situ... tu pun sbb jem sket kalau tak jem mau kul 5.15 da sampai...


Kat meja makan diorg sediakan benda ni... mula ingat apa je la dalam kotak ni... rupanya ada kurma 2 biji... 


ni je la pun gambar yang aku amik masa kat Saloma Bistro tu hahahahahaha... malas la nak gi amik gambo2 semua...

Makan kat situ memang best la... ada banyak pilihan... sate daging dia memang sedap sangat... pastu laksa, pastu pulut durian, pastu rendang daging, pastu kambeng golek, pastu eh banyak nya pastu pastu hahahahaha... banyak lagi makanan tp aku tak boleh nak makan semua la hihi... overall makanan dia memang sedap la.. kena kat tekak aku... owh lupa... nenas dia punya la manissssssssssssss sedap nya laaaaaaaaaaaa. Aku yang tak pernah suka nenas pun boleh terjebak makan nenas madu tu.. haishh...

Rate dia aku tak pasti... tapi kat billboard dia ada tulis RM95 buffet termasuk cultural performance yang satu lagi rate tu aku tak ingat. Mungkin korang boleh tengok sendiri kat website dia seperti yang tertera di atas kotak kurma pada gambar di atas tu ye hihi...

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi la pilih jemputan berbuka di Saloma Bistro ni. Sebab pertamanya aku dah tau jalan, mana nak tuju... bukan takat ke saloma tapi termasuk jugak la tempat-tempat di sepanjang jalan dari Ampang Point ke Saloma Bistro tu. Pastu makanan dia best dan yang paling penting, bila lagi nak dapat pegi tempat ni kan.. bukan hari-hari ada jemputan ke situ hihi... 

Thursday, July 3, 2014

Rezeki Ramadhan 1435H

Rezeki hari Jumaat menjelang Ramadhan... 


Siti turun petang Jumaat (27 June) tu hantar 2 bungkusan sampul surat besar macam dalam gambo tu. Satu untuk aku, satu lagi untuk bos... Untuk bos aku letak kat meja mesin potostat... nanti bila dia datang sok, tau la dia amik kat situ. Malas aku nak simpankan. Aku ingatkan budak-budak lain dapat jugak... bila aku risik-risik, diorg tak dapat rupanya... 


Ini la isi dalam sampul surat tu. Ramadhan Gift a.k.a Kotak Santekkkkk dari Holdings... Mewah betul hihi...
Sekali tengok macam al-Quran pun ada... ukir-ukir yang tepi tu timbul tau... santekkkkkkkk... 


Ni bila aku bukak dalam nya....


Ini la isi perut kotak santek itu... Oleh kerna budak-budak berdua tu tak dpt benda ni... aku amik la sket isi perut kotak ni bagi kat budak berdua tu... share-share rezeki Allah kan... ni kurma yang besar tu... jenis medjool tu kut... besar-besar gini biasa medjool la... Kurma ni biasanya kalau aku dgn Intan, sebiji tu kami share... pernah gak try makan sorang sebiji... putih mata kami nak abiskan sebab besar hahahahahaha....

Balik ke rumah petang tu, tengok-tengok Intan pun dapat jugak Kotak Santek ni... dah ada dua, jadinya yang kotak Intan tu kami export balik kampung... sebab mak memang da pesan kalau dapat kotak2 cantik, dia nak satu hihi.... so tinggal kotak aku je la kat rumah KL. Cukup la tu untuk sebulan puasa... kami bukan makan sangat kurma huhuhu... pastu ada kurma Fardh (betul kut namanya huhuhu) pemberian Ummi lagi... memang la tak abis nanti ni...

Alhamdulillah.. rezeki menjelang Ramadhan kan... orang dah bagi, kita terima je hihi...



Friday, June 27, 2014

Bantal Gel Penyejuk

Best kan tajuk? Bhahahahahahahaha.... tak reti nak translate Soft Cooling Gel Pillow tu ke bahasa Melayu... maklum la... i bukan oreng meleyu kihkihkihkih....

Al-kisahnya, dah lama kitorg teringin nak beli bantal Kool Fever ni... Musim-musim panas macam sekarang ni kan... kadang tu nak tido malam pun susah. Tu yang masing-masing berhajat nak beli benda ni untuk sejuk kan diri bila nak tido... 

Hari tu masa gi jalan-jalan kat area rumah ni, singgah sekali kat farmasi, sekali tengok ada bantal ni... harga pun berpatutan... maka terus la kami beli. Mula ingat nak amik 2 sekali. Aku satu, Intan satu. Fikir semula, beli satu je dulu la. Test dulu kan... mana tau tak best ke... tak la rugi beli sampai dua. So, Intan beli dulu satu. Semalam dia da test guna dan kata memangggggggg nyaman hahahahaha... 


 Ni la rupa bentuk packaging nya... kat farmasi tu takde jual jenama lain dan aku pun tak pasti ada jenama lain ke untuk produk macam ni. Cuma yang aku pasti, ada satu hamparan jenis macam ni jugak di jual di TV9. Ada satu rancangan nama Home Shopping Japan kat TV9. Tak ingat kul berapa tp da lewat malam gak la... aku selalu tertengok (padahal memang nak tengok) rancangan tu haahahahahahahahaha. Kat rancangan tu ada jual produk dari jepun.. jenis ni jugak tp besar, dia untuk hampar atas tilam n sejukkan badan.. camtu la lebih kurang. Kat Malaysia ni aku tak pasti da ada ke blom benda tu hahaha

Dalam pack tu ada benda ni... boleh guna bnyk kali....
Bila da guna simpan dalam fridge... pastu gunaaaaaaa lagi... tp ada expired date rasa aku...



 Kitorang beli ni harganya RM25.90. Tapi kak Fizah kata dia beli kat Guardian RM23.90... so rugi la kami 2hengget huhuhuhu... nasib baik tak beli 2 skali hari tu hahahaha....

Sedap agaknya kan.. panas-panas macam ni.. baring atas katil.. tepek benda ni atas kepala... huishh memang confirm lelap tak terjaga ni...haishhhh nikmat nyaaaaaa...

Thursday, June 26, 2014

Kurma Datang Lagi....

Haaaa tajuk da macam iklan tora... macam biasa, bila menjelang Ramadhan, opis kami akan terima kurma yang didatangkan khas dari Riyadh. Kurma ni pemberian seorang penderma dari sana la. Memang tiap-tiap tahun kami dapat kurma dari penderma ni untuk diagih-agihkan pada komuniti di sini.


As compared to last year, tahun ni kami dapat kurang sket.. dalam 2.5 tan sahaja... tahun lepas 3 tan rasanya... Lebih kurang tu la... aku pun tak pasti sgt bab ni sebab yang deal dgn donor tu orang lain hihi.. aku cuma tolong uruskan bahagian agihan...

Gambar atas tu kotak2 kurma yang kami terima. Satu kotak ada 8 pack of 1kg each. So satu kotak tu dalam 8kg la. Tak muat atas kabinet, kami letak jugak kat bawah tepi dinding hahahahaha... meeting room tu da macam store jadinya....


This is how its look like. Ni satu kg la ni satu pack. Haa siap ada nama al-Duhayan Dates lagi hihihihi...

Yang ini isi dalam selepas pack tu dibuka. Dates ni macam da dicampur dgn madu or gula pastu diorg compressed jd satu pack macam dalam gambo di atas. Memang manis yang amatttttttttttt.... 


 Yang ni pulak gambar dates tu selepas kami cerai-ceraikan untuk repacking. Rasanya most Malaysian tak berapa suka kurma gaya ni sebab manis terlampau. Tapi foreigners memang suka especially Arabs.

 
 Proses repacking. Nampak kerusi-kerusi hijau itu... macam ni la jadinya meeting room kami. Memang tak boleh buat meeting kat sini seminggu dua ni. 

This is the end product. Kami cuma buat 100 pack sahaja. Yang ini untuk diedarkan di kaunter kami. Untuk pembayar dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kaunter kami.... 
Owh lupa nak bgtau. Satu pack tu (1kg) boleh dapat 3 bekas macam kat atas ni. So total yang kami guna cuma 33kg a.k.a 33 pack sahaja. The rest kami bagi sekilo-sekilo tu la... tadi da settle da agih mengagih yang sekilo-sekilo tu. Tinggal beberapa kotak lg yang telah di reserved, menanti tuan empunya datang mengambil. 

Yang dalam bekas kecik-kecik tu, masih ada lagi... tu pun macam da tinggal sikit-sikit. Dalam sehari dua ni habis la tu... insyaAllah.

Begitu la cerita kami menyambut Ramadhan saban tahun. Alhamdulillah sebab kami dapat sumbangan kurma ni dan boleh pula diagih-agihkan sesama kami di sini. Terima kasih la kepada penyumbang yang tak pernah jemu-jemu bagi kami kurma ni... moga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu....

Monday, June 23, 2014

Cuai

Lepas kecewa dengan harga deodorant Nivea for Men kat kedai berhampiran rumah pada hari Jumaat lepas, kami ke Tesco Selayang hari Ahadnya. Tujuan asal nak beli Nivea for Men tu je.. tp biasa la bila da keluar kan.. mesti nak makan-makan dulu... minum-minum dulu.. lepak-lepak... 

Sementelah kami sampai Tesco tu da tengah hari... maka kami pun brunch je la untuk hari tu... tengah duk makan, kami duk perati keliling... Tetiba terpandang satu trolley ni... atas trolley tu ada seorang baby anggaran umo 3-4 bulan kut.. dan seorang budak kecik anggaran umo 2-3 tahun... pastu ada sorang budak lelaki tengah duk lompat-lompat atas trolley tu anggaran umo dalam 4-5 tahun macam tu... duk la pandang keliling mana la mak budak-budak ni. Apsal la dia biarkan anak dia yang besar tu melompat-lompat atas trolley. Kut jatuh ke.. terbalik ke trolley tu.. kan da menyusahkan... haishhh... 

Perati-perati.. takde mak budak-budak tu.. perati keliling semua.. mana satu mak budak ni? eh selamba tinggal anak macam ni... gila ah... Rupanya mak dia tengah beli makanan... tapi jauh kut dari pengawasan kalau letak anak macam tu... memang berani mati la mak dia.... Dalam sibuk orang bercakap pasal budak-budak kena culik, dia boleh selamba je tinggal anak dia macam tu. Memang la dia perati sesekali, tapi orang jahat sekarang ni lagiiiiiiiiiii pantas dari kita. Hadui... da la baby tu comel gilak... kalau aku bawak lari pun mak dia tak perasan bhahahahaha... pastu boleh la aku claim tu anak aku... muka pun da iras2 anak cina kan.. haa orang mesti tak syak kahkahkahkah... 

Lepas makan... sambil menyatakan rasa tak puas ati terhadap mak budak-budak tu sesama kami, kitorang pun gerak la gi beli deodorant Nivea for Men tu.. haaaaaa amik ko.. kat sini baru RM7 lebih... kat kedai rumah aku tu sampai sebelas hengget lebih!. Tengok beza dia.. haishhh... cekik darah betul!. Settle membayar, kami pun gerak. Cik Almarigobok nak cuci tangan dia sebab kena Clorox tumpah... so kami singgah semula ke food court Tesco tu. 

Dari jauh dengar suara baby menjerit huaaaa huaaaa... skali bila da sampai dekat, tengok-tengok budak2 tadi... laaa kena tinggal lagi.. kali ni mak dia masuk jamban pulak... haduii berani la dia.. memang tahap dewata raya berani nya mak budak-budak ni... gila betul la... ko bawak je le budak2 tu masuk jamban kan kalau dah tak tahan sangat.. ni dia tinggalkan atas trolley kat luarrrrrrrrrr pintu utama tandas... hadui... sesak napas aku... Tah la.. tak tau nak kata apa dah... memang sungguh2 berani mak budak-budak itu... haishh.. 

Perangai macam ni la yang memudahkan penculik-penculik ni amik kesempatan.. kenapa la tak nak beringat.. Aku tak pasti mana ayah budak-budak itu... sebab all the time aku nampak memang mak dia sorang.. kesian..memang kesian sebab dia sorang-sorang pastu nak bawak anak-anak 4 orang.. tapi jangan la cuai macam gitu... kalau dah terhilang budak-budak tu.. nak kata apa... haduiiii...

Hati-hati la korang yang ada anak-anak ya... amik sikit pengajaran dari kes-kes yang pernah berlaku... jangan la berani sangat sebab di Malaysia kita ni... semua benda boleh terjadi...