Tuesday, September 21, 2010

Penggunaan O/D Yang Betul Pada Gear Automatik

Kebanyakkan Kenderaan automatik dilengkapi dengan system o/d tetapi masih ramai yg tidak fhm atau keliru akan penggunaannya yg betul.

Penggunaan o/d yg betul mampu menjimatkan bahan bakar selain mampu mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui bahagian selekoh jln mahupun menuruni bukit.

Ketika kita memandu dan menekan picu o/d pada batang gear, lampu o/d off akan menyala pada meter kenderaan dan ini menunjukkan penukaran gear hanya akan berlaku sehingga gear 3 shj.

Situasi ini sesuai bg kenderaan yg terdpt dlm kawasan bandar atau taman2 perumahan kerana pemanduan kenderaanakan menjadi lebih ringan pada gear dan kelajuan yg rendah tidak melebihi 90km/h kerana konsep penggunaannya adalah sama spt memandu kereta manual.

Sentiasa perhatikan meter RPM pada kenderaan tersebut dan jika meter RPM melebihi kepada angka 3500 (3.5) pada pemanduan yg lancar dan berterusan, o/d perlu dimatikan kerana penggunaan yg salah akan menyebabkan pembaziran kepada bahan bakar kenderaan.

Pastikan pemandu tidak keliru pada dua situasi yg berbeza iaitu kelajuan kenderaan dan kelajuan enjin. Kelajuan enjein merupakan meter RPM dan terletak bersebelahan dgn meter kelajuan kenderaan. Pada pemanduan yg berterusan dan lancar, jika kelajuan meter adalah tinggi (melebihi 3500 RPM) sedangkan kelajuan kenderaan adalah rendah, perhatian perlu diberikan kerana keaddan ini menyebabkan berlakunya pembaziran bahan bakar yg ketara.

Huraian penggunaan o/d ini adalah luas dan bukan sahaja merangkumi cara pemanduan sahaja tetapi juga sistem keselamatan ketikan pemanduan dalam hujan mahupun ketika mengambil selekoh yg tajam.

Pemahaman yg betul dlm mengendalikan kenderaan membantu pemilik kenderaan mengurangkan kos dan menjimatkan masa mereka serta membantu kenderaan mereka daripada berhadapan dgn risiko kerosakan yg serius.



Sumber : Utusan Malaysia, Selasa 21 Sept 2010, pg.13

2 comments:

cek chun said...

banyak kali aku baca de. awat keta aku takde menda nih. pastu baru pasan. keta aku MANUAL. kahkahkah

NisaUsoff said...

ni yg aku malas nih :-w kete manual mmg le takde... aku rotan kang :-w:-w