Friday, August 23, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI korang... :D da lambat da wish hihi...

Gambo makanan takde tahun ni... gambo family gathering je yg ada... 


Ni la anak-anak, menantu2, cucu2 dan cicit2 HJ. ABDUL RAHMAN MOHD. AMIN a.k.a atuk aku. Kehadiran tak penuh ni...maklum la lain orang lain pandangannya... lain orang lain sensitiviti nya kan... dpt berkumpul 3/4 ni pun da kira syukur dah :D....

Lokasi kejadian... kat rumah Arwah atuk n nenek (sekarang dah jd rumah poksu) di Kampung Parit Lapis, Batu Pahat, Johor.

Gambar ni bersempena dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Keluarga Hj. Abdul Rahman pada 4 Syawal 1434H bersamaan 11th August 2013.


 Ni plak gambo cucu2 dan cicit2 arwah atuk n nenek :D. Cucu arwah atuk n nenek yang paling tua tu yang berspek mata bertudung kemerah-merahan tu... kaklong aku lah sapa lagi hahahahaha... tengok la bertuah ke tak... anak dia aku kena tdo kan.. dia bersenang lenang bergambo dgn kazen2 n anak2 buah yang lain huhuhuhu....


 Makngah n Ulwan... budak ini sudah rindu... pantang nampak nak berkepit je keje dia....


 Lama tak beraya di rumah ni... sob sob... sejak arwah atuk n nenek takde... mmg tak penah lg ktorg bermalam utk sambut raya kat sini... rindunya...


 Aku mcm biasa jadi pengasuh anak2 hahahahaha... dah anak2 nak kat aku je.. apa ke hei nya tah... 

 Takde peluang aku nak bercanthek2 di hari raya... jatuh saham mcm ni... adoiii da mcm org beranak 3 hahahahahahahaha

Tuesday, August 6, 2013

Mee Rebus Udang

 Saja nak letak gambar makanan yang aku masak sebelum-sebelum ni :D. Kan dulu blog ni terbengkalai..berhabuk2 takde entry baru hahaha... aku amik gambo tp malas nak upload... bleh gitu hihi....

So kali ni nak share mee rebus udang... kenapa udang sbb itu je rencah yang available dalam fridge aku masa tu :D...

Aku tak buat rempah mee rebus tu sendiri tapi aku beli yang segera je :D. Aci la kan... nak makan pun dua orang je... malas nak nak bersusah2 buat sendiri rempah-rempahannya kan... baik beli je rempah segera yang bnyk tersedia di pasaran hihi...

Aku guna rempah mee rebus dari Agromas. Tak ingat berapa hengget sebungkus tapi memang sedap lah. Cukup segala rasa yang sepatutnya ada dalam mee rebus. Aku try gugel gambonya tapi tak bleh nak save plak kat lappy nih... jadi korang gugel la sendiri ya rempah tu. Kalau tak pun bleh tengok kat web Agromas ni.

Ni rencah-rencahnya... cuma bawang goreng, tomato, taugeh, cili merah dan tofu.... Memang makan 2 orang je tp kami suka lebih accessories lebih2 lagi bawang goreng tu hahahaha

 Haaa banyakkan :D. Percayalah kami tak makan sekali hadap pon.. kalau masak tengah hari tu sampai sarapan pagi esok ada lg.. tu pun tak masak dah benda2 lain.. makan mee rebus je dari tengah hari sampai petang sampai malam sampai sarapan hahahahahaha... skali package.

Ni la dia mee rebus menunggu untuk di ngap.

Botok-botok Part 2

 Seperti yang dijanjikan dalam entry Botok-botok yang lepas... kali ni aku tunjuk gambar botok-botok yang aku beli kat PARAM tu... 

Ni sebungkus RM5.00. Nampak besar la jugak bungkusan daun pisang nya...


 Yang ni isi dalam dia selepas aku bukak bungkusan daun pisang tu... ada segala mcm daun pucuk kayu dalam ni... 

 Selepas digali.. jumpa la ekor anak ikan tenggiri kat dasar bungkusan hahahahaha... bersama cenonit rempah2....


Aku tak kenal sangat daun-daun tu.. yang aku kenal cuma 2 jenis je.. pucuk ubi.. dengan ulam raja hahahahaha... yang lain aku tak taw. Daun yang kaler gelap tu pahitnya masyaAllah... tp mak aku kata daun tu yg sedap huhuhu....

Secara ringkasnya boleh la beli kalau dah terdesak sangat nak makan... tp yang mak andak aku buat lagi sedap... melimpah dengan rempah2.. aduii sedapnya... terliur la pulak... Cuti raya ni aku ingat nak mintak resepi dr mak andak la.. takpun...susah susah sangat, suruh je la dia masak kan hihi :)):))... 



Thursday, July 25, 2013

Botok-botok

Pernah dengar nama botok atau botok-botok? Kalau orang Johor tau la kut botok-botok nih... Orang negeri2 lain jarang atau mungkin ada yang tak tau kut apa dia botok-botok. Botok-botok ni adalah sejenis makanan. Ada macam-macam jenis botok-botok tapi yang aku slalu makan botok-botok ikan. Emm tp aku mcm penah dengar 2 jenis je botok-botok ni.. ikan dengan ayam hahahaha.. jenis2 lain aku tak penah dengar pulak ;)). 

Botok-botok ni terdiri daripada pucuk-pucuk kayu, ulam-ulaman, ikan (kebiasaannya ikan tenggiri) pastu ada rempah-rempah ratus lain... Semua bahan2 ni dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Botok-botok ni kira makanan tradisi orang-orang Johor la.. tempat lain aku tak pasti. Mesti ada yang tak puas ati.."eh ko bukan orang Johor tapi apsal ko tau pulak pasal botok-botok nih?" kan kan kan hahahahaha.... Ekceli...ehem... mak aku orang Johor. Jadi aku ni kira half Johor, half Melaka. Jadinya banyak la makanan orang-orang Johor yang menjadi kebiasaan aku dan keluarga... 

Aku tak pandai nak buat makanan ni. Kalau takat nak letak daun2 dengan ikan tu aku taw la.. tapi bila sampai part rempah2 dia tu... aku rasa mcm gagal je walaupun aku tak pernah buat lagi hahahahaha. Emmm tp kan aku rasa.. aku da gagal masa part daun-daun tu lagi taw.. sebabnya aku bukan kenal sangat pucuk-pucuk kayu n ulam-ulaman nih kihkihkih... ada pulak daun tah pape aku letak skali dlm botok tu.. mabuk plak orang yang makan nanti... Jadi, aku amik la keputusan tak yah la aku nak membahayakan kesihatan orang lain dan diri sendiri. Lebih elok kita beli je la yang sedia ada di pasaran hahahahaha... baekkkkkk punya alasan hahahahaha...

Resepi aku takde jadi takde la nak letak skali kat sini. Gambar pun takde untuk hari ni sebab aku tak transfer lg gambar ke lappy nih. Owh ye.. semalam aku beli botok-botok ni kat pasar ramadhan area rumah aku. Tu yang dapat idea nak upload entry hari ni hahahaha... Sedap memang sedap...tp ada pucuk apa tah ya ampunnnn pahit amat... aku makan selai je daun tu.. pastu kuis tepi.. Intan pun makan selai je sebab pahit tak hengat... Rempah dia mmg mabeles.. sedap... tp ciput sangat :(. Ikan pun kecit je huhuhu... Sebungkus dia jual RM5. Emm nanti la time aku upload gambo dia nanti baru aku cite lanjut ye hihi...

Picture credit to Google.com
Sebagai penutup... tengok la gambo kat atas tu untuk panduan mengenal botok-botok hahahahaha... Kelas kan ayat... Aku gugel je untuk jadi rujukan... kira macam tu la lebih kurang rupanya botok-botok.. kalau kita buat sendiri memang melimpah ruah lah rempah-rempah tu.. tp kalau yang dibeli... cinonet je rempah nya...

Untuk yang suka nak mencuba.. bleh gugel resepi.. aku bleh gerenti memang sedap... nyummmmmm

Saturday, July 20, 2013

Pembaziran di Bulan Ramadhan

Last few days aku dapat "jemputan" (kalau boleh di istilahkan sebagai jemputan la...) berbuka puasa di sebuah tempat agak famous la jugak kat sini... Dek kerna nak memenuhi keinginan sang adik...aku layan je la gi berbuka kat situ. Duduk semeja dengan aku ada satu family suami isteri dan sepasang anak mereka yang aku kira dlm lingkungan umo 4-2 tahun rasa-rasanya. Aku takde masalah pun nak duk semeja berbuka dengan budak2 sebab aku memang suka budak dan budak pun memang suka kat aku hahahahaah (perasan jap... tapi itulah kenyataannya hihi). Tetamu lain yang semeja dengan kami ada 2 orang perempuan dan 2 orang lagi lelaki bujang lah aku kira semua tu. Owh by the way, diorg tu memang dah kenal sesama sendiri jadi tak kekok la kiranya duduk semeja mcm tu. Kira meriah gak la meja yang aku duduk tu.

Bila sampai waktu dekat2 nak azan tu.. diorg gi amik makanan termasuk la aku. Sampai lah part pembaziran yang berlaku depan mata aku. Yang pasangan suami isteri tu bergilir gi amik makanan. Mula si suami pegi... datang bawak sepinggan nasi siap dengan sayuran (aku tak perasan lauk lain dalam pinggan tu sebab segan nak tengok sangat) dan sepinggan penuh sate. Lepas tu dia pergi lagi untuk amik makanan lain. Datang semula dengan menatang sepinggan penuh aku kira kambeng dan ayam bakar kut. Pastu si suami duduk, si isteri pulak amik giliran gi menjamu mata kat meja hidangan dan kembali ke meja dengan makanan penuh di pinggan. Dia amik kue teow goreng with load of chilies pastu apa lg tah dia amik.. nasi putih with sayuran (again aku tak perasan lauk apa lg dia letak dlm pinggan nasi itu huhuhu) dan some other things lagi yang aku pun tak pasti apa bendanya. Ye la tak kan aku nk gi belek or tengok betul2 apa diorg amik ye tak... kang tak pasal2 kena jerkah...dah malu sendiri hahahaa... 

Sampai lah waktu maghrib n azan pun berkumandang... apa lagi masing2 pun mula makan... diorg sekeluarga pun makan gak (anak2 dia yang 2 orang tu dah makan dlu... bila bapak dia anto je pinggan nasi yang pertama memang anak2 dia dah makan...). Aku tak taw la tp mungkin sebab aku blom ada anak so aku mungkin tak faham cara diorg berbuka bersama anak2 diorg tu. Diorg tu bukan makan aku rasa... tapi loceh.. tau ke apa loceh tu? alaaa loceh ni macam ko kuis situ sikit...kuis sini sikit... masuk mulut kunyah2 2-3 kali... pastu buang... haa mcm tu la.. Ya Allah... sayangnya makanan dibuat macam tu... aku mcm terkedu tengok perangai diorg sekeluarga... 

Lepas tu nya pulak.. bila da separuh jalan berbuka... dia dah loceh abis semua makanan (terutama anak2 diorg tu) baru dia nak offer sate sebeban yang diorg amik tu kat ktorg yang semeja ni. Owh hellooooo... ko hengat ktorg kebulur sangat nak makan lebihan ko... kalau dari awal2 ko amik tadi ko cakap "kak... makan taw sate ni...memang saje amik lebih untuk semua orang kat meja ni..." sedap la jugak ktorg nak tolong makan kan... ni dah kira sisa ko yang ko dah tak termakannnnnnnnnnnn baru ko nak offer kat ktorg.. sorry naik lorry la ye...

Memang takde sapa pn yang makan sate dia tu... semua macam tak sanggup kut hahahaha.. Lepas tu kami ingat diorg dah takde nak makan lagi dah.. maklum la.. 1st round je diorg punya makanan dah 1/2 meja... tup2 eh dia pegi lagi amik makanan lainnnnnnnnn. Adoi mak... aku dah mula berzikir dalam hati utk bersabarrrrrr hahahahaha... owh aku lupa nak cerita.. kan awal2 td aku ada kata dia amik kue teow goreng with loads of chilies kan... penyudahnya.. cili jeruk tu duk berterabur atas meja dan kue teow tu tak dimakan lansung... yang aku tau..si bini susun2 pinggan bertingkat dan waiter datang angkut pinggan terpakai tu... Tengok la mana aku tak geram.. membazir je...

Towards the end tu.. kami2 ni memang dah tak larat nak makan lagi.. tp budak lelaki berdua tu rajin gi amikkan kek bagai... nasib dia amik 2 potong utk share reramai jadi sorg sikit abis la benda tu kan.. takde la kisah sgt.. tp yang pasangan ni bleh gi amik kek.. amik buah.. amik bubur lg... adoiii pemutusnya... anak dia yg lelaki tu muntah menyembur mcm air paip bocor... Ya Allah ya Tuhan... nasib la dah abis makan nak oiiiiiiiiiiiiii kalau tak ada yang meloya kat situ. Haduiiii apa punya malang la nasib aku hari tu dapat duduk dgn family mcm tu. 

Itu lah antara sebab kenapa aku kalau boleh nak elakkkkkkkkkkk sangat dari berbuka kat tempat berbuffet ni. Aku tak sanggup nak tengok orang membazir. Amik selagi ada. Memang betul ko bayar... tp itu tak bermakna ko boleh membazir. Selagi boleh elak, aku akan elak gi berbuka kat luar mcm tu lg... esp kat hotel2 ni. Walaupun yang datang tu aku kira bukan la cikai2 punya orang... tp perangai sorang2 memang cikai tahap 12 taw... arghhhhhhhhh mencik!

Tuesday, July 9, 2013

MASTIC

Dalam entry sebelum ni aku ada mentioned MASTIC ni kan.. digunakan dalam resepi untuk buat Date Bars. Sebab aku pelik apa bendanya rempah MASTIC ni... jadi aku pun gugel lah macam biasa... cari2 keluar la macam2 benda.. owh untuk pengetahuan, kalau gugel benda2 yang tak familiar ni, aku lebih suka tgk gugel image. Kadang2 lain tempat lain nama untuk satu2 benda kan... jadi kalau kita tengok gambar lebih senang nak tau apa benda yang dimaksudkan tu. So aku gugel image mastic ni... keluar la segala mcm gambar pokok... gambar batu2 mcm kristal tu.. gambar botol rempah dan yang paling tak boleh blah..gambar mastic floor huhuhu... apakah nak buat date bars tu kena guna serpihan lantai? hahahahaha gilos la cenggini hahahaha...

Ni gambo pokok mastic a.k.a damar...


Tak puas ati gak... aku try translate apa ke benda mastic nih... rupa2nya mastic itu adalah DAMAR... emmm damar ni bukan getah pokok yang org guna utk idupkan api ke? boleh buat masak ke? boleh dimakan eh huhuhu.. dah tak pepasal aku nak kena search info tentang damar pulak lepas ni hahahahaha...

Bagi korang yang dah biasa dgn istilah mastic or dah biasa dgn kegunaan damar ni mesti korg rasa aku mcm jakun kan hahaha.. suka ati korang la nak kata aku jakun pun sbb aku mmg tak tau apa benda mastic tu dan yang paling penting aku tak taw plak damar tu boleh dimakan hahahahahaha....
 Yang ni plak damarnya... 

 yang ini pulak...rempahnya hahahaha ada macam2 jenis rempah ni kut. Yang digunakan dalam resepi date bars tu gambarnya dalam peket2 pastu mcm serbuk je rupa bentuknya.... Aku tepek gambo ni je la... yang lain korang cari sendiri ya di google.com itu. Orang Greek makan damar ni kut... sbb ikut label tu Greek Traditional Fruit Sweets...

Emm satu keje pulak nak cari mastic kat sini kan... nampaknya resepi ni bakal berhabuk la dalam simpanan... alasan tak jumpa mastic kat malaysia ku yang terchenta hahahahaha (sah2 alasan orang malas)




All pictures credit to Google.com


Menjelang Ramadhan...

Opis kami, setiap kali menjelang Ramadhan, memang akan busy dengan kurma2an... Tahun ni mcm kebiasaan kami dapat kurma dari Saudi lagi.. Compressed dates... 1kg per pack sebagaimana tahun lepas... Konon2 nk buat kelainan sikit tahun ni... kami open to all lah.. sapa berminat boleh datang amik sendiri.. or boleh hantar wakil dtg amik dr kami... tapi nampaknya cara mcm ni kurang berkesan la... kena buat cara lain nampaknya tahun depan...

Sehingga entry ni ditaip... kurma yang tinggal tak sampai 20kotak lg... harap2 cepat la habis sbb kami dah pening berperang dgn kurma huhuhu... Bukan kami berkira taknak bg sorang satu... tapi kurma jenis ni, ramai juga yang tak suka sebab extra manis. Pastu kami dapat mmg dah di pack besar2 mcm tu.. mana la terdaya kami nak re-pack kecik2 utk agih2 pada semua kan.. Kena la korg pepandai bagi2 sendiri... kalau satu opis tu ada 200 org... kami bg 8 pack a.k.a 1 kotak... pepandai la korg bagi2 kan... sorg sesudu ke kan huhuhuhu...
Macam ni la lebih kurang bentuk kurmanya... Pic ni aku gugel je.. takde kamera la nak amik gambo sebenar hihi... mcm mana nak makan..memang kena guna sudu la :D...

Gugel punya gugel.. terjumpa pulak resepi yang guna kurma jenis ni hahahaha... bleh la buat kuih utk raya nanti ;)). Nama resepinya DATES BARS, untuk full receipt, bleh tgk http://www.tasteofbeirut.com/2010/04/date-bars/

Harap maklum saya malas nak copy resepi itu...hihihi... eh ingat tahun ni bleh try la kan buat dates bars ni.. tp kan apa benda nya MASTIC tu? Arghhhhhhh tak pasal2 nak kena gugel mastic pulak....aaaaaaaa

Tuesday, April 30, 2013

Pesta Buku PWTC

Aku dah gi sabtu lepas (27 Apr 2013). Pergi berdua je dengan Arfah. Intan nak ikut tp ada kelas jadi dia ikut dalam mimpi je lah hihi... Aku gerak dari rumah pagi2 sebab nak anto Intan ke UKM dulu. Pastu terus gi UPM tgu Arfah untuk ke stesen ERL Putrajaya... Ini 1st time aku dgn Arfah nak ke PWTC naik pengangkutan awam, jadi kami agak terpinga2 lah. Mujur Arfah tau dari Putrajaya ke KL Sentral. Yang aku pulak sambung dari KL Sentral ke PWTC. 

Kami sampai da tengah hari sebab berhenti makan2 dlu.. nak tercangak2 kat KL Sentral lagi.. pastu... beratur sikit punya panjang nak beli tiket ERL n LRT tu... Sampai je Level 4 PWTC tu.. kami berpisah... Arfah gi bahagian buku2 rujukan Univ. sebab dia kena pilih buku utk UPM. Aku plak merayau2 tanpa tujuan hahahahaha... Bahaya sebenarnya merayau2 tanpa tujuan nih.. sebab duit ko akan habis tanpa disedari dalam sekelip mata huhu.. Tapi kedai pertama aku gi beli buku ialah Al-Ameen apa tah nama booth tu... kat situ aku beli buku utk Adik n Ulwan, Ketupat Cinta Musim Pertama untuk Intan and few other books untuk diri aku sendiri. Pusing2 kat Level 4 tu.. boring.. aku turun level 3. Situ banyak kedai jual kitab hihi.. Terus tuju kedai apa tah tak taw nama...tnya Terjemahan Kitab Al-Umm. Ok ada harga pun affordable. Tapi mcm musykil sket kenapa ada 3 jilid je..setahu aku Kitab Al-Umm tu ada bnyk jilid. Eksaited punya pasal aku call Intan pastu terus beli set kitab tu dengan harga RM140 (harga asal kalau ikut carian aku di internet lebih kurang RM220 - RM250). 

Terpaksa la aku pikul kitab tu kehulu ke hilir hahahahaha... dapat pahala kan kalau bawak kitab jenjalan hahahahaha... aku singgah gak booth Gerak Budaya (or apa tah nama dia) dan beli lagi buku... last2 aku tak larat n ikut je Arfah ke sana sini cari buku2 utk UPM hahahahaha.... Level 2 dan seterus nya aku tak pegi pun sebab ramai sangat orang dan aku malas nak bersesak2... ada gak nampak booth karangkraft la.. Saba Islamic Media (yang ni kami singgah jap) dan lain2 tu.. mmg la nak pegi.. tp bila tgk orang ramai...maka terbantut la hasrat di hati...

Balik petang tu.. kami naik LRT dari PWTC terus ke Bandar Tasik Selatan. Dari situ terus amik ERL balik Putrajaya.. cepat sket dari kami kena transit ke KL Sentral dlu kan... (balik da cerdik sket kihkihkih). Sampai rumah aku pun belek2 la Kitab yang aku duk pikul tu.. sekaliiiiiiiiiiiiiiiii bukan kitab yang si Intan nak adoiiiiiiiiiiiiiii salah beli dah. Yang aku beli tu rupanya Terjemahan Ringkasan Kitab Al-Umm (مختصر كتاب الام) Patut la sikit je jilid nya... pastu murah sangat hahahaha.. Kalau Kitab al-Umm yang biasa tu mau 4-5 ratus harganya..dan jilidnya pun lebih dari 3. Emmm apa nak buat..dah terbeli. Tapi masih boleh diguna pakai. Lagi mudah untuk di buat rujukan.

Pic. Credit to www.ilmusunnah.com
 Yang ni Terjemahan Kitab Al-Umm. Harga dia kalau ikut website tu dlm RM438.00. Aku tak pasti tu termasuk kos penghantaran atau tidak. Ada 4 Jilid semuanya....
Pic. Credit to Google
 Yang ni pulak Terjemahan Ringkasan Kitab al-Umm. Aku beli yang ni :D. Nasib baik gak la Intan nak kitab ni... kalau tak aku la yang jadi tuan kitab.. haa kena la aku baca kan.. kalau beli je tak baca kang sia2 plak.. tp oleh kerana kitab ni da jadi milik intan.. biar dia je le baca hahahaha.. aku tumpang seronok tengok kitab ni lawa kakakakakakaka...
 

Wednesday, April 10, 2013

okay series aku tensen... mcm nak bg penumbuk je kat sekor2 ni... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa nak maki2 pun ada gak ni...


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

punya la marah pagi td... sampai lupa nak letak credit untuk gambar2 kat atas tu hahahaha... Pic credit to Google. Tenkiu pakcik gugel...

Monday, April 8, 2013

Mengantuk weh...

Pepagi aku da ngantuk ni... mana taknya.... semalam tido kul 2.15am. Bukan buat apa pun...saje2 mengabiskan baca buku Inspector Mislan and the Utube Serial Rape by Rozlan Mohd Noor. Ingat nak baca 2-3 chapter je... tapi terleka sampai la ke chapter akhir hehehehe... Series okay aku mmg jatuh chenta dengan inspector Mislan itewww hahahahahahaha.... 

Oleh kerana saya telah menghabiskan masa tido saya untuk membaca tentang orang yang saya chentai (kahkahkah)... pagi ni saya sangat lah mengantuk... Jap lagi nak cari kopi o buat penahan mata.. kalau tak tahan sgt gak... terpaksa la aku tdo kejap kang... pepandai la cover diri sendiri nanti...

Mengantuk macam mana pun keje kena buat la kan.. dah kita kuli...kena la mengulikan diri... lain la kalau kita 'ehem2'... sedap je la pass semua benda yang kita tak suka pada orang lain... kan... kan.. kan... Kalau benda yang kita suka.. dan agak2 boleh naikkan nama kita sendiri..baru la kita buat dengan bersungguh2 hahahahaha...

Adoi.. bengang pulak kepala aku.. ingat nak cuti je td.. tp memikirkan cuti tahunan aku da tak berapa nak banyak lagi balance nya... gagah jugak la aku gi keje nih... Tak sabar nak tgu 22nd April nih.. adoii mcm bertahun lamanya... Harap2 ada berita gembira untuk aku hari tu... arghhhhhhhh semua kacau bilau je bila otak tak bole nak fokus.... Korang yang baca ni (ada ke yg baca hihihihi) jgn le kompius ye.. kejap aku cite tu.. kejap aku cite ni... Bila otak tak fokus...macam2 kita boleh cerita tau hahahaha

Okay la.. nak mula bekerja nih... babai... Zzzzz....


Thursday, April 4, 2013

Best nih....

aku baca dari sini http://naimnikmat.blogspot.com/

memang la best kan kalau tak paham2 bahasa gak hahahahahahaa



Monday, April 1, 2013

MPH Online...

Ni kali kedua aku order buku online... Yang pertama dulu tahun lepas... aku order few books from MPH online. Apa tajuknya aku tak ingat.. tp satu aku order untuk ayah.. buku Fiqh Perbandingan and the other untuk aku buku tulisan R.L Stine... Memang puas hati la dengan service MPH Online setakat ni... Tak payah aku susah2 berpusing mencari buku... cukup sekadar aku click2 situ...click2 sini... dah dapat buku... Hari tu gi MPH Alpha Angle cari kompilasi 3 Dara Pingitan, tak jumpa eh.. siap staff kat customer service desk tu kata "kalau dah tinggal satu copy kami memang tak cari dah kak..." Cenggitu rupanya.. kalau tau awal2 takyah aku nak semak2 cari kat situ kan... Balik rumah aku search kat mphonline.com, taddaaaaaaa ada eh apa yang aku cari... terus la order...

Bukan 2 buah kompilasi tu sahaja aku order... da alang2 "mengoder" kan aku order sekali buku2 lain juga... seperti di bawah ya hihi....
Pic credit to Google.com
Pic credit to Google.com

Pic credit to Google.com
 
Pic credit to Google.com

Kalau beli online ni ada delivery charge kan.. tapi dengan MPH Online, beli rm50 ke atas dalam satu resit dan kalau tempat delivery tu dalam west Malaysia sahaja, tiada cas penghantaran di kenakan. Jadi dah alang2 aku nak order kan.. elok la aku order banyak2 sekali... tapi tetap ada had la kan.. maklumlah poket kecik.. kalau poket besar... bukan takat buku je aku beli...silap2 dengan kedai2 buku tu aku beli hahahaha 

Owh satu lagi tentang MPH Online nih... janji sampai 2hb... tp petang ni da sampai da barang pesanan aku hihihihi... mana la tak tambah seronok kan... Jadi untuk sesapa yang ragu2 nak shopping buku online dengan MPH Online ni, aku sarankan buang lah keraguan korang tu... service mereka memang bagus dan sangat puas hati... ingat lepas ni nak cari buku Ibn Khaldun la.. agak2 ada tak hahahahaha
(p/s :: aku bukan duta MPH Online ya.. cuma suggest based on pengalaman saje hihi)

Friday, March 29, 2013

Bottle Hunting

Semalam lepas meredah jem pegi dan balik dari Shah Alam... aku terus gi amik kaklong dan Ulwan. Ktorg nak gi mencari botol susu untuk Ulwan. Kena cepat masuk ke bangunan sebab time tu da nak Maghrib... pantang nya tak bleh berkeliaran di luar bangunan dari Maghrib hingga Isyak, jadi kena la cecepat sampai ke destinasi. Masuk je kereta terus tanya kaklong nak ke mana... JJ Wangsa Maju (Alpha Angle) aku rasa macam tak penah nampak Philips Avent punya product.. Kalau gi Carefour Wangsa Maju ada la outlet Anakku... kaklong pulak kata kat Anakku takde benda tu... Last2 aku terus drive gi JJ AU Setiawangsa... situ luas sikit kan.. mesti banyak pilihan....

Betul-betul maghrib masa kami masuk dalam bangunan JJ tu.. kira selamat sikit la kan :D... Lepas tu terus gi solat... n cari botol susu... nasib baik gak la senang nak carik.. naik tingkat satu terus nampak sign Philips Avent... terus je la tuju kat situ..

Mula kaklong macam teruja nak beli yang ni... sebab bentuk teats tu kan macam ehem2 mak2 kan hahahaha... katanya Ulwan da tak berapa nak breast feed.. tu yang dia nak try guna bentuk ni.. mana la tau Ulwan terminat semula nak di breast feed huhuhuu...
Lepas tengok2 botol ni.. kaklong tak jadi nak beli sebab kena guna 'ring'. Susah sikit kalau ada ring ni sebab nanti kalau tertinggal ke hilang ke da tak boleh nak guna botol tu... nanti tak pasal2 berterabur pulak susu dari botol... jadi walaupun bentuk teats dia tu cantik dan menarik hati.. kami tak jadi la beli...
Ni la rupa ring nya.. botol lama Ulwan memang ada benda ni.. masa mula2 dulu kami ingat takde function hahaha. Saja-saja la tak letak masa bancuh susu.. haa sekali abis susu tumpah... baru la tau kegunaan ring ni... jadi untuk botol seterusnya ni.. kaklong tak mo la yang ada ring... leceh.


Pilih lain... last2 kaklong beli yang ni.. botol jernih.. yang jenis kena guna ring ni..dia punya botol mcm keruh sket warna nya.. kalau ikut istilah nya milky hue color... nampak mcm da uzur tapi botol tu memang kaler cenggitu hahahahaha. Yang tak yah ring, botolnya jernih.. itu kata kaklong la. Aku bukan reti sangat pun.. Pada aku kalau da suka, bajet pun ada, apa tunggu2...beli jek la kan hahahahahaha....

Harganya semalam standard la dengan tempat2 lain dan jugak harga di internet. Tapi sebab JJ ada sale, maka dapat la kami 20% less... dari RM97++ jadi dlm RM70++ untuk dua bottles tu. Beli sekotak tu je la da cukup.. sebelum ni pun botol Ulwan 2 je.. botol sampingan untuk air zam-zam tu tak kira la kan.. tapi untuk susu dia memang dua je hihi.. Kali ni pun rasanya cukup ni sebab bottle ni besar sket.. 9oz... sekali bancuh susu da kenyang.. kalau tak kena 2 kali bancuh baru dia kenyang.. Ulwan da makin tembam sekarang nih.. ish ish geram rasa nak gigit2 hahahaha...


Pic :: Credit to google.com

Wednesday, March 27, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Tak sabar nak tunggu sabtu ni... nak gi bercuti2 Malaysia dengan family... tak jauh pun destinasi kami, kat Kuala Linggi, Melaka je hihi. 

Aku dah booked tempat penginapan di Desa Balqis, Kuala Linggi. Aku tak pernah pegi tempat ni, tapi kaklong kata tempatnya menarik. Kaklong pernah join family day sekolah dia kat situ, jadi dia cadangkan buat family day ktorg kat tempat sama. Dah usulkan pada Pokko tapi takde feed back hahaha. Jadi kami pergi la dulu kan, survey tempat la kunun2 nya ni hihihi.

Kalau ikut website Desa Balqis tu, tempat nya sangat menarik la pada pandangan mata aku. Ada pool dan laut, pastu tempat kediamannya pulak style rumah kampung dulu2. Dalam gambo memang menarik la rumah2 tu. Ada macam2 jenis rumah... yang paling besar rumah Pak Long. Rumah ni ada 3 bilik siap dengan queen size bed, ada foyer, kitchen and dining room and boleh muat dalam 7 - 10 orang sekali. Harga semalam untuk rumah Pak Long ni RM550 which aku rasa ok la untuk rumah yang macam tu. 

Ni rumah Pak Long (Pic Credit to : www.desabalqis.com)

Mula memang aku plan nak sewa rumah Pak Long sebab kitorg 8 orang dewasa dan 3 orang kanak2. Jadi selesa la sikit kan. Sekali bila aku call semalam, rumah Pak Long tu da takde kekosongan untuk cuti hujung minggu sehingga raya nanti hahahaha.. gila lama kan. Then aku tanya la rumah mana yang ada lagi dan yang sesuai untuk jumlah kami. They suggest rumah Mama. Aku insist jugak kata kami 8 orang dewasa boleh ke masuk rumah Mama tu sebab dia cuma ada 2 bilik, 1 queen bed dan 1 lagi single bed. Macam kecik je kan. Tapi orang tu kata boleh, kalau nak tdo bleh je bentang toto and diorg akan bg extra tilam nanti.Rumah Mama ni harga untuk satu malam RM400 sahaja. Lengkap la semua macam sebuah rumah. Ada living room, kitchen, dining room, peti ais dan mesin basuh sekali hahahaha. 

Ni la rupa rumah Mama (Pic credit to : www.desabalqis.com)

Rasanya itu je yang bleh aku beritahu pasal Desa Balqis buat masa ni. Nanti lepas hari kejadian baru bleh update lelebih dengan gambar yang lebih realllllllll lagi ya hahahaha..... Yang penting ada kolam ada laut bleh mandi... mesti anak2 bertiga tu tak nak naik ke darat hihi...

Tuesday, March 26, 2013

Kerana Lelaki Itu


Aku tengah ikut drama ni setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30pm di TV9.
Mula-mula tengok ingat ada kut Anuar Zain ke.. atau lagu dia ke.. tapi rupanya aku tertipu hahahaha... bila da sekali tengok mesti la nak tengok lagi dan lagi dan lagi kan... 

Untuk yang tak pernah tengok atau terlepas tengok mana-mana episod, bleh bukak website TV9 dan tengok la kat situ. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok apa jadi dengan Azzah sebab antara ramai2 watak dalam cerita ni.. aku rasa watak dia yang paling jahat (kalau aku boleh istilahkan begitu). Orang macam ni, kalau dalam kehidupan sebenar kita memang ada... dan diorg ni la yang paling bahaya sekali. Jahat tp tak nampak kejahatannya huhuhu... Well, tahniah kepada pelakun watak Azzah tu sebab berjaya buat aku menyampah kat Azzah :D.

Synopsis kat bawah ni, aku copy dari web TV9...

Synopsis:

Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi (Fikhree Bakar) bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri (Riz Amin)i dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalahmenjadi kecurigaan kepada para media. Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’ yang bakal disiarkan pada 26 Februari ini dan dolakonkan oleh Zarina Zainoordin, Rizz Amin, Fikhree Bakar, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib.



Pic :: Credit to Google
Synopsis :: Credit to TV9

Thursday, March 21, 2013

1920

 Semalam tengok cite 1920 : Evil Returns kat utube. Cite hantu hindustan. Ingatkan sambungan cite 1920 yang ni 1920 (2008) tapi rupanya lain....Yang sama cuma zaman cerita tu berlaku... tahun 1920...  Aku suka je janji cite hantu dan tak terlalu bodo untuk di tonton sampai habis :D...

Ada satu lagi aku suka pasal cite 1920 : Evil Returns ni... sebab banyak sangat diorg guna kaler Teal.. cantik sungguh la kaler tu.. haduiii terus rasa nak gi kedai kain cari kain kaler tu bnyk2 hahahaha.. pastu aku suka tengok hero dia :"> (malu tau hihi). Dia tak hensem sangat pun, badan pun takde la sasa macam Salman Khan tu... tapi aku suka tengok dia... Nama dia Aftab Shivdasani, lepas aku gugel...baru la terjawab persoalan... dia ni mix india dengan iran... patut muka cam arab2 sket.. 

Lagu2 dalam cite ni pun ok.. bukan la macam typical hindi songs yang selalu kita dengar... And takde la adegan seksi2 sangat dalam cite ni kecuali masa part akhir.. time credit2 tu.. tang tu tak yah la tengok ye dak huhuhu....

Untuk sinopsis cite 1920 : Evil Returns tu korg bleh baca kat http://en.wikipedia.org/wiki/1920:_Evil_Returns

Yang ni plak cite 1920 (2008) tu.. cite ni ponnnnnnnn best. Yang paling best aku rasa rumah tu kut.. suka la rumah cenggitu walaupun macam ngeri...

1920 ni aku tak ingat sangat dah.. lama dah tengok cite ni.. tapi masih cite dendam pencinta jugak la. Lain sket dari yang 1920 : Evil returns tu. Yang tu lebih kepada dengki. 1920 ni pulak lebih pada cinta dan pengkhianatan... korang baca sendiri sinopsis kat sini ya http://en.wikipedia.org/wiki/1920



Pic :: Credit to Wikipedia

Tuesday, March 19, 2013

Hey guys....

Assalamualaikum semua...

hehe... lama tak jengah sini.. busy sket lately nih.. busy dengan keje... busy dengan hal untuk diri sendiri... busy dengan hal keluarga... memang tak sempat nak update. Hari ni sebelum mula keje2 sume.. aku try taip sket la kat sini... tapi nak taip apa ek...

eh aku rasa tu je la aku nak taip hahahaha.. nanti kalau ada masa len kali.. aku taip lagi eh hahahahahahaaaaaaa babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Friday, February 15, 2013

Ulwan da sunat hihi

Ten teng tengggggggggggg... Memperkenalkan... Muhammad Wadi Ulwan bin Mohd Indrawadi.... heheheheheheee... Ulwan da beso tau : > : > Rambut da cacak2... Pipi da mengelembung bulattttt sedap kalau gigit... nyummm nyummm...

 Bulan lepas kami da bawak Ulwan gi sunat... sunat kecik2 senang sikit... cepat baik.. tak banyak karenah dia... Kalau ikut abah dia takmo disunatkan Ulwan lagi... tapi dengan hasutan makngah dan nasihat dari Ustaz2, ummi dia tekad jugak la sunatkan dia masa cuti maulidur rasul yang lepas hihi.. sekarang da jd orang bujang la Ulwan... da bole ikut ayah gi solat jumaat nanti... 

Haa dia memang ada abah dan ummi... dan dia jugak ada ayah dan ibu... abah dan ummi dia punya biological parents. Ayah dan ibu pulak Amin,adik aku yang lelaki, dan isterinya, Ina. Kalau ummi dia keje, Ulwan tinggal dengan ibu... tu yang kami bahasakan Amin n Ina ayah dan ibu je pada ulwan.. senang... kakak2 dia pun da sayang ulwan macam adik sendiri... 

Gambar kat atas tu masa sebelum dia bersunat... kaklong bawak dia ke Klinik Amal & Surgery, Bukit Katil. Ulwan ni dia ada satu tabiat...kalau nangis mesti meraung2 macam orang sakit sangat... kalau dia tengah nangis tu..ko try dukung dia.. nanti automatik terus diam...hahaha... drama king kan.. memang slalu la mcam tu... Sama je masa nak bersunat tu. Kan kena baring.. dia pulak pantang orang baringkan... Dia sekarang ni sibuk nak duduk or nak diri. Kalau kita baringkan atas tilam, nanti dia menjerit2. So time sunat tu...kena baring, dia punnnnnnnnnnn menjerit la apa lagi hahahahaha... lepas tu.. senyummmm macam dalam gambo bawah ni...

 See..., maniskan dia senyum hahahaha tapi kalau time menjerittttttt lagiiiiiiiiiiii "manis"...

Kejap je da baik luka sunat dia tu...Sunat petang Jumaat 25 Jan, hari Selasa 29 Jan dah bole bukak clamp dia tu.... Tp sepanjang 4-5 hari tu, memang kena rajin bersihkan la.. tiap kali dia buang air kecil.. tak bleh tunggu, kena terus cuci sebab takut ada infection pulak kalau biar lama. Lepas cuci, terus sapu ubat. Ada la doktor tu bekalkan skali ubat batuk dan demam... tujuannya nak bagi Ulwan tido and tak rasa sakit sangat... tapi kami tak bagi pun ubat tu kat dia. Selain kena slalu cuci lepas dia buang air, pampes pun kena pakai saiz besar time tu... slalu Ulwan guna saiz S tapi masa sunat kena guna saiz kakak Amani, XL kekekekeke.

Sekarang ni da back to normal. Dia pun makin aktif, da pandai mengiring dan paling tak suka dibaringkan.. baring kejap je, dia da mula buat bunyi... hahahaha

Wednesday, February 13, 2013

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret


Aku memang hantu buku... Kadang tu tak bercadang nak beli apa-apa buku pun.. tapi bila balik mesti ada sebuah dua buku atau majalah yang aku beli hehe... Buku ni aku beli time mak kat ward jugak... skali beli dengan buku Inspector Mislan tu... Sebab buku ni berbahasa melayu jadi aku baca buku ni dulu la... cepat sikit habis hahahaha...

Tapi lambat gak sebab aku baca kan untuk mak skali... Mak nak baca tapi mata dia tak berapa jelas... jadi dia suruh aku baca kan... last2 da jadi bed time story.. tak abis baca lagi mak da lelap huahuahuahua... Aku discover satu benda.. kalau kita baca buku or apa2 je dengan suara kuat... automatik bacaan kita jadi lembap kan... tapi kalau baca dalam hati sorg2 lajuuuuuuuuuuuu je hihi.... Ni mak da sihat.. aku tinggal kan buku ni kat kampung untuk dia baca bila boring2...


So, berbalik kepada buku kat atas tu.. penulis nya dlu seorang Majistret.. tapi skarang ni tak lagi.. dia ada blog boleh tengok kat sini http://zabidiskrip.blogspot.com. Cerita santai2 je dalam buku ni.. comel je gaya penceritaan nya.. kelakar tapi ada maksud la...bagi yang nak memahami...

Untuk yang nak bahan bacaan santai tp masih berilmu aku cadangkan korang beli dan baca buku ni.. murah je.. RM18 or RM20 je rasa aku.. tak ingat dah... aku beli kat Popular... tempat lain pun mesti ada kut... try la carik :D

Picture credit to Google.com

Inspector Mislan & The DUKExpressway Murders

Pic Credit to :http://www.timeoutkl.com/books/articles/Inspector-Mislan-the-DUKExpressway-Murders-by-Rozlan-Mohd-Noor

Koleksi buku terkini... baru habis baca semalam hihi...
Rasanya buku ni antara buku yang paling lama untuk aku habis baca. Mana tak nya.. membaca sambil jaga orang sakit... Jadi tak bole nak bagi 100% tumpuan.. kejap2 kena tinggal...kejap2 kena tinggal...
Semalam balik dari kampung...baru la dapat aku duk diam2 dan habiskan baca buku nih... 

Tetiba rasa jatuh chenta kat Inspector Mislan tu hahahaha... tak taw kenapa.. tp aku terbayangkan seseorang bila aku baca cara dia dalam buku nih...jeng jen jengggggg.....

Cerita dia menarik.. tak bosan sebab sentiasa ada rasa nak tahu hingga akhir cerita... aku tak pandai nak bagi sinopsis... tp korang bole baca dari http://www.timeoutkl.com/books/articles/Inspector-Mislan-the-DUKExpressway-Murders-by-Rozlan-Mohd-Noor

Sunday, February 10, 2013

Cuti panjang...

I've been very busy lately... memang tak sempat nak update blog... mak sakit sedikit teruk beberapa minggu lepas.. sampai kena warded. Semalam baru discharged. Aku amik annual leave 8 hari... kalau campur tolak sabtu ahad semua... almost 2-3 minggu la aku kat kampung... Masa mula2 warded tu mak tak berapa bole bangun... kaki dia bengkak n mcm melecet... bengkak tu da lama.. lebih dua minggu.. ajak gi spital dia taknak... bila da terpaksa pegi... terus kena tahan ward la sbb kaki da teruk... memang tak bole nak jalan...kena guna wheelchair... pastu kondisi mak pn tak berapa elok... demam tak kebah pun almost 2 weeks... takde selera makan... slalu mcm nak pitam... jadi kena ada org jaga kat hospital kalau dia nak ke washroom or apa2 keperluan dia kan.. kena la ada yg jaga... Tu yang aku amik cuti sampai 8 hari tu huhuhu... 

Mula2 masuk dapat ward kelas 3 di Block C4... duk ramai2... in fact waktu tu katil mak diorg letak tengah2 tiang huhuhu... we did request for 1st class ward tp takde kekosongon.. kena la duk situ dlu... dengan keadaan mak masa tu yg sangat2 tak sihat.. kami rasa kecewa sket la.. tapi nak buat mcm mana kan.. da takde pilihan... Mak duk ward tu 3 hari sahaja... lepas tu dapat transfer ke 1st class ward di block A4.

Macam2 pulak mak kena rawat kali ni... yang pertama diorg cek.. kaki... lepas tu diorg cek darah.. and found out mak kurang darah merah.. sebab tu mak lemah dan slalu nak pitam.. demam pulak sebab ada infection pada kaki dia yang bengkak tu... masa mula2 gi hospital tu.. mak patut nya jumpa Pakar Nephrology... skali dia tgk kaki mak da teruk... tak pasal2 la kena marah... terus dia rujuk ke Pakar Tulang... jgn tanya aku kenapa pakar tulang eh.. aku pon tak tau... 

Lepas tau mak kurang darah... diorg masukkan 2 beg darah masa kat C4... bila sampai A4 diorg bg antibiotik.. dah mak alah pulak kat ubat tu.. timbul rashes pulak.. da satu keje nak baikkan rashes pastu nak kena tukar ubat... tu yg makin lama duk kat ward tu... sampai la semalam... baru bole discharge... 

Tapi pelik jugak aku tgk mak ni.. balik je rumah terus dia melepek tak de daya.. ni dari petang semalam.. sampai ke saat ni.. dia baring je.. duduk kejap tgk tv.. pastu baring.. makan da ada la selera.. tp mcm2 kena pantang kan.. mungkin sbb tu takde tenaga sgt kut... harap2 mak ok esok lusa ni.. kalau tak payah gak aku nak balik KL sambung keje...

Wednesday, January 16, 2013

Apa yang "Listen, listen, listen" tu?

Macam-macam hal kat Malaysia nih... kihkihkih...


Membebel-bebel :: Kalau mahu kita dihormati, cubalah untuk menghormati...


Pic credit to Google

Tuesday, January 15, 2013

Masak Lemak Labu

 Percubaan pertama aku masak labu masak lemak nih... Dulu beli labu simpan dalam fridge sampai labu tu rosak sebab tak berani nak masak.. Kali ni beli lagi labu.. dan kuatkan semangat... tadaaaaaaaaaaa jadilah labu masak lemak nih hehehehehehe
Walaupun tak berapa nak cukup bahannya.. tapi untuk percubaan pertama ni dah kira bagus sangat dah (masuk bakul angkat sendiri kehkehkeh). Aku masak tak banyak mana pun, untuk dua orang makan. Tapi bila da siap masak.. jadi mcm banyak pulak...Sayang takut basi sebab ada santan kan.. pagi sebelum gi keje aku panaskan dengan harapan bila balik nanti bole la buat santapan makan malam... Petang balik keje tengok eh elok lagi sayo ni... panas skali lagi.. da jadi lauk makan malam kami hari tu

Sayo labu ni aku padankan dengan ikan selar kuning dan ikan tongkol goreng garing... sambal belacan dan keropok ikan... Makan masa panas2 memang sedap nyummm nyummm...
Resepi aku amik dari blog che mat gebu... Terima kasih sangat2 kat che mat gebu sebab aku slalu rujuk blog dia untuk resepi2 lauk pauk ke.. kuih muih ke.. blog tu kira macam buku rujukan aktiviti memasak aku hehe :D

Resepi Labu Masak Lemak
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, kupas dan potong kiub besar2
10-12 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan (aku tak letak)
1 helai daun kunyit, disiat (tak letak gak sebab takde stok hehe)
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering, serai dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Bila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan daun kunyit. Jika perlu tambah sedikit air.
  2. Tuang pati santan, masukkan serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak sekejap, bila labu lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, nasi hangat dan ikan masin/ikan goreng. 
Note : oleh kerna aku cuma guna 1/4 biji labu saiz kecik... maka bahan2 masakannya pun ada yang aku kurang2 kan mengikut kesesuaian... tapi resepi ni memang best...kena dengan selera tekak aku la kira nya :D

Orang Berkereta Besar, Berotak Kecik Seperti Burung Unta

Pagi tadi masa aku lepas solat subuh... terdengar bunyi hon kereta beberapa kali. Tapi aku buat tak tau je la sebab rumah aku kan betul-betul depan jalan raya. Pastu pulak ada trafik light, jadi aku assume ada la yang terlelap kat trafik light tu agaknya. 
 
 Bila aku da siap berkemas nak gi keje, aku pun bukak la tingkap bilik. Tup-tup aku ternampak pemandangan macam dalam gambo tu... Bilik aku memang menghadap ke tempat parking kereta.. anything happen kat situ memang boleh nampak jelas dari tingkap bilik ni... Jadi terus aku tukar assumption aku bunyi hon pagi tadi tu rupanya bunyi hon kete viva yang tersepit kat tengah2 tu.. sian dia tak bleh keluar nak gi keje huhuhu...

Untuk pengetahuan korang, kereta dalam bulatan merah dalam gambo kat atas tu.. tak sepatutnya diletakkan di situ. Itu bukan tempat parking. Yang kereta merah tu pun sama. Kat tengah tu cuma boleh parking 4 buah kereta sahaja. Yang paling mengganggu tentunya kereta dalam bulatan merah tu... bukan takat Viva tu je yang tak bole keluar... tapi kereta2 yang parking kat tepi2 tu pun susah nak keluar sebab dia dah menyengkang kat situ. Mengganggu jalan orang lain... memang sangat menyusahkan.

 
  Korang nampak anak panah merah tu... Ada satu nota ditinggalkan kat situ... aku tak ingat perkataan sebenar tapi lebih kurang "tolong beradap sikit, jangan la halang kereta orang lain". Macam tu la mafhum ayatnya hhuhuhu..Masa aku turun cuma ada nota kat kete beso tu.. bila Intan pulak turun, da ada additional note..kali ni kat kete merah tu pulak hahahaha... Tapi sopan santun betul ayat budak tu bagi warning.. kalau aku da penuh gambo :@) gaknya kat kete dan kertas2 nota itewwww hahahahaha...

Menurut Intan, budak tu tak dapat keluar sampai la Intan keluarkan kete dia utk gi keje tadi.. kete intan Viva yang sebelah tu.. bila kete intan takde baru la budak tu dapat gi keje.. kena pulak hari ni si Intan gi keje lambat... budak tu pun lagi la lambat gak nya huhuhuhu... Kesian.. kalau dapat bos yang memahami macam aku ni (perasannnnnnn) takpe la jugak kan.. tapi kalau dapat bos yang garang.. naya kat budak tu nak menjawab...

Macam tu la yang slalu jadi kat kawasan rumah aku ni.. yang paking main suka ati mak bapak dia... yang halang kereta orang lain satu hal.. yang parking kat tempat dah sah2 tak boleh parking lagi.. kadang memang kesian taw.. macam takde akal... nak kata takde otak membohong pulak kan.. otak dia ada tp akal takde.. tu sebab jadi cenggitu... huhuhu

Friday, January 11, 2013

Tolong periksa di mana anak-anak atau pelajar-pelajar anda?

Tolong lah.. mak ayah.. cikgu cikgi.. tolong periksa kat mana anak-anak atau murid-murid korang sekarang ni JUMAAT 1:46PM. Tolong sesekali buat spot check kat budak2 ni.. jangan biar macam tu je lepas tangan... letih la aku.. letih tau tak... 

Hari-hari jumaat yang mulia ni pegi la duduk dalam masjid dengar khutbah... ni tak.. dia pegi melepak belakang opis aku isap rokok.. macam tenuk perangai sekor2.. aku rasa tenuk pun tak teruk macam tu taw tak.. perangai tenuk tu aku rasa la lagi baik dari budak2 skolah lelaki yang tak pegi solat jumaat pastu merokok kat belakang opis orang lain. 

Tadi skali aku da pegi halau.. eh dia datang lagi.. ni aku halau skali lagi.. kalau kejap lg aku tgk ada gak yang datang lagi.. siap sekor2 aku baling dengan batu. Kalau ko rasa tak boleh nak dengar khutbah kat masjid UIA ni.. sila pegi masjid lain.... Masjid UIA memang tak guna bahasa melayu untuk khutbah dia.. sepanjang-panjang aku kat sini.. memang boleh dikira berapa kali je khatib baca khutbah dalam bahasa melayu... most of the time memang dalam bahasa Arab dan Inggeris. Jadi.. cikgu cikgi sila suruh anak-anak murid anda pegi solat kat masjid lain.. jangan nak semak kat belakang opis aku ni ramai2 isap rokok! 

Dah la sekor2 perangai biadap! Spende pun mak bapak belikan ada hati nak isap rokok! Eh rasa nak menyumpah je!!!!!!!!! 

Sakit nya hati aku.. eiiiiiii... yang security pun satu.. dah berapa kali aku komplen pintu mini audi tu tak berkunci.. pegi la tengok.. kunciiiiiiiiii. Ni tadi aku tengok.. selak2 kat pintu tu semua da macam haremmm. Da tanggal2 da.. tak bleh nak guna satu pun... mana la budak-budak ni tak dapat ceroboh masuk.. 

Ya Allah.. sabor je le aku.. nasib baik time aku taip benda ni bilal bersuara merdu tengah iqamah.. sejuk sket hati aku.. Jap lagi aku nak call security lagi... kali ni nak cakap dengan bos dia plak kasi tengok sikit tempat tu....

Tuesday, January 8, 2013

Kakak dah Sekolah

 Nurunnuha dah mula sekolah tahun ni.. sob..sob..sob.. 
Dah besar rupanya anak dara ku itu.. tak sangka... rasa macam baru je kami tertunggu-tunggu dia lahir...
Tup..tup.. tahun ni dia da masuk sekolah... 
Kakak memang excited nak bersekolah.. masa mula ayah dia bawak gi daftar.. dia memang dah tak sabar-sabar lagi nak tunggu sekolah betul-betul...

 Tengok tu.. bukan main happy lagi dia bergaya dengan bag dan uniform sekolah... eh tak sangka nya kakak da sekolah sob sob sob... terharu sungguh... 
Ops... anak cino kat sebelah tu dia pun excited juga macam kakak walaupun dia tak boleh sekolah lagi hahahaha... kena belikan bag jugak sebab nanti dia rebut bag kakak...

 Tak sabar nak balik kampung...nak dengar cerita kakak tentang sekolah dia... Kata nenek, dia tak nangis lansung masa hari pertama sekolah. Ibu hantar lepas tu tinggalkan terus... Ada tak ada kakak la cerita ada kawan-kawan dia yang nangis...


Tengok la tu gaya orang dah besar nak pegi sekolah... Kalau ada peluang.. or bila2 makngah cuti boleh la hantar or amik kakak dari sekolah... nak ngendap kat skolah pun bole kut nanti.. tengah merancang sesuatu hahahaha end of this January macam ada cuti panjang.. boleh la makngah nak skodeng kakak kat sekolah hahahahaha

Tahun 2013 ni kakak baru 5tahun... ayah daftarkan kat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) something something.. aku tak ingat nama penuh PASTI tu... Elok la tu.. biar dia berkawan.. dia pun memang suka berkawan.. eh aku tak abis terharu lagi ni.. arghhhhhh kejap je da 5 tahun.. kejap je huhuhu.. lepas ni tengok Amani pulak.. lepas tu Ulwan pulak... huhuhuhu

Monday, January 7, 2013

Filem Minyak Dagu

 Aku gi tengok cerita ni kat TGV KLCC masa kami bermalam di Corus Hotel tu... Dari Corus Hotel ke KLCC sangat la dekatnya kan jadi, kami pakat2 4-5 orang nak tengok midnite movie... Dari awal lagi diorg da suggest nak tengok cite Minyak Dagu.. katanya tgk preview mcm best je... So petang lepas meeting, kak Ain, Siti n Ati pegi la beli tiket.. aku plak balik bilik tido hahahahaha....

Malam lepas dinner kami gerak ke KLCC, ingat nak singgah Kino dulu.. tapi dek kerna lambat tgu si Man datang.. sampai2 je KLCC, Kino pun tutup huhuhu.. jadi kami melepak je la kat TGV sementara nak tgu masuk panggung.

Mula2 cite ni memang seram.. Awal-awal dia tunjukkan macam mana pawang lakonan Latif Borgiba dengan dibantu oleh Zul handyblack amik minyak dagu dari mayat perempuan mati terbakar. Lepas tu dia tunjuk Emelda (lakonan Yana Shamsudin), Mak Emelda (Lakonan Maimon Mutalib), Ayah Emelda (aku tak ingat nama pelakon ni), watak Dr. Johan (Fizo Omar) dan last skali Azman (Fezrul Khan) tunang Emelda.

Kisah ni tentang Azman tunang Emelda yang perengus/pemarah. Konflik lebih hebat bila Dr. Johan mula merawat mak Emelda. Dr. Johan ni kenalan Emelda dan keluarga sejak diorg kecik lagi.. Bila Azman mula pukul2 dia, Emelda amik keputusan utk putuskan pertunangan... Pastu mula la sengketa antara Azman dengan Johan.. Azman tu sakit hati sampai pegi jumpa Pawang (latif borgiba) n mintak minyak dagu...

Tapi ada beberapa part yang aku rasa tak munasabah apatah lagi munasarawak... lagi2 part pak imam dia boleh buat derk je masa nak nikahkan Johan dengan Emelda sedangkan dia sendiri da kata kat Pak Emelda tu ada yang tak kena masa tu... at least baca2 la doa pendinding ke apa ke kan... Lepas tu pulak, part Johan bawak balik bomoh orang asli.. eh helloooo ko da tak de ikhtiar lain lagi ke? da abis segala mcm Ustaz2 Alim Ulama yang ko boleh panggil sampai tergamak panggil bomoh orang asli? Mak ayah Emelda pun...takde usaha ke nak ubat anak da sakit mcm orang gilak...

Ni part yang paling kelakar.. masa adegan ni aku tak perasan lagi.. sampai la ada suara2 kat seat belakang ktorg tu kata..."eh bagus la.. buat apa makcik tu takut.. kan hantu tu tolong basuhkan baju kotor dia" hahahaha... bila ada flash back baru aku perasan :)) hampeh....

 Ni satu lagi part kelakar... belum sempat hantu tu nak kokak leher Azman, da kena petir.. bukan hantu je kena petir.. tapi dengan Azman2 skali hangus huhuahuhuhuhuhu

Over all aku rasa tak puas hati tengok cite ni.. da la slow.. pastu ending mcm hampeh.. buat movie mcm takde research.. asal buat je.. tah hape2.. kalau ada 10 bintang.. aku bagi 1 1/2 bintang je hahahahahahaha....


**Pic Credit to Google